Part 9 : When she's Gone..
The Hunter: The Blackspire Siblings|| Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||
Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.
🔞Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞
💠Andrew Heathcliffe 💠
Seminggu sudah, sejak malam tu saya teda nampak Rein lagi. Saya ndak rasa sudah diekori, saya tidur dengan nyenyak, saya ndak lagi pening-pening, tapi hati saya selalu ingat dia.
Where are you now, Rein?
Kalaulah hati lebih berkerjasama dengan otak waktu tu. I will never feel this lonely.
Saya siasat balik kes Kawan baik saya, Jack Clearsky, Detective juga, ex-partner saya. Dia ditemui mati dengan tembakan di kepala di rumahnya. Dalam 4 bulan yang lalu. Sampai sekarang saya belum dapat selesaikan kes tu. Sejujurnya, saya kekurangan bukti.
Saya mengeluh perlahan.
"Boss." Panggil Simon, membuatkan saya mengangkat kepala. Dia meletakkan segelas tinggi Iced Coffee, dia tapau lah ni dari cafe selalu saya lepak tu. Tempat saya jumpa Rein, yang dia mengaku dia vampire tu. Sana sajalah cafe yang buat Iced coffee sedap. Kalau ikut pendapat saya la.
"Kenapa?" Soal saya.
"Pasal kes si Jack tu, cuba tinguk ni..." Simon menghulurkan sebekas plastik berisi pin. Actually, a coat pin.
Saya mengerut kening memandang barang yang di hulurkan oleh Simon di depan muka saya.
"Mana kau dapat ni?" Soal saya pada dia. Simon terus mengambil tempat duduk di depan saya.
"Masa kasi clear rumah si Jack, CSI team jumpa benda ni bawah katil dia. Kau rasa siapa punya ni, boss?" Soal Simon. Saya mencapai plastik yang si Simon hulur dan mengamati dengan teliti benda yang ada di dalam plastik tu.
Benda begini biasanya di pakai oleh orang-orang VVIP atau ahli conglomerate untuk sesebuah organisasi. Rekaan dia sangat cantik, pin ni kemungkinam emas tapi bunga ros yang di ukir pada pin ni mempunyai kelopak berwarna hitam.
"Jack bukan orang yang suka pakai baju kot, dan dia bukannya ada girlfriend." Ujar Simon lagi membuatkan saya merenung lelaki di depan saya.
He got his point. Jack yang saya kenali dari akademi adalah lelaki biasa sama macam saya dan juga Simon. Memiliki benda macam ni adalah mustahil untuk orang macam kami.
"Siapa punya ya?" I can't help it, soalan Simon juga berlegaran dalam kepala otak saya.
Simon diam, dia juga kelihatannya tiada jawapan yang sesuai untuk di berikan pada saya.
"Kau sudah siasat?" Soal saya selepas lama mendiamkan diri. Simon mengusai duduk dari menyandar sehingga menengakkan badan.
"Saya cuba boss tapi tiada pula dalam database kita." Bilang si Simon. Dia kelihatan nda menipu, wajahnya penuh ingin tahu sama macam perasaan saya sekarang ni.
"Lucy masih buat siasatan lagi. Nampaknya kita kena tunggu la." Tambah si Simon lagi.
Saya akur saja dengan jawapan Simon. Menunggu adalah satu-satunya pilihan yang kami ada.
YOU ARE READING
The Hunter : The Blackspire Siblings
МистикаFiction Story. 100% .. Vampire Witch, Rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang mati atau yang masih hidup.. strong language, swearing and sarcasm.. matured contained. Detective Andrew Heathcliffe seorang lelaki yang moden yang tidak mempercayai...