Bab 7

14.7K 253 3
                                    

"Gara-gara kaulah Mia. Ishh, memang aku tak puas hati dengan kau ni. Aku cakap tak nak tak nak lah. Asal kau paksa aku?" Marah Sharmina dengan muka berkerutnya.

"Hah, apa?" soal Tengku Farisya sambil menayangkan wajah selambanya.

"Malu aku tadi tau tak. Yang kau pilih cerita horror tadi kenapa? Dahlah aku ni jenis penakut tak dapat tengok cerita horror dan seangkatan dengannya. Mana aku nak letak muka aku ni? Mamat sebelah aku tadi dah pandang muka aku semacam je."

Sharmina mendengus kasar sambil menjeling Tengku Farisya yang berjalan di sebelahnya.

Tengku Farisya ketawa besar setelah Sharmina berkata begitu. Dia masih ingat lagi semasa di dalam panggung wayang Sharmina asyik menjerit sahaja.

Walaupun scene hantu yang belum muncul pun dia menjerit. Mana taknya, terdapat scene suspen membuatkan Sharmina ingat ada hantu.

Mamat hensem yang duduk di sebelah Sharmina asyik-asyik pandang Sharmina setiap kali dia menjerit.

"Dah habis ketawa?"

Sharmina memberikan jelingan maut kepada Tengku Farisya. Tengku Farisya masih ketawa lagi tapi tidak sekuat tadi.

Eleh, ingat Tengku Farisya takut ke dengan jelingan maut dia tu.

"Okay settle." kata Tengku Farisya tapi ketawa kecil masih menghiasi bibirnya.

"Merajuklah aku macam ni. Tak nak dah aku keluar dengan kau."

"Alolololo kau ni. Terus nak merajuk. Aku gurau jelah. Tapi serius memang kelakar doo tadi tu hahahahaha."

"Tengku Farisya Daniella Damia binti Dato' Tengku Idris Shah!"

Dengan lantang Sharmina memanggil nama penuh perempuan itu disebabkan geram.

"Woi, kau ni agak-agaklah panggil nama penuh aku. Siap dengan binti lagi. Sorry laa. Okay aku tak ketawakan kau lagi. Orang gurau pun tak boleh." ujar Tengku Farisya lalu memcebikkan bibirnya.

"You better. Kalau tak, aku mogok cakap dengan kau selama sebulan."

"Yelah Sharminaku sayang. Dah tak payah nak mogok bagai. Jom kita pergi makan. Aku dah lapar ni."

Sedang mereka asyik berbual, Tengku Farisya terlanggar seseorang.

Bukk!

Terdorong ke belakang Tengku Farisya dibuatnya. Nasib baik kakinya stabil. Kalau tak memang dah jadi nangka busuk agaknya.

Mata Tengku Farisya melihat gerangan orang yang telah dilanggarnya itu.

And guess what.

"Kau?!" kata mereka serentak.

"Sayang? You okay? You kenal ke perempuan ni?" tanya perempuan di sebelah lelaki itu.

"Kenal sangat." kata Tengku Nizam sinis.

Tengku Farisya hanya memandangnya tajam.

"Mana kau letak mata kau? Kat lutut? Kau jalan guna mata ke guna hidung? Hah?!" jerkah Tengku Nizam.

Inilah masanya untuk dia membalas perilaku perempuan yang menengkingnya tempoh hari.

Ek eleh. Bukan ke tu ayat aku? Poser betul. Nampaknya dia nak balas balik kat aku. Takpe. Kau memang silap besar kalau fikir aku diam je. Kau belum kenal lagi siapa aku. Ini Tengku Farisya Daniella Damia lah.

"Eh aku jalan guna kaki. Ada ke orang jalan guna mata? Mata kau boleh jalan ke atas lantai? Wow, baru aku tau. Cer aku nak tengok." kata Tengku Farisya selamba.

Dia memperbodohkan Tengku Nizam. Dia nak tengok Tengku Nizam sakit hati. Sharmina yang dari tadi menonton menutup mulut menahan ketawa.

Tengku Nizam yang setelah mendengar jawapan Tengku Farisya terus terbeliak.

Kurang ajar budak ni. Dia nak perbodohkan aku? Memang nak kena ni.

