IV : Bite Of Pureblood

2.1K 154 82
                                    

Part 4 : Bite of Pureblood

The Hunter : The Blackspire Siblings

|| Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||

Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.

🔞 Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞

▪️Rein Blackspire ▪️

Dia kacak, matanya cantik, hidung mancung, bibirnya, buat saya mau gigit. Badan dia athletic, baunya wangi. Dia sihat.

Dia ada semua ciri. Entah kenapa saya makin sukakan dia.

"I want to be with you forever." Ayat tu nda saya rancang pun keluar dari mulut, it was just slipped out like that. Mula-mula saya inda perasan saya sebut hal tu sampailah..

"Your meal, miss." Si pelayan meletakkan hidangan kami di depan mata saya. Bau daging tu menyedarkan saya dari lamunan.

Entah berapa lama kami berenung antara satu sama lain.

"Come again?" Soal Andrew.

Ah sudah? Saya cakap apa sama dia tadi?

"Uh?" Soal saya semula dan Andrew punya muka serius habis. What was that? saya cakap apa tadi hah?!

"Kau cakap, you want to be with me..." Belum sempat Andrew habiskan ayat dia.

"Lo fanno dimenticare." (Spell untuk buat dia lupa) Ujar saya pantas. Saya terpaksa menyihir mortal di depan saya. Bodohnya ni mulut. Cepat betul meluahkan kata-kata yang nda sepatutnya.

Kata-kata cinta.

Eh wait, cinta? Saya punya cinta?

Okey, bertenang Rein. Dia akan lupa.

Saya belum ready mau menggunakan dia sebagai sumber makanan saya. No, no, no. I just think I like him, but not now, Rein. Saya terus berdiri, pigi ke kaunter pembayaran, minta bil dan bayar. Saya menoleh memadang dia seketika dan kemudian fokus sama perempuan di depan saya dan menghulurkan duit dan berjalan keluar dari restaurant.

Eh?

Saya patah balik. "Liberare. (Release)." Saya buat Andrew kembali ke alam nyata dan buatkan dia lupa pasal jumpa saya. The whole moment dari saya tegur dia di depan restaurant.

Saya terus buka payung dan berjalan pergi.

Idiot Rein, Idiot Rein.

▪️Andrew Heathcliffe▪️

Saya macam terbangun dari tidur. For God sake, apa saya buat di sini, di restaurant ni?

Saya memandang depan saya selain makanan terhidang kemungkinan besar untuk saya, ada lagi satu set makanan di sebelah sana. Saya makan tengahari dengan siapa?

Saya menoleh ke kiri dan kanan. Semua orang sibuk dengan dunia mereka sendiri.

Apa yang jadi sama saya sebenarnya. Siapa kawan saya makan disini?

🎼Ring Ring🎼

Dalam kebingungan, saya meramas hp di poket bahagian dalam jaket.

Sambil memandang sekeliling, kini mata saya fokus pada skrin. Simon.

The Hunter : The Blackspire SiblingsWhere stories live. Discover now