Part 22: Letter From Lightning
The Hunter: The Blackspire SiblingsDisclaimer: Apa yang saya tulis dalam cerita ini adalah hiburan semata-mata ya. Saya bukan paranormal creature atau detective atau yg berkait rapat macam dalam story mengarut ni, semua ni cuma angan-angan saya dan saya cuma manusia biasa saja ya.. Drama/Movie, Google, Pinterest, Facebook, Instagram and YouTube banyak membantu penulisan saya. Sekiranya berkaitan dengan mana-mana perkara atau orang, sejujurnya ianya sebuah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.||
Sila jangan salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan faceboook, whatsapp atau mana-mana laman social. Terima kasih.
🔞Bacaan untuk 21 tahun keatas. 🔞
Andrew memarkirkan keretanya di tepi jalan, berhadapan dengan rumah sewa Lucy. Sewaktu dia hendak keluar dari kereta, ekor matanta terpandang Tobias yang berdiri di seberang jalan.
"Aik, kenapa juga si Kobis ni ada di sini?" Dia membuka pintu keretanya lalu keluar dari perut kereta dalam masa yang sama matanya nda lepas dari memandang puntianak jantan tu..
"Dawnhunter." Tegurnya sambil menutup pintu kereta.
Muka Tobias agak tegang. Sekelip mata saja dia sudah disebelah Andrew. Andrew agak terbiasa dengan keadaan tu. Begitulah kalau hidup dengan mystical creatures.
"Apa kau buat sini, Tobias?" Soal Andrew sambil merenung lelaki tinggi lampai di sebelahnya tu.
"Saya datang mau jumpa Lucy Orra and I want to say... something.. tapi.." Tobias berkerut seperti serba salah mahu meneruskan kata-katanya.
"Tapi apa?" Andrew jadi ndak sedap hati bila Tobias menyatakan tujuannya ke sini. Apa kaitan lelaki ni dengan Lucy?
"Saya terhidu bau darah yang sangat kuat..." bilang Tobias baru Andrew perasan, anak mata Tobias perang keemasan. Itu maksudnya, bau darah sangat dekat.
"Darah??" Soal Andrew. Vampire mempunyai kelebihan untuk menghidu bau kerana deria bau mereka yang amat sensitif, apa lagi bau darah. "Ada kemalangan ka di sini?"
Andrew meninjau sekeliling, kot-kot ada orang kemalangan ka, namun kawasan kejiranan tu agak sunyi juga.
"....dari arah rumah tu." Tobias menunjuk ke arah rumah teres yang sederhana besar di hadapan mereka berdua.
"Where?" Andrew menoleh mengikut telunjuk Tobias dan matanya terbuntang melihat bangunan yang Tobias maksudkan.
Rumah Lucy? "Fuck."
Andrew terus meluru ke arah rumah Lucy dan pintu depan berkunci.
"Lucy...Lucy Orra!!" Dia menhentak kuat pintu rumah Lucy, tolongla jangan ada sesuatu yang buruk berlaku..
"Dia masih didalam." Ujar Tobias dari arah belakang Andrew.
"What?" Makin panik si Andrew dengan informasi yang si Tobias kasi.
"... it's fresh blood, I'm hearing it flows slowly and dripping to the floor.." Sambung Tobias.
"Step aside." Arah Andrew, dia mundur dua langkah kebelakang.
YOU ARE READING
The Hunter : The Blackspire Siblings
ParanormalFiction Story. 100% .. Vampire Witch, Rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang mati atau yang masih hidup.. strong language, swearing and sarcasm.. matured contained. Detective Andrew Heathcliffe seorang lelaki yang moden yang tidak mempercayai...