"Kau jangan nak perbodohkan aku ye. Sedarlah diri tu sikit. Dahlah langgar orang tak minta maaf. And kau buat apa kat Pavi ni? Orang miskin macam kau tak layak nak pergi sini. Ada duit ke? Ke sengaja pergi sini dengan harapan ada jejaka kaya yang nak pikat kau? In your dream lah perempuan. Cermin diri tu sikit."

Angkuh Tengku Nizam berbicara. Dia memberikan senyuman sinis kepada Tengku Farisya.

Tengku Farisya mengetap gigi dan sudah menggenggam tangannya. Mukanya merah menahan marah.

Sharmina di sebelahnya sudah ternganga mendengar kata-kata Tengku Nizam.

Uishh mamat ni memang menempah batu nisan awal agaknya. Dia tak tau ke ini ialah Tengku Farisya Daniella Damia, anak tunggal kepada Dato' Tengku Idris Shah seorang tokoh yang dikenali. Satu-satunya pewaris kekayaan Tengku Idris. Pemilik syarikat termegah di dunia. Memiliki syarikat perlancongan, hotel, resort dan syarikat hartanah. Dia kata Mia miskin? Memang silap besar. Harta Mia ni 7 keturunan pun tidak akan habis.

"Kau! Use your brain before you talking. Jangan nak membabi buta je tuduh orang. And what you said just now? Tak sedar diri? Miskin? Bravo hahahahaha. Hebatnya engkau berkata-kata. Tapi tulah orang yang bodoh sombong memang macam tu kan? Suka bercakap angkuh. Kau ingat kau dah kaya kau boleh buat sesuka hati? Kau ingat kau boleh nak hina orang sesuka hati? You don't know anything about me so don't act like you know me. Aku tak nak cakap banyak sebelum aku hilang sabar muka kau pulak yang pecah nanti. Aku harap aku tak jumpa kau lagi." sembur Tengku Farisya pada mamat poyo di depannya itu.

Matanya yang kehijauan itu memandang tajam ke arah Tengku Nizam. Tangan masih digenggam.

Kalau ikutkan hati memang dia nak lepaskan tumbukannya ke muka angkuh Tengku Nizam itu. Tetapi memandangkan mereka berada di tempat umum, dia tak nak menjatuhkan maruah kedua-dua pihak.

Baik blah sebelum jadi makin teruk.

Tengku Nizam terpaku seketika memandang anak mata Tengku Farisya yang memandangnya tajam itu.

Dia agar terpesona sedikit memandang keindahan mata itu. Tapi tidak dinafikan juga dia berasa sedikit gugup setelah Tengku Farisya berkata sedemikian.

Dia tahu dia memang melampau menghina Tengku Farisya. Itu semua disebabkan egonya. Untuk berkata maaf memang bukan Tengku Nizam lah namanya.

Tengku Farisya melangkah pergi meninggalkan Tengku Nizam dan perempuan yang berada di sebelahnya.

Sharmina berlari anak mengejar langkah Tengku Farisya yang semakin menjauh itu.

"You? You okay tak? Siapa perempuan tu tadi? Kurang ajar betul. Dia tak kenal ke siapa Tengku Nizam Hakimi bin Dato' Tengku Fariz? Kenapa you tak saman je dia tu?" bebel Jessica yang berdiri di sebelah Tengku Nizam itu.

Dilihatnya Tengku Nizam seperti sedang termenung.

"Youuu!" panggil Jessica lantang.

"Hmm apa?" tanya Tengku Nizam malas.

"You ni kenapa hah? I cakap dengan you, you tak dengar pun. Kita datang sini kan nak shopping. You promise me right? Tapi you ni nak tak nak je layan I." kata Jessica dalam nada merajuk.

Mengharapkan jejaka di sebelahnya memujuk dia.

"Jes, behave. Jangan nak buat perangai mengada you ni kat sini. I think we should go home. I takde mood. Lain kali kita shopping." kata Tengku Nizam tegas.

Kakinya terus melangkah untuk keluar dari mall itu.

"Nizam!" panggil Jessica lantang.

Kakinya dihentak hentak sebelum dia melangkah laju untuk mengejar langkah Tengku Nizam yang semakin ke depan.

My Precious BabyWhere stories live. Discover now