VII : The Taste of You

2.2K 164 201
                                    

Part 7 : The Taste of You
The Hunter: The Blackspire Siblings

|| Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||

Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.

🔞 Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞

Ichiru keluar dari pejabatnya, entah kenapa sejak kebelakang ini, dia rasa macam dikenali. Orang yang inda pernah tegur dia, tiba-tiba menegur. Dia pun pelik jadinya. Kalau selama ni, dia macam nda wujud saja, tapi sejak akhir-akhir ni, ada saja yang menyapanya dengan ramah.

Sampai di luar bangunan dia ternampak sebuah kereta sport sedan Audi berwarna hitam matte parking diluar dengan seorang kusai yang memang dikenalinya. Menyandar pada badan kereta, berbaju serba hitam, berkaca mata hitam, berpeluk tubuh.

Kalau perempuan limpas saja macam mau patah leher dorang meninguk dia. Mentang-mentang hundred.

Blaze menyedari Ichiru sudah keluar senyuman lebar di hadiahkan pada Ichiru yang memandangnya.

"Konnichiwa.. gorgeous." Sapa Blaze, dari berpeluk tubuh, dia berdiri tegak tersenyum manis pada Ichiru.

"Hai.." balas Ichiru dengan senyuman. Sejak lelaki ni hadir di sisinya, hati Ichiru di penuhi bunga-bunga. Despite his cold and stoic facial expression, Blaze sentiasa baik melayani dia.

"Wanna grab something to eat?" Soal Blaze membuatkan Ichiru mengangkat muka.

Ah? Siapa lapar maksudnya ni?

"Me?" Soal Ichiru. Sambil tunjuk diri dia dan Blaze menjungkit kening kemudian mengangguk.

"Iya, kalau saya yang lapar, ianya jadi hal lain." Balas Blaze dengan senyuman meleret penuh godaan.

"Jangan macam-macam, tumbuk nanti baru tahu." Ichiru menjeling tapi Blaze tahu, perempuan tu bertarik tali. Apa orang bilang, mahu tapi malu, begitulah.

Blaze meletakkan tangan pada bahu Ichiru dan memeluknya rapat, gadis tu senyum saja meninguk perangai dia. Entah kenapa dia bahagia dilayan sebaiknya oleh Blaze biarpun baru tiga hari bersama.

"Masuklah, my bride." Bilang Blaze sambil bukakan pintu dan mempersilakan dia masuk.

"Thanks.." balas Ichiru dan dia masuk ke dalam kereta Blaze. Nice car.

No wonder la bah. Orang hidup beratus tahun sudah. Kalau hidup begitu lama sudah pun, tapi masih hidup melarat, ndak tahulah... bagus cabutla tu taring, buang.

"What kind of cuisine do you prefer, love?" Soal Blaze, dia baru menghidupkan enjin kereta.

"Hemmm, Blaze pandai makan seafood?" Soal Ichiru, membuatkan lelaki yang duduk di ruang pemandu tu berfikir seketika.

The Hunter : The Blackspire SiblingsWhere stories live. Discover now