Part 31: The Begin of The War
Ichiru hanya sekadar memandang belakang Blaze yang sedang memakai pakaiannya. Sedari tadi, teman lelakinya tu hanya diam membisu selain menyatakan kata-kata cinta.
"Is everything okay, B?" Soal Ichiru membuatkan Blaze yang baru saja mengenakan baju t-shirt hitam ke badan, berhenti seketika, kemudian menyambungnya kerjanya semula. Blaze inda menoleh, sengaja menghadap dirinya keluar tingkap, jauh dari menatap mata Ichiru.
"I'm fine, my queen." Jawab Blaze, suara lelaki tu lebih berbeza dari kebiasaannya, suara seperti sedang di saluti risau atau gemuruh, Ichiru sendiri kurang pasti.
"Saya harap saya tiada buat silap, B." Soal Ichiru lalu menarik selimut tebal menutup badannya seraya duduk menyandar pada kepala katil.
Sejak kembali dari Hospital, teman lelakinya tu banyak mendiamkan diri, selain hanya meminta izin dari Ichiru supaya membenarkannya menggigit wanita tu dan mereka bersama selepas tu. Hanya itu.
Ndak mungkin dia ada buat sesuatu yang menyinggung Blaze.
"I'm fine," Blaze akhirnya menoleh. Mengatur pandangannya pada wanita kesayangannya, lalu tersenyum. Nda semanis mana, namun tetap senyuman.
Blaze kemudiannya mengatur langkah, mengelilingi katil lalu berhenti di sisi di mana Ichiru sedang terbaring lalu duduk di birai katil. Lelaki tu menunduk, merenung tangannya yang bermain antara satu dengan yang lain, seolah-olah sedang berfikir.
Seketika, Blaze menarik laci pada meja sisi bersebelahan dengan katil dan mengambil sesuatu dari dalamnya.
Sebuah kotak kecil berwarna hitam, lelaki tu membukanya dan mengeluarkan sebentuk cincin emas dengan permata berwarna merah yang berkilau dan menawan.
"Ichiru Nara Draven, " Dengan berhati-hati Blaze menyebut nama wanita kesayangannya, meraih tangan wanita tu dan memurutnya dengan lembut. Mata Ichiru terbulat dengan apa yang Blaze cuba buat di depannya saat itu. Dia wanita dewasa, dia tahu gerak geri lelaki ni bermaksud apa.
"I deeply sorry for asking you like this, like, you know. Of course perempuan dewasa macam kau, mahukan lamaran yang hebat yang kau boleh ingat sepanjang hidup kau. Trust me, I wanted to give you something like that, but I'm afraid I don't have much time."
"Blaze," Ichiru hampir kehilangan kata-kata.
"Saya mesti pergi malam ni demi ibu kandung saya, Ichiru, tapi ianya bukan jalan yang mudah dan saya berharap kau memahaminya. Ada perang yang saya kena ketuai dan saya pasti mahu memenanginya," Blaze berhenti berbicara, sebaliknya dia membasahi bibirnya dengan lidah dan kemudian memandang terus pada mata wanita kesayangannya. "Dan bila saya memenanginya, saya mahu kau jadi isteri saya, Ichiru."
Ichiru menengkup mulut dengan tangan kirinya, terharu, gembira, segala macam fikiran yang dapat dia zahirkan hanya mampu terpampang pada wajahnya saat tu. Airmatanya tiba-tiba mengalir, fakta yang lelaki tu melamarkan terlalu mengujakan, namun lelaki tu juga harus keluar memerangi musuh mereka dan kesudahan sebuah peperangan belum tentu dapat di tentukan begitu saja.
Blaze Blackspire mungkin akan kembali, dan kemungkinan juga tidak.
Ichiru ndak pasti kalau dia dpat menerima hakikat yang kedua, lelaki ini terlalu berharga baginya, biarpun dia lelaki vampire.
"Blaze, bukankah kau tahu apa yang ada dalam hati saya kan? Cinta saya, sayang saya, semuanya untuk kau, Mr Blackspire." Tangan kirinya mengelus lembut pipi Blaze dan menganggumi betapa kacaknya lelaki. Bertuahnya dia mempunya seseorang yang juga menyayanginya biarpun sekadar manusia biasa.
"You and I, be one for the rest our life."
Ichiru mengangguk dan dia terus mencumbu dahi Blaze. Lelaki tu memasukkan cincin tadi di jari manis Ichiru dan ianya muat sempurna.
YOU ARE READING
The Hunter : The Blackspire Siblings
ParanormalFiction Story. 100% .. Vampire Witch, Rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang mati atau yang masih hidup.. strong language, swearing and sarcasm.. matured contained. Detective Andrew Heathcliffe seorang lelaki yang moden yang tidak mempercayai...