Bab 22

15.6K 368 49
                                    

Pintu utama ditutup rapat oleh Tengku Farisya. Barang dapur yang dibelinya tadi dibawa ke dapur lalu menyimpannya. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas.

12.47 a.m.

Agak lama juga dia berada di penthouse milik datuknya. Banyak perkara yang dibincangkan oleh mereka.

Kali ini dia akan pastikan dia mendapat siapa gelaran yang telah membunuh mummynya dan juga yang ingin menghancurkan hidupnya.

Sejujurnya, dia belum dapat mengenal pasti orang itu. Setelah bertahun-tahun menyiasat tentang perkara itu, tetapi masih juga belum diketahui.

Tadi Mike ada memberitahu kepada Tengku Farisya yang mereka berjaya mendapat nama kumpulan mafia yang sedang memburunya.

Golden Dragon.

Tetapi ketua Golden Dragon tidak diketahui. Bak kata Mike, ketuanya seorang lelaki tua yang telah berusia. Naluri Tengku Farisya kuat mengatakan bahawa orang itulah yang telah membunuh mamanya ketika dahulu. Dia harus mencari cara untuk menemui ketua Golden Dragon.

"Urghh! Sial betul. Macam mana lelaki bangsat tu sangat susah untuk dikesan. Aku tak kira. Aku akan pastikan kau ditemui dan ketika itu, dendam aku akan terbalas. Kau bernasib baik sebab pandai bersembunyi. Tapi kalau aku dah tau siapa kau dan di mana kau berada, watch out."

Pandangan mata Tengku Farisya bertukar menjadi tajam dan beku seiring dengan kata-kata yang diucapnya. Nafasnya turun naik menahan marah.

Daripada melayan perasaannya itu, Tengku Farisya terus berlalu ingin naik ke biliknya untuk membersihkan diri.

Sebelum sempat dia membuka tombol pintu biliknya, kedengaran suara seseorang yang menegurnya.

"Baru sekarang kau balik? Kenapa tak balik pukul 3 or 5 pagi je? Masih awal ni." sinis Tengku Nizam bertanya kepada Tengku Farisya.

Langkah Tengku Farisya terhenti di depan pintunya. Badannya dipusingkan menghadap Tengku Nizam dengan tangan menyilang ke dada.

Keningnya sengaja diangkat sebelah seolah-olah menyoal balik soalan yang ditanya Tengku Nizam itu.

"Kau dari mana?" tanya Tengku Nizam lagi dengan suara mendatar.

"Yang kau menyibuk hal aku kenapa? Mana aku pergi pukul berapa aku balik suka hati aku laa. Ingat, walaupun kita dah kahwin tapi jangan pernah masuk campur dalam urusan aku dan aku pun takkan masuk campur dalam urusan kau. Oh ya, thanks sebab pinjamkan kereta kau and goodnight."

Kunci kereta milik Tengku Nizam diletakkan di atas telapak tangannya sebelum Tengku Farisya masuk ke dalam biliknya. Tinggallah Tengku Nizam yang masih terkulat-kulat di depan pintunya.

"Aish, minah ni. Aku belum habis cakap lagi dia terus cau. Takpe-takpe." bebel Tengku Nizam sebelum masuk semula ke dalam biliknya.

Pintu biliknya sengaja dihempas dengan kuat. Peduli apa kalau pintu biliknya roboh.

Manakala Tengku Farisya yang berada di biliknya hanya memekakkan telinganya. Badan yang terasa melekit segera dibersihkan.

Seusai membersihkan diri, Tengku Farisya mengenakan gaun satin malam yang berwarna biru cair pada badan langsingnya. Badan yang terasa penat dibaringkan di atas tilam.

Fikirannya menerawang ketika dia berada di penthouse datuknya bersama Mike dan yang lain.

Setelah selesai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbincang. Tengku Farisya ingin tau semua yang dirancang datuknya.

My Precious BabyWhere stories live. Discover now