Bab 6

89 12 2
                                    

Perjalanan ke UiTM Alor Gajah, Melaka aku merasakan begitu cepat sekali. Mana taknya, excited punya pasal. Sepupu aku Zara Alya juga turut ikut menghantar aku, katanya hendak berjalan-jalan di Melaka. Apabila tiba di sini, aku mendapat kolej Tun Sabariah di tingkat 5 dan sebilik dengan Syarifah Nur Maisarah. Kolej aku seperti apartment di mana satu rumah mempunyai 4 bilik dan 1 bilik di khaskan untuk tandas dan bilik mandi. Bilik aku betul-betul menghadap ke KPP3.

Aku mengemaskan barang-barang sementara kami pelajar baru akan dipanggil masuk untuk berkumpul ke Dewan Taming Sari bagi menjalani program Minggu Destinasi Siswa pada petang ini.

"Nira pasang cadar katil, biar mama susunkan baju dalam almari."

Aku hanya mengangguk dan mengeluarkan cadar dari luggage. Selesai memasang cadar katil, aku beralih untuk mengemaskan barang-barang keperluan ke kelas di atas meja belajar yang telah disediakan. Medina dan Harris sedang sibuk membantu mama menyusun pakaian aku, manakala Zara Alya menyapu lantai bilik yang berhabuk. Manakala papa pula, meninjau-ninjau kawasan sekitar. Aku melarang papa untuk membantu aku kerana papa telah memandu dari KL ke Melaka.

Roommate aku sudah lama turun ke kafe bawah untuk bersarapan bersama keluarganya. Dia awal-awal lagi sudah sampai ke sini, aku hanya sempat menegurnya apabila dia hendak keluar dari bilik.

"Done, jom pergi makan!" Ajakku.

Kami makan di medan selera, Makcik Kafe. Makanan di sini sangat murah dan sedap, rugi kalau korang tak cuba. Lokasinya betul betul berhadapan dengan UiTM. Setelah selesai makan, kami menuju ke Masjid Tanah untuk membeli karpet untuk mengalas lantai bilik aku. Kami juga sempat menyinggah pantai Pengkalan Balak untuk mengambil gambar.

Aku pulang semula ke kolej selepas waktu Zohor. Berat juga hati aku ingin meninggalkan mereka. Mesti selepas ini aku akan merindui leteran mama, usikkan papa dan kenakalan adik-adik kembarku.

Mengalir juga air mata apabila mama memeluk tubuhku erat.

"Mamaaa, adik pun nak peluk kakak jugak!" Rengek si Medina.

"Harris pun sama!" Balas Harris dengan muka masamnya.

Comel je adik-adik kakak, mesti lepas ni kakak rindukan korang! Bisikku di dalam hati. Zara Alya aku lihat hanya tersenyum memandang telatah kami.

"Nira jangan lupa solat dan jaga batas pergaulan tau. Mama dengan papa tak ada dekat sini setiap hari nak datang jenguk, jadi Nira kena pandai jaga diri sendiri. Jangan lupa jugak bangun awal, sini bukan rumah nak bangun lambat. Lagi satu mama nak pesan, roommate ni diibaratkan adik-beradik Nira dekat sini sebab dorang yang akan tolong Nira masa Nira susah nanti. Faham?"

Terharu aku mendengar semua pesanan daripada mama, hampir meleleh jugalah hingus dibuatnya sebab sedih punya pasal!

Selepas itu, aku memeluk pula papa dan adik-adikku. Papa tidak memberi banyak pesanan seperti mama, tetapi pesanan papa cukup mendalam. "Anak papa nanti jangan pernah ponteng kelas. Masa belajar perlu fokus tau? Duit tu kena pandai berjimat, jangan beli benda bukan-bukan. Ingat, solat kena percepatkan, jaga adab dan juga ikhtilat okay?"

Orang terakhir yang aku peluk ialah Zara Alya. Dia hanya memesan supaya aku jaga diri dan jangan gatal-gatal mencari boyfriend baru. "Ingat, Hanzad tu tunang kau. Jangan menggatal cari lelaki lain." Hanzad, Hanzad aku pun dah tak ingat pasal dia.

"Yelah, kau pun belajar elok elok. Tahun depan dah nak SPM, jangan nak bercinta je."

Zara Alya mencubit lenganku, "Ouch, sakitlah!" Aku mengaduh kesakitan. Perit betul dia ni cubit, nasib baiklah sayang. Dan kemudian kami berdua ketawa.

Aku melambai mereka dari atas dan perlahan-lahan kereta Honda CRV papa hilang dari pandangan. Air mata aku seka, "Welcome to University life dearself!"

