Bab 1

218 15 17
                                        

Angin sepoi-sepoi meniup wajah aku lembut, aku termenung ke luar tingkap memikirkan tentang masa hadapan aku. Kenapalah susah sangat nak dapatkan straight A's dalam SPM ni? Bukan main gigih lagi aku belajar masa tingkatan 5 dulu sampai tak cukup tidur, bukan nak berlagaklah tapi cuba bayangkan setiap kali habis sekolah je aku akan terus pergi tuisyen. Lepas balik tuisyen, aku sambung buat kerja sekolah dan revision. Mana rambut aku tak selalu gugur sebab terlampau stress?

Hmm, orang lain pun ambik SPM jugak tapi tak adalah sampai rambut gugur bagai. Over je dia ni. 💤

Aku mengeluh buat kali yang ke, er.. tak kiralah pulak. Tapi apa yang pasti sejak dapat keputusan SPM ni memang hobi aku asyik mengeluh je. Pagi petang, siang malam. Nak menyesal pun dah tak ada guna, siapa suruh time exam dulu tak belajar betul-betul?

"Nur Ilnira Marissa!"

Laung mama dari bawah.

Tersentak aku di buatnya, "Mama ni orang nak fefeeling pun tak boleh."
Banyaklah engko punya fefeeling!

"Ye, ada apa ma?" Sahut aku lemah sambil menuruni anak tangga satu persatu.

"Ada apa kamu tanya? Ni, matahari dah terpacak atas kepala tak reti reti lagi nak turun bawah tolong mama masak?" Okay, mama dah start dah.

"Dah berbuih tau mulut mama suruh kamu kerja sementara tunggu keputusan upu keluar, tapi kamu ni degil sangat. Tolong mama dekat dapur pun liat. Apalah nak jadi dengan kamu?"

Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Erk ma, Nira ingat isu kerja tu dah tutup. Kenapa mama buka balik? Mama tak suka tengok Nira dekat rumah ke?" Soal aku seakan-akan merajuk.

"Mama bukan apa, kalau kamu kerja at least adalah jugak duit tambahan masa sambung belajar nanti. Daripada duduk rumah ni cuma terperap, badan tu dah makin naik lemak mama tengok."

Apa ni cakap pasal berat badan orang? Sensitif tahu sensitif?

"Nira pun tak tahu nanti dapat sambung belajar mana ma. Entah entah dapat dekat Perlis, tak pun dekat Korea. Nanti mama jugak yang rindu Nira."

"Korea, Korea, berangan je tahu."

Zapp, okay saya sentap! 

"Mm, manalah tahu kalau betul betul rezeki Nira dekat sana?" Aku menjuihkan bibir.

"Kalau macam tu doalah banyak banyak, dah pergi tolong mama basuh sayur sawi dekat sinki lepas tu potong bawang sekali."

Aku bergerak perlahan menuju ke sinki dan mama sambung menyiang ikan yang tergendala.

♡♡♡

Hari ini kawan mama dengan papa nak datang rumah, katanya kawan dari kampung masa kecik-kecik dulu. Lepas selesai solat subuh aku terus membersihkan diri dan tolong mama di bawah.

"Nak tolong apa ni ma?" 

"Tolong mama gorengkan ayam, mama dah sediakan semua bahan dekat atas meja tu."

Uih, terliur aku dengan menu hari ni. Ayam goreng masak rempah, ikan pari masak asam pedas, kailan ikan masin, belacan dan ulam-ulaman.

"Ma, adik lapar."

"Baru bangun? Medi tolong mama kejutkan Harris dulu boleh sayang? Nanti lepas habis masak kita makan."

Tak lama kemudian, turun adik-adik kembarku. Masa mula-mula dulu bila dapat tahu yang mama mengandungkan anak kembar lelaki perempuan setelah 12 tahun aku kesunyian, dia punya excited tu lain macam! Tapi bila dorang dah besar, erm mengucap aku dua tiga kali sebab dorang punya nakal, masyaAllah aku yang muda belia ni pun tak larat nak jaga.

"Dah bangun Harris? Harris tolong papa kemaskan ruang tamu tau. Mama, kakak dengan Medina nak masak." Kata mama penuh lembut. Amboi, ni kalau aku confirm berdesing telinga mama membebel.

"Nira, hangus tu! Ya Allah, tengah goreng ayam pun boleh lagi berangan." Mama menggelengkan kepala.

