XV: Betrayed by Them

2.1K 153 149
                                    

Part 15 : Betrayed by Then
The Hunter : The Blackspire Siblings

Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||

Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.

🔞Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞

❄️Rein Blackspire❄️

Saya terkejut bila terpandang figura Alexandrite berdiri dengan kedua tangannya dalam poket seluar. Ada beberapa individu lagi berada di sampingnya dan saya yakin sangat mereka bukan mortal. Mereka pastinya sama seperti Alex. White Noble Creature.

Saya menyilik abang sulung saya yang kelihatan tenang namun saya tahu jiwanya bergelora. Saya nda mahu kami bertiga dalam ruang yang sama.

"Apa kau buat sini, Aquamarine?" Soal saya. Mungkin orang dengar suara saya berbaur benci, tapi bukankah itu sememangnya layak untuk Alex terima. Kebencian.

Dia terenyum sinis sambil mengangkat tangan pada orang-orang,  mungkin isyarat sebab selepas saja dia mengangkat tangan, mereka terus menapak ke kawasan tempat vampire yang baru saja mati. Memeriksa dan mengumpul sesuatu yang saya nda mahu ambil tahu.

"Saya ditugaskan untuk siasat hal ni, Rein. So, kamu akan kerap nampak saya di sini." Jawabnya yakin. Saya menjeling. Mendengar suaranya membuatkan saya makin menyampah.

"Masih berlagak Guardian walaupun di dunia Manusia?" Saya menurunkan pedang saya dari terus menghunus ke udara.

Alex nda membalas sebaliknya hanya memandang kami berdua.

"Mari Blaze. We should go." Saya merangkul lengan Blaze dan mau bawa dia kemana saja, asalkan bukan dengan si narcissist ni.

"Rein boleh kita bercakap.." out of blue, Alex meminta saya untuk meluang masa untuk dia.

Belum pun sempat saya mambalas. Ada api yang menjulang tinggi antara kami berdua dan Alex membuatkan saya terkejut. Cepat mata saya menoleh ke arah Blaze.

"Melangkah setapak lagi, aku akan bakar kau hidup-hidup." Blaze memberikan amaran dengan renungn tajam ke arah Alex.

Orang-orang Alex mengeluarkan senjata. Ada yang keluarkan lembing, pedang dan juga panah.

Tersengih saya melihat senjata yang mereka acukan pada kamu. At least, dorang semua tahu, nda kisah macam mana maju pun zaman yang kami duduki, senjata modern ndakkan dapat mencederakan kami.

"Aku ndakkan teragak-agak untuk mengaku di depan Council kalau aku dapat bunuh kau hari ni." Sambung Blaze lagi.

"Magic Council akan menghukum kau kalau kau berani mencederakan Aquamarine." Ujar salah seorang dari individu yang berdiri di samping Blaze.

Blaze tersengih sinis. "Macamlah ndak biasa. Mereka pernah menuduh aku untuk benda yang aku ndak lakukan sebelum ni, mereka boleh saja buat lagi, nda kisahlah aku buat baik atau sebaliknya. Aku sentiasa jahat di mata orang mulia macam kamu, bukan?"

Alex nampak terkejut, ndak lama dia mengeluh berat.

"Enough." Ujarnya pada orang-orangnya kemudian dia menoleh kearah Blaze dan saya.

"I just want to talk." Sambung Alex.

Orang-orang Alex menurunkan senjata membuatkan saya berpusing menoleh Blaze dan menyentuh bahu abang sulung saya tu, meminta dia bertenang.

The Hunter : The Blackspire SiblingsWhere stories live. Discover now