Bab 9

14.6K 291 13
                                    

"Morning, ibu. Ibu masak apa tu?" tanya Tengku Farisya sambil merangkul pinggang Mak Jah dari belakang.

"Ishh, Mia ni. Suka betul buat ibu terkejut. Tak boleh ke Mia nak tegur elok-elok?"

"Elok je Mia tegur ibu. Ibu je yang lebih-lebih." ujar Tengku Farisya sambil ketawa kecil. Pipi Mak Jah dicium sekilas.

Mak Jah hanya menjeling sekilas ke arah Tengku Farisya sebelum bersuara.

"Ibu buat nasi lemak untuk breakfast. Sekarang ni ibu nak buat sambal udang. Mia okay kan makan nasi lemak untuk breakfast?"

"Mestilah Mia makan. Ibu cakap macamlah Mia tak makan makanan Melayu. Biarpun Mia dah lama tinggal kat England, masakan ibu juga yang paling tiptop bagi Mia."

"Manalah tau kan Mia dah lama duduk kat sana tak makan makanan yang pedas atau berat-berat sebagai breakfast."

"Taklah. Apa-apa yang ibu masak, Mia masuk je hehe. Emm, Min mana ibu?"

"Mimin pergi rumah kawan dia. Diaorang buat study group. Tak lama lagi dah nak exam. Mia pergi kat meja dulu. Ibu dah siap masak ni."

"Yelah ibu. Mia pergi depan dulu."

Tengku Farisya ingin pergi ke meja makan tapi terhenti sebentar apabila memandang Tengku Idris sudah duduk di hujung meja.

Tengku Idris yang menyedari kehadiran Tengku Farisya memanggilnya untuk duduk sekali.

Tengku Farisya melangkahkan kakinya dan duduk di tepi Tengku Idris. Dia hanya diam sahaja.

Mak Jah datang membawa makanan dan diletakkan di atas meja. Keadaan menjadi sunyi kembali selepas Mak Jah berlalu ke dapur.

"Mia nak buat apa lepas ni?" Tengku Idris mendehem sebelum memulakan perbualan.

"Huh?"

"Daddy tanya Mia nak buat apa lepas ni? Mia kan dah habis belajar."

"Oh. Emm, entah. Tengoklah."

"Malam nanti daddy nak Mia ikut daddy. Majlis syarikat daddy. I want you to be with me. Lagipun ramai kawan daddy yang tanya pasal anak daddy ni. Daddy rasa dah tiba masanya Mia munculkan diri dan memperkenalkan diri Mia."

"For what? Tidak penting untuk Mia memperkenalkan diri. Lagipun Mia tak nak orang tau siapa Mia. Mia tak nak pergi." ucap Tengku Farisya acuh tak acuh.

"Ini arahan Mia." ucap Tengku Idris tegas.

"You can't force me. Mia kata tak nak and the answer is no."

"Mia dari dulu sampai sekarang keras kepala kan? Tak pernah dengar cakap daddy. Itulah sebabnya Mia jadi semakin kurang ajar. I'm your father. Tolong hormat daddy. Mia ni satu-satunya anak daddy. Mia jangan nak tunjuk degil dengan daddy. When I said go that's mean Mia harus pergi. Dengar arahan daddy."

"Mia siapa bagi daddy? Dari dulu sampai sekarang daddy asyik-asyik nak control hidup Mia. Mia kurang ajar pun sebab daddy tau. Daddy tak pernah nak sedar tentang perkara tu. Siapa yang keras kepala? Mia ke daddy? I learn it from you dad. Jangan nak salahkan Mia seratus peratus. Mia rasa Mia bukan anak daddy. Daddy tak pernah layan Mia sebagai anak. Daddy layan Mia macam Mia ni pekerja daddy yang harus mendengar arahan daripada daddy. Kalau Mia tau, Mia takkan balik le sini lagi. Lebih baik Mia tinggal dengan nenek dan atuk kat England. Mereka lebih memahami Mia daripada ayah kandung Mia sendiri."

My Precious BabyWhere stories live. Discover now