Bab 17

16.6K 493 13
                                    

Tangan Tengku Nizam sudah digenggam erat oleh tok kadi. Debaran di dada kian terasa. Dirinya terasa gugup apabila menghadapi situasi ini buat pertama kali.

"Boleh kita mulakan majlis?"

Tok kadi bertanya kepada beberapa orang lelaki yang duduk di kiri dan kanannya. Setelah mendapat anggukan daripada mereka, tok kadi tersebut memandang semula ke arah pengantin lelaki.

"Tengku Nizam Hakimi bin Tengku Fariz."

Tengku Nizam menarik dan menghembus perlahan nafasnya sebelum menjawab.

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Farisya Daniella Damia binti Tengku Idris Shah dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Tengku Farisya Daniella Damia binti Tengku Idris Shah dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

Dengan sekali lafaz, Tengku Farisya sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Nizam di sisi agama.

Macam tak percaya yang dia sudah pun menikah dengan mamat yang paling dia menyampah.

Tengku Nizam bangkit daripada duduknya dan berjalan menuju ke arah Tengku Farisya yang duduk bersimpul.

Apabila melihat Tengku Farisya, Tengku Nizam bagaikan terpaku dengan kecantikan Tengku Farisya.

Datin Suraya segera menyentuh tangan anaknya itu dan membuat isyarat agar Tengku Nizam segera menyarungkan cincin di jemari Tengku Farisya apabila melihat Tengku Nizam seakan termenung.

Tengku Nizam tersentak sedikit sebelum dia mengawal mukanya. Cincin yang dibeli tiga hari yang lepas disarungkan dijari masing-masing.

"Kimi, cium dahi isteri kamu." ujar Datin Suraya kepada Tengku Nizam.

Tersentak Tengku Nizam dan Tengku Farisya dibuatnya. Dengan teragak-agak Tengku Nizam mencium dahi Tengku Farisya. Terasa hangat ciuman Tengku Nizam didahinya. Tengku Farisya hanya menahan rasa.

"Mia, cium tangan tangan suami kamu pulak." arah Mak Jah yang duduk disebelah Tengku Farisya. Sharmina yang melihat tersengih-sengih di sebelah Mak Jah.

Erk? Perlu ke?

Dengan perlahan-lahan, Tengku Farisya mencapai juga tangan Tengku Nizam lalu dicium sekilas.

Buat apa lama-lama. Dihatinya berharap agar semua ini berlalu dengan cepat.

***

Majlis resepsi dijalankan di Empire Hotel. Semuanya telah ditanggung oleh Tengku Idris dan Tengku Fariz. Majlis Tengku Farisya dan Tengku Nizam sangat mewah ala-ala selebriti.

"Mia? Are you done?" tanya Sharmina di luar persalinan.

"Wait a minute." saut Tengku Farisya.

"Okay."

Selepas beberapa minit, kedengaran pintu bilik persalinan dibuka dari dalam. Mata Sharmina terus memandang ke arah pintu itu.

"Mia! Cantiknya kau!" ujar Sharmina dengan terujanya.

Off shoulder dress yang berkembang dan berles yang tersarung di tubuh rampingnya ditilik lagi. Rambut yang disanggul dengan gaya messy bun itu dipadankan dengan tiara di atas kepala ala-ala princess.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Precious BabyWhere stories live. Discover now