Bab 10

15.7K 271 1
                                    

Tengku Nizam merebahkan diri di atas katilnya yang bersaiz king itu. Ingatannya kembali kepada hal yang berlaku di majlis tadi.

Dia merengus perlahan.

Teringat kembali disaat dia menghina gadis tersebut. Memang salah dia sebab bertindak menuduh melulu.

But she lied to me.

Betul ke Nizam dia tipu kau? You never asked her.

Damn!

Tengku Nizam memejamkan matanya untuk mengusir hal yang berlaku tadi. Baik tidur. Esok nak pergi office.

***

"Could anyone explain what has happened just now?" tanya Tengku Farisya dengan muka seriusnya.

Really damn serious!

"Can you please sit down Mia?"

"Cut it off dad. Jangan nak mengelak. What are you trying to do?"

"I'm trying to help you."

"It's not helping me. It's killing me, dad. What? Shah Empire? Bukan itu yang Mia nak. Mia tak nak sesen pun harta daddy." kata Tengku Mia dengan suara tegasnya.

"It's all yours Mia. Not mine."

"Jangan ingat Mia tak tau tentang wasiat tu daddy. Fikir Mia akan masuk perangkap daddy ke? The answer is NO dad." kata Tengku Farisya sinis.

Tengku Idris tersentak seketika mendengar kata-kata Tengku Farisya.

"Apa Mia cakap ni? Mia fikir daddy nak rosakkan hidup Mia ke?"

"So, daddy mengakulah ni?" tanya Tengku Farisya sinis.

Tengku Idris mengeluh perlahan. Khairul di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Tidak ingin masuk campur dalam urusan anak beranak ini. Kalau perlu sahaja dia bersuara.

"Daddy nak apa yang sepatutnya milik Mia jatuh ke tangan Mia. Bukan tangan orang lain Mia. This is all about you Mia. Tolong faham. Mia satu-satunya anak tunggal daddy. Ikut wasiat arwah atuk ye?" pinta Tengku Idris.

Dia perlu memujuk Tengku Farisya. Lagipun keselamatan Tengku Farisya amat diutamakan. Bila-bila masa sahaja musuh datang menyerang.

Kejadian 10 tahun yang lalu diingati balik. Kali ni dia takkan biarkan perkara itu terjadi lagi.

Tengku Farisya hanya diam tidak beriak. Fikirannya bercelaru. Dia tahu semuanya. Tapi dia boleh jaga diri. Dia handal dalam ilmu pertahanan diri.

"Mia harus kahwin dengan anak kawan daddy pada umur 24 tahun dan Shah Empire will be yours. Itu wasiatnya. Kalau tak Shah Empire akan jatuh ke tangan orang yang salah. Mia nak ke? Shah Empire merupakan titik peluh moyang kamu turun ke atuk dan daddy. Sekarang ini merupakan tugas Mia. Mia sahaja harapan daddy. Lagipun daddy tak dapat nak lindungi Mia selamanya. Mia perlukan orang untuk lindungi Mia iaitu suami Mia."

"Mia boleh jaga diri. Mia tak mau daddy. Jangan desak Mia."

"Mia nak tau pasal mummy?"

Tengku Farisya tersentak saat Tengku Idris menanyakan soalan itu kepada dia. Tak pernah sekali pun Tengku Idris mengungkit pasal mummynya.

Dulu, dia pernah terfikir kenapa daddynya sangat bencikan dia. Mungkin dia penyebab mummynya meninggal. Arwah mummy meninggal setelah melahirkan dia. Tapi dia hanya bayi yang tak bersalah dan tidak tahu apa-apa.

Dia memerlukan kasih sayang seorang ayah tapi daddynya tak pernah pedulikan dia dari kecil lagi membuatkan Tengku Farisya menyimpan perasaan marah sampai sekarang kepada Tengku Idris.

Dia tidak pernah berdendam dengan Tengku Idris. Cuma dia rasa terkilan dan marah dengan sikap Tengku Idris itu.

Arwah mummy Tengku Farisya kacukan. Sebab itu Tengku Farisya mewarisi mata hijau milik arwah mummynya. Atuk dan nenek Tengku Farisya yang tinggal kat England sebelah mak manakala atuk dan nenek Tengku Farisya sebelah ayah sudah meninggal dunia.

Melihat Tengku Farisya hanya diam sahaja, Tengku Idris meneruskan kata-katanya.

