Tengku Farisya mengambil tempat duduk berdekatan dengan tingkap di Starbuck itu. Caramel macchiato kegemarannya disedut perlahan sambil menjeling sekilas jam tangannya.
Ishh, mana budak ni.
Gumam Tengku Farisya dalam hati. Dah lebih 15 minit dia tunggu Sharmina.
Tengku Farisya memang jenis yang menepati masa. Pantang betul kalau ada yang tak menepati masa.
Memang kena bebel Sharmina kejap lagi.
Kelihatan Sharmina terkocoh-kocoh memasuki ruang Starbuck. Kelibat Tengku Farisya dicari sebelum melangkah menuju ke mejanya.
"Wei, sorry aku lambat."
"Haa, eloklah tu. Kau tahukan aku pantang dengan yang orang lambat ni."
"Bukan aku sengaja pun. Tadi ada kemalangan semasa aku otw nak ke sini. Tak pasal-pasal jammed. Tunggu punya tunggu baru boleh lepas. Sorry erk?"
Sharmina tersengih-sengih bagaikan kerang busuk sambil menunjukkan jarinya yang dibuat 'peace' itu.
"Ishh, yelah-yelah. Buruk betul kau buat camtu. Kau ingat comel ke?"
"Sebab comel laa aku buat camtu."
Tengku Farisya hanya membuat muka menyampahnya. Prasan tak habis-habis budak ni.
"Aku jarang tengok kau keluar dengan sesiapa selain aku. Kalau takde aku, kau keluar seorang. Kau takde kawan kat sini ke?" tanya Sharmina tiba-tiba.
"Malas aku nak buat kawan. Kau jelah kawan yang aku ada."
"Kau kat England dulu macam mana?"
"Macam biasa je. Kawan ada. Tapi kebanyakan lelaki. Perempuan kurang. Emm, bukan kurang tapi takde langsung hahahaha."
"Aik, asal pulak?"
"Diaorang nak kawan dengan aku pun sebab nak tumpang popular. Kalau tak sebab duit. Kau tau laa orang sekarang. Kalau dengan lelaki tak complicated sangat. Sebab diaorang jenis yang tak kisah apa-apa. Sporting dan sempoi. Tapi ada juga sesetengahnya tidak. Pandai-pandai laa kau cari kawan. Cari yang kawan dengan kita sebab diri kita bukan sebab rupa atau harta. Aku tak laa banyak kawan sangat. Boleh dikira dengan jari je. Kau jelah satu-satunya kawan perempuan aku."
"Tapi tak semua juga kan perempuan yang camtu. Kau cakap kau banyak kawan lelaki. Hensem tak? Hehehe."
"Err, kau ni. Pantang dengar lelaki mesti ada je. Tapi satu orang pun tak lekat-lekat. Asal?"
"Hahaha, kau ni. Aku tak nak laa couple bagai. Kalau boleh aku nak cari untuk dibuat suami terus. Tapi bukanlah nak main ambil je. Mesti laa nak pilih betul-betul."
"Dahsyat kau ni. Ke kahwin terus kau pergi."
"Mestilah. Siapa yang tak nak kahwin kan?"
Tengku Farisya terdiam seketika sebelun menjawab.
"Kalau aku memang tak nak kahwin." ujar Tengku Farisya sambil mengeluh perlahan.
Sharmina yang terdengar keluhan Tengku Farisya terus bertanya.
"Kau tak apa-apa ke, Mia?"
"Daddy paksa aku kahwin." beritahu Tengku Farisya.
"Wait-wait. Aku tertinggal LRT ke?"
"Ishh, kau ni."
"Asal aku tak tau? Baik kau cerita cepat."
"Malas laa."
"Tengku Farisya! Kau ni. Cakap kawan tapi dengan aku pun nak berahsia."
"Ishh, suka betul panggil nama aku kuat-kuat. Bukannya aku berahsia laa. Tapi malas."
"Aku tak kira kau cakap juga. Kalau tak aku mogok cakap dengan kau selama sebulan."
"Sikit-sikit nak mogok. Macam laa aku heran."
"Mia aku seriuslah. Kau jangan."
"Yelah-yelah. Aku cerita. Puas hati?"
Tengku Farisya pun menceritakan semuanya kepada Sharmina. Tak tertinggal satu pun.
Macam-macam juga yang ditanya oleh Sharmina. Pening Tengku Farisya dibuatnya.
Ingatkan cerita kat Sharmina dapat meringankan bebannya, tapi makin memeningkan kepalanya.
"So, macam mana?"
"Macam mana apanya?"
"Pasal kahwin tulah. Kau ni."
"Manalah aku tau. Aku tengah serabut ni nak setuju atau tak."
"Ishh, aku tak sangka ada orang yang kejam macam tu. Dah bunuh mummy kau lepas tu nak bunuh kau pula."
"Takde yang menghairankan kalau sebab harta. Sesetengah orang sanggup buat apa saja termasuk bunuh untuk menjadi kaya. Cuma aku tak sangka aku yang menjadi mangsa. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan cari siapa punca kematian mummy. Aku takkan diam je."
"Tabahkan hati kau, Mia. Jangan biarkan emosi mengawal fikiran kau. Jangan buat benda yang tak masuk akal."
"Aku tau Min. Cuma satu je, siapa orang yang dah bunuh mummy dan nak bunuh aku tu?"
"Aku rasa cadangan daddy kau tu kau patut setuju je. Demi keselamatan kau juga. Walaupun kau pandai jaga diri, tapi malang tak berbau babe. Kau ambil langkah berjaga-jaga. Aku sayang kau. Aku tak nak laa kalau apa apa jadi kat kau. Lagipun daddy buat semua ni untuk kebaikan kau juga. Kau terima jelah. Jangan runsingkan kepala kau tu."
Tengku Farisya hanya diam sahaja. Kata-kata Sharmina sedikit sebanyak meresap ke kepalanya.
Pastikah hatinya?
***
Tinggal seminggu lagi sebelum Tengku Farisya berkahwin. Setelah mendengar kata-kata Sharmina, hati Tengku Farisya tergerak untuk setuju.
Wajah bakal suaminya belum diketahui lagi apatah lagi namanya. Tengku Farisya tidak mahu tau siapa bakal suaminya.
Malas nak ambil peduli.
Hatinya memang tidak ikhlas dengan perkahwinan ini. Tetapi nak buat macam mana, dah tak boleh patah balik lagi. Mesti teruskan. Dengan cara ini dia dapat mencari orang yang mau membunuhnya.
Begitu juga dengan Tengku Nizam. Dia menyatakan yang dia setuju dengan perkahwinan ini tapi jangan salahkan dia kalau perkahwinannya tidak kekal.
Tengku Fariz berasa lega sekurang-kurangnya Tengku Nizam setuju. Selebihnya dia akan aturkan.
Tengku Nizam takkan ceraikan Tengku Farisya katanya didalam hati. Tengku Nizam belum tau lagi siapa bakal isterinya.
Sememang dia tidak mahu dan tidak ingin mengambil tahu perihal bakal isterinya apatah lagi bertanyakan namanya. Dia menyerahkan semuanya kepada papa dan mamanya.
Perkahwinan mereka diuruskan oleh orang tua Tengku Nizam dan Tengku Farisya.
Mereka berdua hanya duduk diam tanpa ingin mengambil peduli walau satu hal pun tentang majlis mereka. Tapi takpe asalkan mereka setuju untuk disatukan.
Bagaimana reaksi mereka kalau dah tahu siapakah pasangan mereka nanti?
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...