XXI : I'm Sorry I Can't

1.8K 180 70
                                    

Part 21: I'm Sorry I can't
The Hunter: The Blackspire Siblings

Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||

Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.

🔞Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞

💠Kediaman Citrine💠

Lara Anne menyanyi riang di bahagian dapur sambil menyediakan makan malam. Siang tadi, Glenn di rumah saja bilangnya mau meluangkan masa dengan dia. Berbunga-bunga hatinya terus.

Inilah yang Lara Anne harapkan. Di sayangi dan di cintai. Semua perhatian hanya untuk dia. Menerima Glenn dalan kehidupannya adalah keputusan paling tepat yang dia pernah buat.

"Puan, semuanya sudah siap.." suara pembantu rumahnya menyapa dari belakang membuatkan Lara Anne menoleh dengan senyuman. Dia berpuas hati dengan susun atur di atas meja makan. Rasanya makanan ni cukup untuk buat Glenn gembira pula memandangkan lelaki tu sudah cukup buat dia bahagia sepanjang hari.

"Thanks, Jane. Kalau macam tu, biar saya pigi panggil Glenn. Mesti dia lapar sudah tu." Ujar Lara Anne dalam masa yang sama dia membuka apron dari tubuhnya.

"Sudah tentu, puan.." senyuman khas di berikan pada Puan Besar dalam rumah tu.

Lara Anne mengantungkan apron tadi pada penyangkut bersebelahan dengan pintu masuk lalu menaiki tangga perlahan-lahan ketingkat atas. Sempat lagi dia membetulkan pasu bunga di meja hiasan sebelum menapak perlahan kearah bilik bacaan milik suaminya.

Daun pintu tidak terkatup rapat, melebarkan lagi senyuman Lara Anne, dia mencapai tombol pintu namun belum sempat dia membukanya...

".... just make sure semuanya settle, Joyce. I don't want that damn Police masuk campur lagi." Jelas ayat yang di tuturkan Glenn masuk ke dalam gegendang telinga Lara Anne, membuatkan wanita tu menengkup mulut kerana terlalu terkejut.

'Apa maksud Glenn?'

"...Yes.. saya sudah kasi tahu. Bersihkan sesiapa yang berada di dalam pasukan homosid.. send K to finish all of them at once. I don'twant any trouble, Joyce."
Glenn memberikan alahan dengan suara yang perlahan tapi butir bicaranya jelas di cuping telinga Lara Anne. "He was really pain my ass, I can't stand it anymore."

Lara Anne merasakan dunia yang dia pijak runtuh di depan matanya.

'Pasukan Homosif? Heathcliffe? Dia bercakap pasal Andy, bukan?'

Lara Anne berundur cepat  dari muka pintu dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Dalam gugup, dia cuba mengatur pernafasannya supaya tidak terlalu panik.

'Saya salah dengar ka? No! Jelas betul, Heathcliffe. Rasanya nda ramai Heathcliffe berkerjaya polis, aparah lagi dalam Pasukan Homosid. Tapi kenapa Glenn buat begini? Dia orang paling baik dan romantis dalam dunia ni. Dia inda akan buat benda-benda yang jahat.'

Lara Anne mengangkat kedua tangannya separas dada. Tangannya mengigil dan dia boleh merasakan peluh sejuk membasahi lehernya.

'Apa patut saya buat? But Glenn.. dia... damn I just kenal dia baru bulan keempat, but Andy saya kenal dari kami sekolah.'

Lara Anne menelan liur pahit. 'Apa patut saya buat ni?'

Dia terpandang handphonenya yang terampai kemas di atas meja.

The Hunter : The Blackspire SiblingsWhere stories live. Discover now