Bab 16

40 1 0
                                    

Aku menjawab kertas peperiksaan akhir dengan begitu tenang sekali. Tidak sia-sia aku bersengkang mata untuk membuat ulangkaji. Setelah kertas jawapanku dikutip, aku merasakan seperti bebanan yang aku pikul selama dua tahun setengah ini bagaikan terbang ditiup angin. Maka dengan ini, tamatlah sudah perjalanan diplomaku di UiTM Alor Gajah, Melaka. Segala suka dan duka, kenangan manis juga pahit akanku pahatkan di dalam hati.

"Macam mana exam tadi?" Soal Diyanah dan Syarifah Nur Maisarah yang merupakan roommate serta housemateku ketika aku part 1. Alhamdulillah, sehingga penghujungnya hubungan kami masih lagi kekal. Housemateku yang lain juga turut serta setelah beberapa minit kemudian. Kami semua berkumpul di Dewan Makan, Bentara selepas jadual masing-masing di kosongkan pada petang itu.

"Susah tak susahlah" Aku ketawa perlahan.

"Student dekankan." Gurau Hana.

Aku mencebik tanda tidak puas hati, "Eleh, dia pun selalu dekan cakap orang." Selepas itu kami semua ketawa serentak.

"Korang, mesti lepas ni kita susah nak lepak sama-sama lagi kan? Yelah sebab ada yang nak sambung belajar, ada yang nak bekerja, silap hari bulan ada yang nak kahwin dah." Luah Wawa.

Aku yang sedang menyedut air terus terhenti, nasib baik kali ni aku tidak tersedak. Syarifah hanya memerhatikan gerak geriku.

"Kalau ada antara kita yang nak kahwin, jangan lupa jemput tau. Aku nak jugak rasa nasi minyak kawan-kawan baik aku ni." Terang Wawa lagi.

Aku dan yang lain kemudian hanya mengiyakan kata-kata Wawa dan selepas itu kami menukar topik perbualan. Esok mama dan papa akan menjemputku di kolej, sebelum bersurai kami semua berpelukan dan mengucapkan kata-kata selamat tinggal. Mengalir juga air mata aku saat mengenangkan persahabatan kami di saat jatuh dan bangunku di sini.

Aku dan Syarifah kemudian singgah ke unit kolej untuk membuat clearance, kemudian aku memulangkan kunci bilikku kepada staf yang menjaga di kaunter. Memandangkan roommate aku masih berada di kolej sehingga hari Rabu ini, aku pun menghantar kunci bilikku terlebih dahulu.

"Nira, boleh aku tanya?" Soal Syarifah secara tiba-tiba.

"Apa dia Sya?"

"Mind to update me about your current relationship? Since tahun lepas kau langsung dah tak cakap apa apa pasal Hanzad. Korang masih bertunang ke?" Syarifah cuba untuk meminta penjelasan daripadaku.

Aku yang tidak menyangka dengan soalan tersebut hanya memandangnya sekilas.

"Kalau kau rasa tak nak jawab tak apalah. Aku tak nak paksa." Sambungnya lagi.

Aku memandang Syarifah dengan senyuman, "I will let you know when the time is come."

Keesokanya aku bangun awal dan mengemas apa yang patut memandangkan aku sudah membawa beberapa beg pakaianku secara beransur sebelum ini. Hanya tinggal luggage, dua beg sandang dan bantal pelukku. Beberapa minit kemudian iphoneku bergetar menandakan panggilan masuk.

"Waalaikumusalam, ma. Oh yeke, okay kejap lagi Nira turun." Keluargaku sudah masuk simpang yang terakhir sebelum tiba di pagar utama UiTM. Sebelum balik, aku memeluk roommateku dan mengucapkan maaf serta terima kasih sepanjang semester terakhirku bersamanya.

6 minit kemudian kereta Honda CRV milik papa muncul kelihatan. Aku terus memeluk mama dan papa, adik-adik kembarku juga tidak ketinggalan sama. Setelah barang-barangku diletakkan di dalam bonet, kami pun mula bergerak pulang.

Terima kasih UiTM, semoga kita berjumpa lagi. #uitmdihatiku 💘

                               ♡♡♡

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now