Part 6 : Under Your Spell
The Hunter : The Blackspire Siblings|| Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||
Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.
🔞 Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞
▪️Andrew Heathcliffe ▪️
Lepas mendengar cerita Ichiru, saya putuskan untuk terus balik rumah. Saya cuba bertenang masa saya sedang memandu.
'Rein Blackspire, Dia Vampire.' Terngiang-ngiang kata-kata si Ichiru di gegendang telinga saya.
Jadi maksudnya dia memang sentiasa ada, kami sudah berbual, kami sudah bersentuhan. Cumanya, dia boleh buat saya lupa.
Tapi kenapa & bagaimana?
Saya memparkirkan kereta di lot saya dan mengunci kereta, lalu menaiki lif menuju ke tingkat rumah saya.
Rumah saya menggunakan pincode di samping kunci, dan saya masuk lepas daun pintu terbuka.
Lampu terpasang, menerangi setiap pelusuk seluruh rumah. Saya kurang suka gelap, saya terbiasa berada di kawasan terang, kecuali tidur. Saya mesti tutup semua sumber lambu dan biarkan lampu dimmed dari dapur saja yang berpasang.
Meow.. saya mencari suara Shiro, tu kucing gemuk mengiyau malas di atas sofa.
Hai la Shiro kenapa kau lah yang tunggu saya balik. Cubalah ada bini, ada juga mau di cuddle. Di cium dan dipeluk.
Saya mengeluh perlahan kemudian mengambil tempat duduk di atas kerusi tinggi di depan meja kaunter dapur dan somehow, mengelamun fikir pasal dia.
Saya yakin betul saya pernah jumpa dia. Tapi di mana? Kalau ikut cerita Ichiru, saya yakin betullah gadis tu, dia. Rein Blackspire. Samar-samar wajahnya, tapi senyuman dia, nda mungkin saya lupa..
Saya meramas tangan kiri saya. Saya buka pula sudah tu gelang dan simpan di dalam peti besi. Sebab emas kan. Takut juga saya hilang. Masak saya mengganti nanti.
Saya berdiri dan tiba-tiba saja rasa di perhatikan. Saya menoleh sebab rasa seram sejuk belakang saya ni..
"Hai.."
"Eh mama kau tambling.." saya menengkup mulut bila tercakap benda yang bukan-bukan. Bukan salah saya ah, siapa suruh dia muncul tiba-tiba.
Serius saya terkejut tinguk dia. Berjaket kulit berwarna hitam Berbaju slim fit di bahagian dalam dengan bahagian dada yang agak terdedah. Seluar pun sempit. Show off dia punya aset. Rambutnya dia ikat satu. Berspec mata hitam.
Malam-malam pakai sunshade, dia ni kenapa?
"Macam mana kau masuk sini?" Soal saya.
"Bukan kau patut tanya, siapa saya terlebih dulu ka?" Soalnya dengan senyuman menggoda, lipstick lagi merah.
"Uh?" Ah dumbfounded oh kau ni Andrew.
"Siapa kau?" Saya pun ikut cakap dia, pigi tanya dia siapa, biarpun saya tahu dialah Rein Blackspire, orang yang selamatkan saya, dan orang yang buat saya angau dua tiga hari ni.
YOU ARE READING
The Hunter : The Blackspire Siblings
ParanormalFiction Story. 100% .. Vampire Witch, Rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang mati atau yang masih hidup.. strong language, swearing and sarcasm.. matured contained. Detective Andrew Heathcliffe seorang lelaki yang moden yang tidak mempercayai...