"Wei, Mia. Pandulah kereta slow sikit. Dahlah tadi aku belum lepas trauma lagi kau nak bawa laju. Kawal sikit kemarahan kau ni. Memang tak pernah berubah kau dari dulu. Panas baran betul." bebel Sharmina sambil menjeling sekilas ke arah Tengku Farisya yang tengah memandu.
"Min, kau tengoklah mamat tu tadi. Siapa yang tak panas? Kalau kau tak halang aku tadi memang muka dia tu dah kena pelempang aku agaknya. Dah lama aku tak lempang orang. Mencabar kesabaran aku betul."
"Mamat tu hensem kot. Gila kau Mia. Tergugat iman aku hahahaha. Aku macam kenal je muka mamat tu tapi aku lupa."
Dahi Sharmina berkerut memikirkan di mana dia pernah nampak lelaki yang langgar mereka tadi.
"Kau jangan Min. Nak aku hempuk kau guna handbag aku ni ke apa? Nak muntah kot. Celah mana hensemnya? Muka macam bangla jual karpet tu je. Kerek semacam aku tengok."
"Hahahahaha. Kau ni buta ke apa? Boleh kau samakan muka dia dengan mamat bangla jual karpet? Jauh berbeza kot Mia. Tapi aku memang tak dapat nak sangkal Mia. Body dia yang tough tu dengan pakej muka dia yang hensem tu memang aummm." ucap Sharmina sambil bibirnya tersengih-sengih seperti membayangkan sesuatu.
Pap!
"Aduhhh!"
Sakit giler siot!
Bahunya yang ditepuk kuat oleh Tengku Farisya diusap. Dahinya berkerut menahan sakit.
Mahu tercabut bahu aku rasanya err.
"Rasakan. Miang semacam aku tengok kau ni. Tu baru sikit. Kau cakap lagi pasal mamat tu memang aku humban kau ke dalam laut."
"Ishh, kau ni. Aku nak berangan kejap pun tak boleh. Kejam betul kau dengan aku."
"Bukan masalah aku. Kau yang dulu. Btw Min, aku minta maaflah Min sebab kereta kau dah kemek. Kita hantar kereta kau kat bengkel lepas tu aku call Khairul suruh ambil kita. Pasal bayaran tu kau tak payah risau. Biar aku yang tanggung. Kau jangan nak menolak pulak." kata Tengku Farisya.
"Pernah ke orang nak bantah apa yang kau cakap? Kalau A kata kau memang A lah. Aku tak dapat nak cakap apa. Jadi mana-mana kaulah." ujar Sharmina.
"Hehe, yelah."
Setelah sampai di bengkel, semua urusan telah Tengku Farisya selesaikan. Tengku Farisya minta agak kereta itu disiapkan dalam kadar yang segera.
Duit? No hal lah. Tengku Farisya mencapai iPhone Xs miliknya dari dalam handbagnya.
Nama Khairul ditekan.
"Hello, Tengku. Ada apa yang saya boleh bantu?" tanya Khairul. Jarang sungguh anak majikannya itu ingin menghubunginya.
"Ambil aku dengan Sharmina kat bengkel. Aku hantar lokasi kat kau nanti." kata Tengku Farisya lalu terus dimatikan taliannya. Malas nak berbual panjang.
Bukan ada apa pun.
Tengku Farisya mengajak Sharmina duduk minum di kedai makan yang berdekatan dengan bengkel tadi.
Lokasinya telah dihantar kepada Khairul. Sambil menunggu Khairul, mereka duduk minum sekejap.
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta Alphard putih berhenti di hadapan kedai makan yang dimasuki oleh Tengku Faridya dan Sharmina tadi.
Kelihatan Khairul keluar dari dalam kereta itu. Kakinya melangkah ke arah Tengku Farisya.
Tengku Farisya yang melihat kelibatnya terus bangun. Tangan Sharmina ditarik sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta Alphard itu.
"Mana kereta Sharmina? Bukan korang keluar bawa kereta ke tadi?" tanya Khairul musykil.
"Masuk bengkel Abang Khairul. Err, tadi ada kereta yang langgar kami." kata Sharmina
"Apa? Korang takda apa-apa? Teruk ke? Kenapa tak bagitau tadi? Siapa yang langgar? Korang kenal? Takpa nanti saya akan cari siapa orang yang langgar korang tu. Dia akan terima akibatnya."
"Dah habis cakap? Diam boleh tak? Banyak soal betul. Kitaorang baik-baik je. Belum arwah lagi. Kalau dah arwah, takdenya kami duduk dalam kereta ni sekarang." bidas Tengku Farisya.
Dia tidak suka apabila Khairul sentiasa menjaga dan mengawasinya walaupun itu memang tugas dia.
Dia bukannya insan yang lemah. Jangan nak pandang sebelah mata je tau.
"Err, kitaorang okay je. Cuma belakang kereta Min tu je yang kemek. Orang yang langgar kami tu kitaorang tak kenal. Abang Khairul tak payahlah sulitkan keadaan. Lagipun kitaorang tidak apa-apa kan." jawab Sharmina.
Tengku Farisya menjeling sekilas ke arah Sharmina. Mukanya seolah-olah ingin berkata "Kau ni dah kenapa?".
Sharmina hanya membuat bodoh sahaja. Tau sangat Tengku Farisya tidak puas hati apabila dia menjawab soalan Khairul tadi.
Keadaan menjadi senyap sehinggalah mereka sampai di rumah.
***
Tengku Nizam duduk di atas kerusinya setelah tamat mesyuarat yang diadakan. Tidak sempat dirinya nak bernafas setelah sampai di pejabat sebab terkejar masa appointment dengan klien. Lepas itu, mesyuarat lagi.
Kebelakangan ini memang banyak projek yang masuk menbuatkan dia tidak cukup tangan untuk menguruskan semuanya.
Nasib baik juga papanya masih ligat menguruskan Riz Holdings bersamanya.
Dalam dia duduk termenung, teringat pula kejadian pagi tadi di mana bumper keretanya telah kemek mencium punggung kereta minah gengster itu.
Entah mengapa fikirannya terbayang wajah gadis itu.
Cantik.
"Eh, dah kenapa pula aku teringatkan dia. Ishh. Baik aku call orang untuk urus kereta aku tu." kata Tengku Nizam pada dirinya sendiri.
Kalau ada yang tengok pasti memikir Tengku Nizam sudah gila kerana bercakap seorang sendiri.
Tengku Nizam mengambil iPhone X miliknya sebelum membuat panggilan kepada orang bawahannya untuk menguruskan keretanya.
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...