Bab 8

14.4K 265 0
                                    

Tengku Farisya mendengus keras. Disebabkan perkara yang berlaku tadi dia tiada mood untuk meneruskan aktivitinya dengan Sharmina hari ini.

Ingatkan lepas tengok wayang nak makan lepas tu shopping. Perut yang terasa lapar ditahan.

"Mia? Kau okay?" tanya Sharmina yang duduk di sebelah Tengku Farisya.

"I'm fine. Just masih bengang pasal tadi. But don't worry. Aku tak apa-apa." jawab Tengku Farisya.

"Dah dua kali korang bertembung. Kuat betul jodoh korang." usik Sharmina sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Dua kali je kot. Aku tak heran dan lepas ni aku takkan jumpa dia lagi."

"Kenapa kau pasti sangat?"

"Yang kau ni dari tadi cakap pasal mamat tu apasal? Pertembungan kami takde kaitan dengan jodoh eh. Tu malapetaka namanya. Memang malang nasib aku kalau aku terserempak dengan dia buat kali ketiga."

"Wei, kalau kau betul-betul terserempak dengan dia memang jodohlah namanya. Kau tau tak orang dulu-dulu cakap..."

Belum sempat Sharmina menghabiskan ayatnya, Tengku Farisya terus memintas kata-katanya.

"Min, shut up. Stop talking bullshit. Setiap ayat yang keluar dari mulut kau pasal mamat tu buat aku rasa loya je tau tak? Jangan nak cakap pasal jodoh, itu benda bodoh yang pernah aku dengar. You better not talking about that boy before aku naik angin."

"Nah, whatever Mia. I'm just saying." kata Sharmina sambil mengangkat bahunya.

Tengku Farisya mendengus perlahan sebelum meneruskan pemanduannya.

Dah namanya Mia memang jenis yang tak dengar cakap dan panas baran pfff.

Sharmina bergumam dalam hatinya. Tangannya memeluk tubuh sambil wajahnya dipalingkan ke luar tingkap.

Kereta Lamborghini Huracan Spyder milik Tengku Farisya memasuki kawasan Teratak Shah.

Enjin kereta dimatikan sebelun dia dan Sharmina melangkah keluar dari kereta.

Mata Tengku Farisya sempat melirik ke arah kereta Alphard putih yang tersadai di depan rumah itu.

Daddy dah balik ke? Nah kenapa kau nak ambil tau Mia. Just leave it.

Tengku Farisya melangkah masuk ke dalam rumah. Sharmina sudah menghilangkan diri. Mungkin sudah balik rumah.

Oh, ya. Lupa nak bagitau Tengku Idris telah menyediakan sebuah rumah khas untuk Mak Jah dan Pak Lan. Rumah yang sederhana besar dan tak jauh dari Teratak Shah. Sebelah je.

Tengku Idris memang menyediakan rumah untuk mereka supaya memudahkan mereka memulakan pekerjaan tanpa bersusah payah. Sebab tu Sharmina dapat balik sini dan tinggal bersama mak ayahnya.

Belum sempat kaki Tengku Farisya memijak tangga pertama, namanya dipanggil dari arah ruang tamu.

Tengku Farisya berhenti sebelum mengalihkan kepalanya memandang ke arah suara tersebut. Keningnya diangkat.

"Mia. Come here." panggil Tengku Idris yang sedang duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu itu.

Tengku Farisya kelihatan berat untuk melangkah. Memang dia rindu pada Tengku Idris dan kalau boleh dia nak berlari memeluk Tengku Idris tetapi egonya menghalang.

Kakinya tetap melangkah walaupun otak menghalang.

"What?" tanya Tengku Farisya tapi dia masih berdiri.

"Have a sit Mia."

"Nah don't waste my time. Just straight to the point."

Tengku Idris mengeluh perlahan. Matanya memandang redup ke arah Tengku Farisya.

Sudah bertahun hubungan mereka tidak pernah baik. Bukan niat Tengku Idris untuk berbuat seperti itu. Tetapi semuanya bersebab.

Kalaulah Tengku Farisya tahu betapa Tengku Idris sayang dan peduli pasal dia.

"Mia apa khabar? Sihat?"

"Huh. Tu je yang daddy nak tau? Well as you can see I'm fine and thank you for asking. Tak payah susah-susah nak tanya lagi lain kali."

"Mia please jangan cakap macam tu dengan daddy. I'm your dad. I care about you."

"No. You're not. Jangan masuk campur dalam hidup Mia. I can take care of myself. Just care about yourself." tutur Tengku Farisya tegas.

"Please Mia. Daddy minta maaf sebab kesalahan yang daddy lakukan dulu. Daddy tau daddy ego. But now daddy nak kita berbaik Mia macam ayah dan anak dalam erti kata yang sebenar. Mia satu-satunya anak daddy. You gonna be the only one pewaris daddy."

"I don't need all of that dad. What I need is something else."

Kasih sayang seorang ayah. Dari dulu lagi. But why now dad? Why?

Sambung Tengku Farisya di dalam hati.

Untuk meluahkan memang tidak. Dia tiada kekuatan. Dia tak nak nampak lemah.

Matanya terasa panas. Tengku Farisya menahan dirinya dari terus mengalirkan air mata.

Sabar Mia. You have to be strong.

"Mia naik dulu." pamitnya.

Tengku Farisya terus berlalu naik ke atas untuk pergi ke biliknya. Di dalam bilik, air mata Tengku Farisya perlahan-lahan jatuh ke pipi.

Aku tak lemah tapi aku dah terlalu lama menjadi tabah dan sekarang aku tidak dapat menahan diri. After this, I won't cry anymore. Aku cuba.

Tekad Tengku Farisya di dalam hati.

***

"Hye, papa."

"Hmm, Kimi. Papa nak tanya. Kimi tinggal kat kondo Kimi dua tiga hari ni ke?"

"Emm, yup. Kimi busy kat office sampai kadang-kadang balik lambat. Sebab tu Kimi singgah kondo Kimi je. Lagipun kondo dengan office tak berapa nak jauh berbanding rumah papa ni."

Fuhh. Nasib baik dah rangka alasan sebelum tegur papa tadi.

"Oh okay. Asalkan Kimi bukan pergi usung perempuan ke hulur ke hilir sudahlah." sindir Tengku Fariz.

Tengku Nizam berlagak selamba sahaja.

"Taklah pa."

"Oh ya, sebelum papa lupa. Kimi kenal Dato' Tengku Idris Shah?" tanya Tengku Fariz.

"Siapa yang tak kenal Tengku Idris pa. Kenapa papa tanya?"

"Takde. Saje papa tanya. Papa dengar Tengku Idris nak buat majlis di hotel dia. Dan papa dijemput. Papa ingat nak suruh Kimi gantikan papa. Bolehkan Kimi pergi?"

"Bila majlis tu pa?"

"Next week. It's on Saturday."

"Yelah pa. Kimi pergi gantikan papa. Emm, Kimi nak naik dulu pa. Nak mandi."

"Yelah. Lepas mandi nanti turun. Mama dah siap masak tu untuk Kimi."

"Okay pa." jawab Tengku Nizam ringkas sebelum naik ke tangga. Badannya terasa tidak selesa disebabkan melekit.

Next week huh?

Alright.

My Precious BabyWhere stories live. Discover now