Tengku Farisya memasuki gudang yang kelihatan sudah lama dibiarkan. Tetapi tiada siapa yang tahu bahawa dalam gudang tersebut terdapat satu bilik bawah tanah yang telah digubah menjadi spot untuk Tengku Farisya menjalankan aktivitinya.
Di dalam bilik itu juga terdapat teknologi-teknologi canggih dan tempat berlatih khas untuk Tengku Farisya sendiri.
Tepat pukul 12 tengahari Tengku Farisya sudah terpacak di dalam gudang tersebut. Kata laluan dimasukkan sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam lift untuk menuju ke bilik bawah tanah.
Kawasan gudang tersebut memang sudah diletakkan sistem keselamatan yang tinggi oleh Tengku Farisya. Terdapat juga cctv disekitar gudang itu dan juga dalam gudang.
Buka sahaja pintu lift, Tengku Farisya terdengar dekahan ketawa beberapa orang manusia di dalam bilik itu.
"Morning, Princess. Awal datang." tegur Brian selamba setelah menyedari kehadiran Tengku Farisya.
"Kau nak kena pancung ke?" tanya Tengku Farisya dingin membuatkan Brian menyedari kesilapannya lalu cepat-cepat dia alihkan pandangannya daripada Tengku Farisya sebelum dia berpura-pura berbual dengan Jaydan dan Harry.
Tengku Farisya menjeling sekilas pada mereka sebelum mengalihkan pandangannya lalu pergi ke arah Mike yang tengah menghadap laptop di depannya.
Sememangnya mereka semua juga mengetahui kewujudan tempat ini setelah menerima arahan daripada Tengku Farisya untuk ke lokasi gudang ini sebagai tempat untuk berkumpul atau berjumpa. Di situ juga tempat mereka bakal luangkan masa sepenuhnya untuk melakukan 'kerja' harian mereka.
Tempat itu sangat luas dan besar membolehkan Tengku Farisya membuat bilik untuk berlatih menembak, bertinju, bilik gim, tempat berehat, bilik bersalin, bilik mandi, bilik kawalan, stor simpanan senjata-senjata miliknya dan terdapat juga bilik penahanan untuk mangsa atau musuhnya. Dalam bilik itu juga terdapat laluan kecemasan jikalau berlaku serangan hendap daripada musuh.
Namun setakat ini semuanya aman dan baik-baik sahaja.
"So, macam mana dengan maklumat yang aku minta semalam?" tanya Tengku Farisya kepada Mike sesampai di sebelah lelaki itu.
"Aku belum dapat apa-apa lagi. It's not that easy. Kau bagi aku masa dalam seminggu."
Tengku Farisya mengeluh keras apabila belum mendapat berita baik tentang pencarian maklumat musuhnya.
"Pastikan kau cari secepat mungkin. Aku dah lama tak main senjata ni." ujar Tengku Farisya sinis.
"Kau tahukan aku takkan kecewakan kau. We will make it." tekad Mike.
"Bagus." katanya dalam nada berpuas hati sebelum matanya meliar di segenap ruangan tersebut.
Tidak tahu apa yang dicarinya sebelum matanya melekat pada susuk tubuh bertatu seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa baju sedang berlatih di atas gelanggang.
Edward.
Edward hanya fokus pada punching bag yang tergantung itu dan ditumbuknya berkali-kali tanpa henti membuatkan dia tampak hebat.
Tengku Farisya hanya memandang tajam belakang lelaki itu untuk beberapa saat sebelum dia alihkan pandangannya. Tersentak dia apabila menyedari Mike memerhati perlakuannya.
Mike hanya menjongketkan keningnya sebelum bersuara. "So, what about you and him?"
Tengku Farisya mengerutkan keningnya menandakan dia tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Mike.
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...