                                                       ♡♡♡

Di dalam Dewan Taming Sari aku duduk di sebelah Syarifah, housemate aku yang lain juga turut duduk dibarisan yang sama. Sementara menunggu program ini bermula, kami hanya berbual-bual kosong. Kami juga sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan, first daylah katakan. 🙈

Konsentrasi kami terganggu apabila seorang pmds mula memperkenalkan dirinya di atas pentas dan memberi serba sedikit informasi tentang program yang akan berlangsung selama seminggu ini. Lamakan? sobs sobs. Kira-kira seribu lebih jugalah pelajar part 1 yang berada di dalam dewan pada sesi kali ini. Setelah mendapat jadual program MDS, kami diperkenalkan pula dengan abang abang dan kakak kakak pmds yang akan turut sama menjaga kami sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

Setelah selesai diberikan taklimat, kami dilepaskan untuk menunaikan solat Asar dan berehat seketika. Aku kembali semula ke tempat duduk aku apabila sudah kenyang menjamu selera. Aku membuka iphone dan Whatsapp dari Sarah Jasmin yang tidak sempat aku balas kini aku membacanya.

Sarah Jasmin
Assalamualaikum Nira, kau dapat kolej apa? Best tak sana?

Me
Waalaikumusalam. Aku dapat kolej Tun Sabariah, so far okaylah. Housemates aku pun friendly 😄 Hby?

Sarah Jasmin
Alhamdulillah, glad to hear that! I'm having fun here too sebab laut depan UiTM je kan, so tenang je rasa. But sadly laut dekat sini tak boleh mandi, dorang kata bahaya.

Me
Wah laut, bestnya! Alolo, nanti kita mandi dekat tempat lain okay? Then kau bawak aku jalan jalan satu Terengganu, dah lama tak pergi sana.

Sarah Jasmin
Bereh boh. Babe, I have to go now. All the best mds! Abg senior ni dah pandang semacam dekat aku, haha. Assalamualaikum 💕

Me
Alright, you too Sarah. Waalaikumusalam 😘

Aku cepat-cepat menutup iphone aku apabila kakak pmds tadi sedang memberi arahan di atas pentas.

"Kejap lagi masa Maghrib kita semua akan pergi ke masjid, kita solat berjemaah di sana. Semua orang kena berjalan kaki, saya tak nak dengar ada yang merunggut sebab setiap langkah kaki kita menuju ke rumah Allah akan mendapat pahala. So saya harap korang semua akan bagi kerjasama. Yang perempuan kalau tak boleh solat, duduk dekat luar masjid okay?"

Kami palajar part 1 beramai-ramai berjalan kaki dari dewan ke masjid. Separuh daripada abang abang dan kakak kakak pmds memandu kereta dan juga menunggang motorsikal untuk memantau pergerakkan kami. Laluan panjang lagi sunyi ini di berikan nama "Jalan Karak" oleh senior di sini. Setelah hampir 20 minit berjalan, akhirnya tiba juga kami didestinasi. Disebabkan aku tidak boleh solat, jadi aku duduk di luar bersama salah seorang housemateku.

Solat Isyak juga dilakukan di masjid. Apabila sudah selesai menunaikan kewajipan, kami diarahkan beratur mengikut kolej masing-masing untuk pulang semula ke kolej. Penghuni kolej Tun Sabariah merupakan penduduk yang teramai kerana kolej kami adalah satu-satunya kolej yang mempunyai sepuluh buah tingkat.

Sebelum kami dilepaskan untuk bersurai, abang abang dan kakak kakak yang menjaga kami memberikan beberapa taklimat penting untuk program yang akan datang. Hampair pukul 12 pagi barulah kami dilepaskan untuk balik ke bilik.

Seawal jam 3 pagi lagi kami sudah bangun untuk bersiap-siap dan kemudian berkumpul di bawah kerana sebentar nanti kami akan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

"Tak sempat nak kumpul tahi mata dah kena bangun!" Rungutku. Yelah, aku baru je nak terlelap kot tapi alarm clock dah berbunyi.

"Morning Nira!" Sapa housmateku Diyana.

"Morning :)" Aku hanya tersenyum manis kepadanya.

Ini lagi satu hal nak kena tunggu giliran untuk menggunakan bilik mandi mahupun tandas, 8 orang penghuni rumah ini termasuklah aku ingin membersihkan diri. Tetapi masih ada je lagi yang tidur dan ada juga yang hanya membasuh muka di sinki. Sejuk katanya kalau nak mandi pagi pagi macam ni. Aku menguap beberapa kali sebelum tiba giliran aku untuk mandi.

Author's note;

Yeay or nay sebab Nira dah masuk universiti? Tak lama lagi muncul lah Mr. Joe dekat chapter yang akan datang 🌸

Dekat atas tu author ada guna words kolej dan part 1 kan? Dekat UiTM asrama/hostel dipanggil as kolej, semester pulak digantikan dengan part. Contoh macam "Saya merupakan pelajar part 4 (semester 4)" Okay clear dah semua? Don't forget to read the next chapters ya 😘

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now