Bab 10

111 7 11
                                    

Suasana di kampung begitu meriah sekali. Inilah yang aku nanti nantikan setiap kali menjelang tiba Syawal. Berkumpul beramai-ramai dengan sanak-saudara. Setibanya di kampung, perkara pertama yang aku buat mestilah angkat barang barang bawak masuk ke dalam iye dok? MasyaAllah, dia punya hangkut segala benda tu macam nak tidur dekat sini sebulan je.

"Lambat sampai?" Tegur sepupu aku Yasmin.

Mana tak lambat? Sepatutnya lepas ke kubur tadi terus gerak ke kampung. Tapi ni boleh pulak singgah dulu rumah si Hanzad tu.

"Janji sampai okay, daripada kau tengok aku duk angkat barang macam peragaan model tak berbayar ni better kau tolong aku sekali."

"But before that aku nak duit raya dulu." Balasnya sambil tersengih seperti kerang busuk yang terlebih bau.

"Banyaklah hengko punya duit raya, dah sana sikit. Berat ni." Halauku.

"Yasminnn, kenapa tak tolong Nira angkatkan barang??" Tegur maksuku.

Aku hanya menjelirkan lidah. Suruh tolong tadi tak nak, kan dah kena.

"Assalamualaikum. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kak ngah, abang ngah. Sambung maksu lagi.

"Waalaikumusalam, selamat hari raya Nora. Kak ngah nak mintak maaf zahir dan batin juga kalau ada buat salah." Lalu Mama dan maksu saling berpelukan.

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin ya Nora." Balas papa sambil tersenyum.

Selepas itu, kami semua bersalam-salaman antara satu sama lain. 

"Mak ucu, ada makanan tak? adik laparrrr."

Maksu hanya tergelak kecil dengan pertanyaannya. Medina, Medina, baru je makan dah lapar balik?

"Ada Medi, maksu dah siapkan awal awal untuk Medi." Balas maksu seraya tersenyum manis.

"Mana yang lain Nora?" Tanya papa.

"Semua ada dekat dalam, Yasmin pergi tolong mak ngah dengan pak ngah angkat barang."

Oh, yeah! Jerit aku di dalam hati. Muka redhanya itu aku pandang gembira.

Seperti yang korang bayangkan dalam kampung ni macam macam kerenah ada. Ada yang main phone, ada yang berbual kosong, ada yang tengok televisyen dan ada juga yang tidur. Kejap, baru pukul 4 petang kot?

Selepas mengemas apa yang patut, aku terus ke ruang tamu. Aku kemudian menuju ke arah wan dan memeluknya erat.

"Apa khabar cucu wan ni? Macam mana Hanzad? Sihat?"

"Alhamdulillah, khabar baik. Apa wan ni tanya pasal Hanzad pulak?" Aku memuncungkan bibir. Cucu kesayangan di depan mata tapi orang lain jugak yang ditanya.

"Alahai, takkan tanya pasal tunang kamu pun merajuk? Kalau dah kahwin ni tak tahulah wan macam mana." Balas wan sambil menepuk lenganku manja.

"Macam tulah mak, dah besar panjang pun perangai tetap sama. Risau Aisyah dibuatnya." Celah mama.

Hmm, ni yang tak suka ni. I dah besar okay, tak mainlah merajuk merajuk! Kata seseorang yang sudah terang lagi bersuluh sedang merajuk dengan bibirnya muncung ke depan seperti itik yang ingin mematuk.

"Apa ni wan? Nira dah besarlah, uhukkkk." Rengekku. Bukan senang tau nak bermanja dengan wan.

"Dah, dah pergilah makan. Wan tahu kamu lapar, pergi ajak sekali Harris dengan papa kamu tu. Ada lagi lauk dekat dapur." Pelawa wan.

Atuk seperti biasa sedang rancak bersembang dengan papa dan pakcik pakcik aku yang lain. Amboi, atuk. Apalah yang seronok sangat dibualkan tu.

"Atuk lama lagi ke? Harris dah lapar ni." Potong Harris yang duduk di atas riba papa.

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now