Aku hanya tersengih. Kan dah kata mama mesti berleter punya, sabor jelah.

"Kakak, tepi sikit adik nak basuh sayur ailan ni." Petah mulut Medina berkata-kata.

"Kailanlah, ailan ailan." Marahku manja.

"Yelah, ailan." Dia mendengus geram.

Aku hanya ketawa kecil, ni kalau Harris pun ada dekat dapur mahu hura-hara jadinya.

Beberapa jam kemudian tetamu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Loceng yang membingitkan telinga berhenti apabila Harris dan Medina berlumba-lumba membuka pintu.

"Assalamualaikum Ilyas, apa khabar? Lama tak jumpa" Suara yang tidak aku kenali memeluk papa erat.

"Waalaikumusalam Mikael, masuk masuk. Maria pun, jemputlah masuk."

Papa dan mama mempelawa tetamu masuk ke dalam rumah setelah selesai sesi peluk-memeluk. Macam jejak kasih lagaknya.

"Nira, ni kawan rapat mama dan papa masa kecik-kecik dulu."

Hm, nak panggil apa ni? Aduh, aku selalu konfius. Masa jumpa kawan baru pun aku tak tahu nak gelarkan diri sendiri apa. Aku? Saya? Ilnira? Kalau dah duduk Malaysia memang masalah macam ni akan selalu je timbul.

"Apa tercegat lagi tu? Mari sini salam aunty Maria." Kan senang kalau mama cakap dari awal, buek ponek den yo nak fikir.

"Assalamualaikum, aunty sihat?" Soalku lembut, sopan santun gittuw.

"Waalaikumusalam, sihat. Nira?"

"Alhamdulillah sihat jugak aunty." Jawab aku malu-malu. Aunty ni punyalah lawa, pakaian dia pun tip top kalah iolls!

"Terlebih sihat tu Maria, mana taknya kerja asyik makan tidur makan tidur je tahu." Celah mama.

Deg! Terasa seperti ada batu besar yang menghempapku. Habis wajah aku bertukar kemerahan. Aku hanya menggigit bibir. Mama ni kalau bercakap tak pernah nak bagi warning dulu, whoaa malunya!

Medina menarik kain aunty Maria perlahan.

Thank you selamatkan kakak, cayang adik ketat-ketat!

"Comelnya, nama siapa?" Aunty Maria menunduk sedikit.

"Iyis Medina aunty." tergelak kami semua mendengar.

"Irislah." Marah Harris.

"A'ah, Iris." Medina hanya tersipu-sipu malu.

"Cantiknya nama, macam tuannya." Puji aunty Maria. Lalu Medina berlari dan menyorok di belakang mama.

"Mari makan semua. " Jemput papa.

Di meja makan hanya papa, mama, uncle Mikael dan aunty Maria sahaja yang bercakap, adik-beradik kembarku pula fokus dengan ayam goreng berempah yang aku masak.

"Sedap betul ayam goreng ni!" Kembang-kempis hidung aku apabila dipuji oleh aunty Maria.

"Oh, masakkan Nira Maria." Sampuk mama bangga.

"Pandai Nira masak, nanti bolehlah jadi menantu aunty." Kata aunty Maria seraya tersenyum manis.

Air fresh oren yang aku teguk hampir tersembur ke muka Harris. Mama cepat-cepat menggosok belakangku.

Fuhh, nasib baik sempat cover kalau tak jatuh standard gue!

"Nira okay tak?" Tanya uncle Mikael penuh prihatin.

"Okay, uncle " Senyuman cuba aku ukir untuk menyedapkan hati para tetamu.

"Mikael, mana anak bujang kau dua orang tu?" Soal papa.

"Firhad pergi gym, Hanzad pulak keluar dengan kawan-kawan dia."

"Biasalah tu anak anak muda, mana pernah lekat duduk rumah." Balas papa.

Wah, uncle Mikael dengan aunty Maria ada dua orang anak lelakilah. Adakah ini yang dinamakan jodoh? hiks. Aku cepat-cepat menyorokkan senyumanku.

Author's note;

Assalamualaikum, hi. Tak sangka bab 1 je dah 1000++ words! Teruja nak tulis punya pasal 🙈 kalau korang suka cerita ni silalah vote and komen okay  💓

Imperfectly PerfectTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang