Tengku Farisya melangkah keluar dari rumah sambil tangannya melambung-lambungkan kunci kereta. Kereta Audi R8 menjadi pilihannya untuk dipandu.
Belum sempat dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta, kedengaran Khairul menegurnya dari belakang.
"Tengku nak ke mana?" tanya Khairul.
"Going out." jawab Tengku Farisya ringkas.
"Do you need a bodyguard?"
Tengku Farisya tersenyum sinis sebelum menjawab.
"Why do you think that I need a bodyguard? Aku boleh jaga diri aku sendiri. Plus, I'm not a child." bidas Tengku Farisya.
"Ini untuk keselamatan Tengku juga. Lagipun ini atas arahan Tengku Idris. Mana-mana Tengku pergi mesti dengan bodyguard Tengku." kata Khairul tegas.
"Nah, whatever. Tell my dad that I don't need it. Merepek betul. Now, aku nak pergi. And remember, jangan nak masuk campur dalam urusan aku. Hope you noted." kata Tengku Farisya tegas. Muka Tengku Farisya yang bengis itu dipandang.
Khairul tidak berani untuk menjawab. Sememangnya dia kenal dengan perangai Tengku Farisya yang pembengis itu tambah lagi dengan sikap degilnya.
Tengku Farisya terus masuk ke dalam kereta dan pintu kereta ditutup kuat. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan Teratak Shah.
***
Kereta Audi R8 berhenti di hadapan sebuah restaurant Itali. Farisya keluar dari keretanya dan memasuki restaurant itu.
Kelihatan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an sedang menunggunya di suatu meja.
"Sorry for late." kata Tengku Farisya kepada lelaki itu.
"Tidak apa, Tengku. Silakan duduk." ucap Encik Rosman kepada Tengku Farisya.
Seorang pelayan datang untuk mengambil order daripada mereka. Setelah pelayan itu berlalu, mereka memulakan perbincangan.
"So, how's everything?" tanya Tengku Farisya kepada Encik Rosman.
"Everything's going well. Jadi, bila Tengku nak masuk pejabat?"
"Soon but not now."
Far Holdings.
Syarikat yang dibangunkan oleh Tengku Farisya sejak tiga tahun yang lalu. Memang niatnya ingin membangunkan syarikat sendiri dengan niat ingin bersaing dengan Tengku Idris.
Tetapi dia hanya memantau dari jauh sahaja. Selebihnya Encik Rosman iaitu orang kanan atau orang kepercayaannya yang menguruskan syarikatnya itu.
"Tugas saya, Tengku. Lagipun Tengku meletakkan kepercayaan kepada saya untuk memastikan Far Holdings menjadi syarikat yang gah di Malaysia. Cuma tiada yang tahu siapa pemilik sebenar Far Holdings. Ramai yang ingat saya pemiliknya."
"Baguslah. Lagipun tak penting untuk orang tahu siapa pemiliknya. Jadi saya nak Encik Rosman teruskan. Minggu depan baru saya masuk. I need a rest before take over tugas saya yang sepatutnya." kata Tengku Farisya.
"Baiklah, saya ikut saja Tengku."
Perbincangan mereka diteruskan lagi sehingga makanan yang dipesan oleh mereka sampai.
***
Tengku Nizam melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Penat kerana seharian berkerja. Punggung dilabuhkan di sofa yang berada di ruang tamu itu. Tali lehar dirungkai untuk mendapatkan udara.
Panas.
Tengku Nizam memejamkan mata sambil tangan diletakkan di atas dahinya.
Kedengaran derapan tapak kaki melangkah ke arahnya.
"Kimi? Baru balik?" tanya Datin Suraya.
"Ya mama." jawab Tengku Nizam tetapi matanya masih terpejam.
"Kimi dah makan? Kalau belum Kimi pergi mandi dulu, nanti kita makan sama-sama."
"Dah. Kimi baru balik jumpa klien tadi jadi Kimi dah makan. Papa mana ma?" tanya Tengku Nizam sambil kepalanya melihat kiri kanan mencari kelibat Dato' Tengku Fariz.
"Yelah. Papa ada kat atas. Nanti papa turun. Kimi pergi naik dulu mandi. Kalau rasa lapar nanti turun sekali makan."
"Tak nak laa, Kimi dah kenyang ni. Kimi naik dulu laa ma. Nak mandi."
Datin Suraya dilihat hanya mengangguk kecil.
Lalu Tengku Nizam bangun dari sofa yang didudukinya dan melangkah menaiki tangga menuju ke biliknya untuk mandi. Manakala Datin Suraya bangun menuju ke dapur.
***
Tengku Fariz duduk menonton televisyen bersama isterinya, Datin Suraya. Melihat Tengku Nizam menuruni tangga dengan berpakaian lengkap untuk keluar, dia segera menegur anaknya.
"Kimi nak ke mana?" soal Tengku Fariz kepada putera sulungnya.
"Kimi nak keluar jap dengan kawan." kata Tengku Nizam dalam nada tenang.
"Keluar jumpa kawan atau pergi clubbing?" sinis Tengku Fariz menyoal lagi.
"Papa ni manada. Kimi keluar dengan kawan jelah. Bukannya pergi clubbing." dengan pantas Tengku Nizam menjawab.
"Jangan ingat papa tak tau."
Ishh papa tau ke aku nak ke club? Camne boleh tau pulak. Damn! Fikir Kimi fikir. Bagi alasan cepat.
"Taklah papa. Kimi nak jumpa Aliff kejap je. Nanti Kimi baliklah."
"Kalau papa tau Kimi pergi clubbing tau la nasib Kimi." ugut Tengku Fariz.
"Tak laa papa. Nanti Kimi baliklah. Ishh papa ni, ingat Kimi budak kecik ke?"
Nada Tengku Nizam yang kedengaran tidak puas hati apabila papanya banyak soal. Selalunya Tengku Fariz tidak peduli dengan apa yang dibuatnya.
"Kimi jangan nak buat perangai." Tengku Fariz memberi amaran kepada Tengku Nizam.
"Yelah pa. Kimi nak pergi dulu." ujar Tengku Nizam lalu melimpasi ruang tamu untuk ke pintu utama.
Tengku Nizam melangkah keluar dari rumah dan menuju ke keretanya, Mercedes AMG GT. Keretanya dipandu memecut jalan raya menuju ke destinasinya.
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...