X : Them Before Us

2K 158 166
                                    

Part 10: Them before Us
The Hunter : The Blackspire Siblings

|| Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||

Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.

🔞Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞

▪️520 years Ago.▪️

Hutan Jinglebell berdekatan Crystal Pavilion.

Sapphira menangis di siring sungai sambil membaling batu kerikil kedalam sungai.

Air matanya yang jatuh membentuk bunga dandelion di sekelilingnya.

"Sini kau rupanya." Sapphira menoleh sambil mengelap pipi. Lightning tersenyum manis pada dia dengan tekiding berisi kayu api dibelakangnya.

"Macam mana kau cari saya, Light?" Soal Sapphira sambil tersingut-singut. Lightning berpusing ke belakang dan menunjuk jejak bunga Dandelion di atas tanah.

"Bukan susah pun mau cari Sapphira Goldenjade yang sedang menangis." Ujar Lightning yakin sambil senyum miring. Sapphira terketawa dengan kata-kata Lightning,  kalau sama lelaki ni, susah kau mau bersedih. Dia selalu ada saja cara untuk buat kau tersenyum.

Lightning meletakkan bakul tekiding yang berisi kayu api dan herba-herba hutan bersebelahan sebatang pokok yang hampir dengan Sapphira kemudian duduk di sebelah Sapphira lalu menghulur sapu tangan satin ke arah wanita tu. Ada sulaman logo keluarga Blackspire di hujung saputangan tu.

"Tell me what happened, Phira?" Soal Lightning sambil menyilik satu-satunya keluarga yang dia ada dari sebelah Keluarga Bondanya.

"Teda, Light." Ujar Sapphira sambil mengusik-usik rumput siring sungai tu.

Macam saja si Lightning ndak kenal sama sepupu sendiri. Mana mungkinlah si Sapphira tiba-tiba menangis kalau tiada apa-apa yang triggered dia kan?

"Kau sedih ka si Cloud Aquamarine pilih Elena Moonshine jadi bini?" Soal Lightning membuatkan Sapphira terkesima dan airmatanya berjujuran semula.

"Uuuuuu.. perlu kah kau sebut benda tu lagi kalau kau sudah tahu, Light..."  Sapphira menangis sekuat hati meninggalkan Lightning mengeluh panjang.

"Adeh, Phira punya bida.." ujar Lightning di ikuti gelengan kepala.

Sapphira antara perawan yang jelita di Tanah Kerajaan Crystallis. Untuk gadis secantik Sapphira,  mana mungkin la menangis menjejaskan kejelitaan dia.

"Kau pun tahu kan Light, saya punya suka si Cloud tu dari saya kicil lagi, dari kita main di bendang padi, kita tangkap ikan sama-sama, dari kita ponteng kelas Cikgu Snow, pasal mau tinguk meteor rain. Saya suka dia, sejak beratus tahun lalu, dia boleh-boleh pilih si Elena... uwaaaaaa.." Sapphira menangis sesungguhnya membuatkan Lightning serba salah.

Tolongla Sapphira, kau kelihatan menyedihkan.

"Anduk bah Phira, bukan jodoh kau sama dia, macam mana juga. Dia sudah pilih enchantress dari barat tu, kita redha sajalah. Macamlah tiada lagi lelaki lain di Crystal Pavilion yang bersesuaian sama kau. Dunia Magic ni terlalu besar, Phira. Kalau tiada di sini, mungkin jodoh kau di Dunia Manusia." Pujuk Lightning, Sapphira perlahan-laha  berhenti menangis.

The Hunter : The Blackspire SiblingsWhere stories live. Discover now