Bab 15

39 1 0
                                    

"Aku rasa kita patut putuskan pertunangan ni."

"APA MAKSUD KAU?!" Suara Hanzad meninggi.

"Aku tak nak ada apa apa ikatan dengan kau." Jelasku.

"Tapi kenapa tiba-tiba?? Cuba kau bagitahu aku apa yang tak kena?" Hanzad meraup wajahnya yang sudah kemerahan.

Aku tahu selama ni kau tak bahagia dengan aku. Kau terima aku pun sebab terpaksa. Aku tak sempurna, banyak kekurangan aku Hanzad.. 

"Aku tak ada sebab yang kukuh, tapi aku harap sangat kau faham." Rayuku.

"FAHAM APA NUR ILNIRA MARISSA??! Angin tak ada, ribut pun tak ada tiba-tiba je kau minta benda yang bukan-bukan macam ni. Cakap dengan aku macam mana aku nak faham?" Matanya menikam tepat ke dalam anak mataku.

Kekuatanku untuk berhadapan dengannya semakin goyah, lututku juga sudah lemah. 

"Kau tak salah Zad, mungkin sebab aku yang berubah hati.."

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

"Berubah hati? Maksud kau, kau dah ada orang lain?" Suaranya seakan-akan tidak percaya.

"Mungkin." Jawabku sepatah.

Hanzad tergelak sinis mendengarnya. "Come on Nira, you should try harder if you want to fool me. You're not good at lying, remember?"

Aku tersentap.

Aku cuba mengumpulkan segala sisa kekuatan yang masih ada dan merenungnya sayu. "Maybe I'm not a good liar but..." Mataku sudahpun berkaca.

Hanzad tersentak.

"You should have known me better if all this while I am happy with you or not.." Aku terus meninggalkan tempat tersebut dengan juraian air mata.

Tanpa melengahkan masa, aku terus memasuki ke dalam perut teksi yang berhenti tidak jauh daripadaku. Setelah memberi alamat, aku terus menghubungi Sarah Jasmin.

"Sarah.." Air mataku mengalir deras.

"Niraa, kau okay tak ni?? Kau menangis ke??" Sarah Jasmin yang risau dengan keadaanku, tidak berhenti-henti menyoal.

"Aku.. aku okay. Kau ada dekat rumah tak?" Aku kembali mengelap air mata.

"Ada, kau nak datang sini ke?" Soal Sarah Jasmin risau.

"Aku dah on the way ni, dalam 10 minit lagi aku sampai."

                               ♡♡♡

Muhammad Hanzad's POV

Nombor telefon Ilnira aku dail berulang kali, tetapi masih tidak dapat kuhubungi.

"Nombor yang anda dail sedang sibuk, sila cuba sebentar lagi."

Aku terus bergegas menuju ke kereta, lalu merentas jalan yang hening dengan kelajuan 120 km/h.

Setelah memberi salam, wajah uncle Ilyas terjengul dimuka pintu.

"Assalamualaikum uncle." Aku membetulkan nada suaraku yang kedengaran begitu gugup.

"Waalaikumusalam, Hanzad. Marilah masuk." Pelawaan uncle Ilyas aku sambut dengan senyuman tawar.

"Uncle, Nira ada dekat rumah tak?" Aku memandang uncle Ilyas cemas.

"Nira? Bukan dia keluar dengan kamu ke tadi?" Soal uncle Ilyas kehairanan.

Aunty Aisyah yang baru sahaja turun dari tingkat atas, menyoalku kembali.

"Tadikan kamu berdua keluar sama-sama?"

"Betul uncle, aunty tapi selepas tu kami ada perselisihan faham dan Nira terus tinggalkan saya ketika kami sedang makan. Saya cuba hubungi dia, tapi dia tak angkat." Aku semakin risau, kelibat Ilnira langsung tidak kelihatan.

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now