"Dulu, selepas tahu mummy kamu mengandung, daddy orang yang paling bahagia di dunia kerana tidak sabar untuk melihat anak daddy. 9 bulan mummy kandungkan kamu sehinggalah satu hari mummy kamu kena langgar lari. Hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaan daddy waktu itu." luah Tengku Idris dengan penuh duka.

"Mummy kamu dibawa ke hospital. Doktor terpaksa bedah mummy untuk keluarkan kamu. Alhamdulilah, kamu dapat diselamatkan tetapi mummy kamu tidak. Dia kehilangan banyak darah. Sebelum mummy kamu menghembuskan nafas yang terakhir, dia sempat berpesan kepada daddy supaya menjaga Mia dengan baik." sambung Tengku Idris dengan matanya memandang kasih ke arah Temgku Farisya.

"Selepas beberapa hari kematian mummy kamu, daddy mendapat tahu bahawa orang yang melanggar mummy kamu itu telah diupah oleh seseorang untuk membunuh mummy sekaligus membunuh kamu. Orang yang melanggar mummy dapat ditangkap tapi dia tidak bagitau siapa orang yang mengupahnya itu. Daddy minta maaf sebab dulu daddy tidak mesra dengan Mia. Bukan bermaksud daddy begitu. Tapi daddy sangat sayangkan Mia. Muka Mia yang serupa dengan mummy membuatkan perasaan daddy bercampur-aduk. Daddy rindukan mummy kamu. Bertahun daddy cuba mencari siapa yang merancang bunuh mummy. Yang pasti rancangannya itu untuk membunuh kamu yang berada dalam kandungan mummy. Daddy dapat tahu siapa dalang disebalik semua ini. Tapi malangnya dia bertindak lebih cepat dan menculik Mia masa Mia berumur 13 tahun dahulu. Mia ingatkan?" tutur Tengku Idris panjang lebar dalam nada kesal.

Berkerut dahi Tengku Farisya mencuba untuk mengingati kejadian itu sebelum dia menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

"Nasib baik daddy cepat temukan Mia sebelum dia sempat melakukan apa-apa. Sebab itu daddy hantar Mia ke England pada umur 14 tahun tanpa pengetahuan sesiapa supaya kamu tinggal dengan atuk dan nenek kamu di sana untuk keselamatan Mia. Orang yang cuba bunuh Mia itu inginkan harta. Miakan cucu tunggal arwah Tan Sri Tengku Hisham Shah sekaligus anak tunggal Dato' Tengku Idris Shah bermakna semua harta diwariskan kepada Mia." tambah Tengku Idris lagi.

"Wait...wait..."

Pantas Tengku Farisya memotong cakap Tengku Idris sebelum meneruskan kata-katanya.

"Kenapa baru sekarang daddy ceritakan pada Mia? Mia berhak tahu daddy." tanya Tengku Farisya.

Matanya berkaca.

"Daddy minta maaf. Daddy nak lindungi Mia. Cuma baru sekarang daddy ceritakan kepada Mia supaya Mia tahu hal yang sebenar. Daddy cuma minta Mia dengar cakap daddy. Ye sayang? Daddy sayangkan kamu. Tak pernah sekalipun daddy tidak mengambil perihal kamu. Daddy ada mata-mata yang tengokkan Mia dari jauh. Cuma Mia sahaja yang tidak tahu. Daddy buat semua ni sebab nak jaga Mia, lindungi Mia dari orang yang nak bunuh Mia itu."

"I--I don't know daddy. Bagi Mia masa untuk mencerna apa yang berlaku ni."

Tengku Farisya terus bangun dan pergi ke biliknya. Pintu bilik ditutup dan dikunci.

Tengku Idris mengeluh sebelum memandang Khairul.

"Khai, sediakan lebih banyak anak buah kamu. Pastikan orang yang sudah dilatih dan paling penting yang handal. Pengawasan untuk Mia perlu diketatkan. Kemunculan Mia sudah diketahui. Tak mustahil orang itu akan muncul semula. Keselamatan puteri saya sangat penting saat ini." kata Tengku Idris tegas.

Khairul mengangguk sebelum menjawab.

"Baik, Tengku. Tengku jangan risau. Serahkan semuanya kepada saya."

Setelah itu, Khairul berjalan keluar dari ruangan tersebut untuk menjalankan tugasnya.

Tengku Idris pula kelihatan termenung memikirkan perkara tersebut.

Maafkan daddy, Mia.

Sayang, abang janji akan jaga puteri kita dengan nyawa abang sendiri. Semoga roh sayang aman disana.

My Precious BabyWhere stories live. Discover now