Part 25: The Dream We Walked In
The Hunter: The Blackspire Siblings
Rein hanya memandang saja Ayumi menyentuh sebiji bola kristal. Membuat persiapan untuk mereka mengembara mimpi.
"Kamu sudah sedia?" Soal Ayumi pada Rein dan Blaze yang menunggunya dengan tenang.
Adik beradik Blackspire tu berenungan. "Sudah."
"Rippa, jaga diri baik-baik." Andrew meletakkan tangannya pada pipi Rein dan mengelus perlahan wajah kesayangannya. Sungguh, dia mencintai wanita ni.
"Saya tunggu kau balik, beautiful. Be safe." Pesanannya membuatkan Rein mengukirkan senyuman manis lalu mengangguk.
"Saya akan balik secepat mungkin, okey." Rein meleraikan pelukan bila Blaze menyentuh belakang saya.
"Dara, jagakan mortal Heathcliffe sebaiknya." Pesan Ayumi dan dia tersenyum manis pada pembantunya.
"Sudah tentu, my lady." Jawab Dara. Dia membawa Andrew berundur jauh sedikit dari lingkaran yang ada di atas lantai.
"Hold my hand." Ayumi menghulurkan tangan kanannya pada Blaze dan tangan kirinya pada Rein. Adik beradik tu berpandangan dan Blaze tersenyum, memastikan adiknya dalam keadaan baik dan tenang untuk perjalanan yang mereka nda pasti bagaimana akhirnya.
Rein menyambut tangan Ayumi lalu memandang tangan Andrew untuk terakhir kalinya.
"I love you, Andrew Heathcliffe." Ucap Rein perlahan dan Andrew membalas senyumannya berserta 'flying kiss'. Khas buat kekasihnya.
"Take a seat, Blackspire." Pinta Ayumi dan kami duduk di atas lantai yang berconteng lingkaran dan beberapa tulisan purba yang Rein kurang fahami.
Ayumi mula menyebut manteranya, ianya sesuatu yang adak asing bagi telinga Rein, biarpun dia tinggal pada zaman itu suatu ketika dulu.
Rein terus memandang Blaze, meminta penjelasan dari abangnya tanpa menuturkan apa-apa.
"Bahasa Dream Tribe, Rein." Ujar Blaze seolah-olah mengerti dengan reaksi wajah adiknya saat tu.
"It's begin. Kamu akan rasa sakit sikit." Ayumi memberikan amaran dengan senyuman manis. Rein menelan air liur. Pertama kali dia merasa gemuruh bila berhadapan dengan magik.
"Terbuka pintu, ke alam mimpi." Sebaik saja Ayumi selesai menuturkan ayat tersebut. Rein merasakan badannya bagai di carik dan mata kepalanya sendiri nampak isi badannya seolah-olah bertaburan di bawa angin dan juga cahaya putih yang menyilaukan.
"Blaze!?" Rein kelihatan sangat panik.
"Pegang tangan saya, Rein, jangan lepaskan!!" Jeritan Blaze kedengaran memberikan amaran.
"Dia cakap sakit sikit! Ni bukan sikit, gilakkk! My skin is ripping." Rein menjerit dengan kuat kerana bunyi bingit mula kedengaran. Rein mengangkat muka dan ternampak tubuh Blaze hilang sedikit demi sedikit.
"Blaze!?"
"Bertahan Rein!!!" Suara Blaze kedengaran bergema dan semakin menjauh.
"Don't let go, Rein." Suara Andrew pula semakin jauh.
"Rippa!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhh!"
****
Rein membuka matanya perlahan-lahan, kerana silau yang amat menyeksakan mata saat ni, dia hanya mampu mengecilkan matanya. Dia merasakan sakit yang amat sangat pada bahagian tertentu tubuhnya. Sukar untuk dia mencari posisi yang betul supaya rasa sakit tidak terlalu terasa, akhirnya dia melentangkan badan dan memandang ke arah langit biru yang di hiasi dengan awan putih yang indah.
YOU ARE READING
The Hunter : The Blackspire Siblings
МистикаFiction Story. 100% .. Vampire Witch, Rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang mati atau yang masih hidup.. strong language, swearing and sarcasm.. matured contained. Detective Andrew Heathcliffe seorang lelaki yang moden yang tidak mempercayai...