KLIA
Tengku Farisya Daniella Damia melangkah keluar dari balai pelepasan. Dengan hanya berpakaian t-shirt hitam, skinny jeans, kasut berjenama adidas dan cermin mata hitam menampakkan gaya Tengku Farisya yang bersahaja. Rambutnya yang separas pinggang dan sedikit beralun itu dibiarkan lepas.
Tengku Farisya memandang sekelilingnya. Akhirnya dia pulang juga ke Malaysia setelah tamat pengajiannya di University of Oxford, England.
Tengku Farisya melangkah perlahan ke arah pintu utama airport dan menuju ke keretanya. Tidak banyak barang yang dia bawa cuma satu beg sahaja.
Kakinya melangkah ke arah sebuah kereta Lamborghini Huracan Spyder berwarna putih miliknya.
Tangannya mengeluarkan kunci daripada beg tangannya lalu ditekan untuk membuka pintu.
Keretanya itu telah dihantar oleh anak buah ayahnya, iaitu Dato' Tengku Idris Shah semalam setelah mengetahui berita kepulangan Tengku Farisya ke Malaysia pada hari ini.
Lamborghini Huracan Spyder
Begnya dimasukkan ke dalam bonet kereta sebelum Tengku Farisya memboloskan dirinya ke dalam kereta. Enjin keretanya dihidupkan dan dia terus memecut pulang ke rumah.
***
TERATAK SHAH
Sebuah kereta memasuki kawasan rumah villa tiga tingkat itu. Setelah enjin dimatikan, seorang gadis keluar dari perut kereta itu. Cermin mata dibuka dan matanya memandang sekitar Teratak Shah.
Finally.
Kelihatan dua orang lelaki berpakaian serba hitam datang ke arah Tengku Farisya. Farisya mengarahkan mereka untuk mengangkat barangnya di belakang kereta. Langkah kaki Tengku Farisya melangkah ke pintu utama.
Seorang lelaki berpakaian formal menyambut kedatangan Tengku Farisya di pintu rumah.
"Selamat pulang, Tengku Farisya." ucap Khairul yang merupakan orang kanan Tengku Idris.
Khairul memang handal dalam melakukan apa-apa urusan dan disebabkan itu Tengku Idris mengambil dia untuk berkerja dengannya. Hampir 10 tahun Khairul berkerja dengan Tengku Idris.
Khairul seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Badannya tegap dan berkulit gelap sedikit. Riak mukanya yang garang membuatkan mana-mana orang yang memandangnya akan berasa kecut perut.
"Hmm. Where's my dad?" tanya Tengku Farisya dalam nada malas.
Matanya meliar memandang sekitar Teratak Shah yang masih sama walaupun sudah lama dia tidak pulang ke rumah ini.
"Tengku Idris outstation ke Jepun untuk seminggu ini atas urusan kerja." jawab Khairul ringkas.
"Oh okay."
Riak mukanya seperti biasa sahaja. Tiada perasaan sedih atau terkilan. Lagipun dia dengan Tengku Idris memang tak pernah berbaik pun.
Pun begitu, Tengku Idris tidak pernah mengabaikan Tengku Farisya memandangkan Tengku Farisya merupakan anak tunggalnya dan juga pewaris kepada perniagaannya.
Tengku Farisya masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya. Dia memerlukan rehat yang secukupnya. Penerbangannya dari England ke Malaysia membuatkan dia penat.
Well, you know.
Jetlag.
***
Tangan Tengku Farisya lincah mencari telefonnya yang dari tadi mengeluarkan bunyi yang bingit. Apabila terasa tangan menyentuh objek keras di bawah bantalnya, lekas dia menariknya keluar.
Mata yang terasa silau dek cahaya daripada telefonnya memaksa matanya mengecil untuk melihat siapakah gerangan orang yang menganggu tidur lenanya.
Grandma's calling...
Dengan malas Tengku Farisya mengangkat panggilan daripada neneknya.
"Yes, grandma. What do you want?"
"Bertuah punya budak. Grandma nak call kamu pun salah ke? Nak tunggu kamu yang call sampai grandma dah dalam tanah pun kamu takkan call. Ni, kamu dah sampai ke belum?"
Panjang lebar bebelan neneknya membuatkan Tengku Farisya menjulingkan mata ke atas.
"Gosh grandma! Tak payah laa nak bebel kat Mia. Yang sampai ke dalam tanah grandma sebut tu dah kenapa? Grandma ni. Tak baik tau cakap macam tu. Mia dah sampai pun. Mia balik tengah hari tadi sampai rumah terus tidur. Penat. Tu yang tak sempat call." kata Tengku Farisya dalam nada malas.
Sempat lagi dia menguap lalu digosok matanya untuk menghilangkan kantuk.
"Ada je kan alasan kamu ni. Jangan nak tidur lagi. Dah pukul berapa ni. Kalau grandma tak call tak bangun-bangun kamu. Haa lagi satu, daddy kamu mana?"
"Entah."
"Ishh, apa entahnya. Mia tak jumpa dia ke?"
"Tak. Khairul cakap dia kat Jepun."
"Yelah tu. Ingatkan kamu mengelak nak jumpa daddy kamu tu."
"Okay laa grandma. Mia nak off dulu. Nak mandi pa semua. Bye."
"Tu lah kamu ni, bila cakap pasal daddy kamu tu terus nak mengelak. Jangan nak keraskan hati tu sangat. Turunkan ego Mia tu."
"Manada Mia mengelak. Dah laa grandma. Mia malas nak cakap pasal dia. Grandma jaga diri kat sana. Apa-apa call Mia."
"Hmm, yelah. Kamu pun jaga diri kat sana. Bye."
Panggilan pun diputuskan. Tengku Farisya duduk menyandarkan badannya pada kepala katil.
Matanya masih merenung Iphone Xs miliknya manakala fikirannya masih terngiang-ngiang kata-kata neneknya tadi.
Keluhan terlepas dari bibirnya sebelum dia bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...