Bab 13

86 6 4
                                    

Iphone aku berdering menandakan ada incoming call masuk. Aku bergegas ke arah katil dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello, aku dah ada dekat bawah ni."

"Whattt? Tadi kata lagi 10 minit?!" Aku mendengus geram. Dahlah malam tadi tiba-tiba je ajak orang keluar.

"Saja datang awal." Dia tersengih dihujung talian.

"Yelah, nak siap dah ni, bye!" Aku terus menamatkan perbualan dan kembali membetulkan tudung di depan cermin.

Cerita 'Remember Me' di wattpad aku baca dengan penuh beremosi.

"Sedihnya cerita ni!"

Perasaan sebak semakin menebal apabila hero cerita ini dimasukkan ke dalam hospital.

Sedang aku melayan perasaan tiba-tiba iphoneku bergetar. Aku yang terperanjat terus tercampak iphoneku ke depan. Fuh, nasib baik tak jatuh katil.

"Hello, ye nak apa?"

"Assalamualaikum." Tegurnya lembut.

"Waalaikumusalam, nak apa call aku malam malam ni?"

"Nak call pun tak boleh ke?" Suara Hanzad mula mengendur.

Merajuklah tu, mengada!

"Kalau tak ada benda penting aku nak off."

"Eh Nira, kejaplah! Erm, actually aku ingat esok nak ajak kau keluar."

"Keluar pergi mana? Tak naklah." Dah kenapa tiba-tiba nak ajak orang keluar.

"Alah, jomlah. Please.. esok aku ambik kau pukul 10." Rayunya lagi.

"Tak naklah, pergilah ajak orang lain."

"Kau tak rindu aku ke? Sejak kau cuti sem ni kita tak jumpa pun."

"Sorry but I have got a lot of things to do tomorrow." Aku masih berdalih.

"Aku dah bagitahu uncle dengan aunty, aunty kata better ajak kau keluar daripada terperap dalam bilik." Dia ketawa mengejek.

Mama ni kan, ish!

"Tengok dululah macam mana."

"Kalau kau tak nak jugak aku bagitahu uncle dengan aunty.."

"What?? Urgh, tengoklah esok macam mana. Assalamualaikum, bye."

Selepas talian ditamatkan aku terus berguling-guling di atas katil.

"Eee, geramnya siap nak bagitahu mama dengan papa!"

Aku menekup wajah aku dengan bantal dan menjerit sekuat hati!

"Nira pergi dulu." Aku menyalami tangan kedua orang tuaku.

"Iyalah, hati hati." Balas papa.

"Assalamualaikum uncle, aunty."

"Waalaikumusalam." Jawab mereka serentak.

Kereta mini cooper milik Hanzad berhenti di salah sebuah kafe yang terletak di Damansara. Kafe yang berkonsepkan minimalist ini sangat menarik perhatian aku.

"Silakan duduk." Hanzad menarik kerusi untuk aku.

"Er, thanks." Balasku perlahan.

Aku mengambil menu yang disediakan dan melihat harga makanan di sini. Mm berbaloi lagi kalau aku beli 30 bungkus nasi lemak dekat gerai Cik Timah depan simpang rumah, mahu kenyang dua minggu!

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now