Tengku Farisya melangkah masuk ke Far Holdings buat pertama kalinya. Mulai hari ini dia akan menguruskan Far Holdings.
Sudah tiba masanya untuk dia mengambil alih kerjanya yang sepatutnya. Tapi belum diumumkan lagi siapa pemilik sebenar Far Holdings.
Lambat-laun orang ramai pasti akan tau juga.
Kakinya melangkah ke arah penyambut tetamu. Matanya tajam memandang ke arah perempuan yang sepatutnya bertugas itu tetapi apa yang dibuatnya pula ialah mengilatkan kukunya.
Pakaian perempuan itu ditilik sekali imbas. Seksi nak mampus.
Melihat perempuan itu masih belum menyedari kehadirannya terus berdehem. Perempuan itu mendongakkan kepalanya dan mengangkat keningnya.
What the fuck? Boleh pulak dia buat muka poker face kat aku. Makan gaji buta, pakaian tak senonoh dan cara melayan tetamu totally out! Macam mana orang macam minah ni boleh kerja kat syarikat aku ni.
"Tolong panggilkan Encik Rosman" arah Tengku Farisya dengan suara dingin.
Matanya sempat tengok nama perempuan tu pada nametagnya, Alia.
Muka sebijik macam baru kena tampar. Merah bebenor. Sebaldi kot bedak yang dia letak. Kening tebal ya ampunnn. Errr, macam badut aku tengok.
"You sapa? Ada apa-apa urusan dengan Encik Rosman ke? And btw, you ada buat appointment dengan Encik Rosman?" tanya Alia angkuh.
Matanya menilik Tengku Farisya di hadapannya sekarang. Gaun merah labuh paras betis mengikut bentuk badan tanpa lengan dan dipadankan dengan kot hitam yang juga fit ikut badan tuan puan badan.
Nampak ciri-ciri seorang korporat. Tapi siapa perempuan tu? Tak pernah nampak pun.
"Macam ni ke kau buat kerja dan layan tetamu? Ni bukannya buat kerja tapi makan gaji buta. Sia-sia bayar gaji kau tapi kau tak buat kerja. Kalau macam ni takde orang yang nak datang sini disebabkan perangai kau yang sambil lewa ni." tengking Tengku Farisya.
Dia memang tidak suka orang yang membuat kerja sambil lewa. Dahlah tak sopan.
"Hey! Kau sapa nak tengking-tengking aku. Suka hati akulah. Bukannya kau pun yang bayar gaji aku. Kalau kau takde urusan kat sini dipersilakan keluar. Ke kau nak aku tunjukkan jalan keluar? Tu ha pintu keluar tu besar, takkan kau tak nampak? Menyemak je perempuan ni. Entah apa-apa." ujar Alia dengan kasar sebab geram dengan perempuan yang acah bos di depannya sambil menyelak rambutnya ke belakang.
Nak tunjuk diva sangat.
"Tengku Farisya? Baru datang? Ada apa kecoh-kecoh ni? Hah? Alia?" tegur Encik Rosman dari belakang.
Alia memandang ke arah bosnya manakala Tengku Farisya masih belum alihkan pandangan dari wajah perempuan kurang adat tu.
Mukanya kelihatan bengis sekali. Ditahankan dirinya daripada menghamburkan kemarahan di situ. Tak pasal-pasal ada yang masuk ICU lepas ni.
"Eh, Encik Rosman. Takde apa-apa. Cuma perempuan ni nak jumpa Encik Rosman tapi saya cakap Encik Rosman belum datang lagi. Tiba-tiba dia menjerit marahkan saya dan berkeras nak jumpa Encik Rosman." tembelang Alia.
Encik Rosman mengerutkan keningnya. Macam tak percaya.
Lain pulak reaksi pada wajah Tengku Farisya. Tangannya digenggam menahan amarah.
Pantas tangannya menampar muka si badut di depannya itu. Segalanya berlaku dengan pantas.
Alia tergamam. Encik Rosman terpaku. Manakala Tengku Farisya hanya memberikan senyuman sinis.
"Pandai kau putar belit ceritakan? Kau belum kenal lagi aku siapa. Mulai hari ini, kau dipecat! Jangan kau pernah tunjukkan muka kau kat syarikat aku lagi. Faham?" tutur Tengku Farisya dalam nada tegas dan keras dengan riak mukanya ditenangkan.
Muka Alia tercengang. Dia mencerna apa yang Tengku Farisya katakan. Dilihat Tengku Farisya melangkah pergi dari situ dan menuju ke lif.
"Ehem. Awak perlu tau dengan siapa awak bercakap tadi. Mungkin saya tak tau apa yang berlaku tadi, tapi Tengku takkan marah tanpa sebab. And for your information, itu adalah Tengku Farisya Daniella Damia. Dia merupakan CEO di syarikat ini. Saya cuma tolong uruskan je. So you get it now?"
Encik Rosman yang berada di depannya sempat berkata sebelum berjalan masuk ke lif yang telah dimasuki oleh Tengku Farisya tadi.
Manakala Alia hanya terkedu, tergamam, terpaku dan segala ter-nya.
***
"Encik Rosman patut cari orang yang bertanggungjawab dan mempunyai tatasusila untuk berkerja di syarikat ni."
"Maafkan saya, Tengku. Saya janji takkan ulangi kesilapan ini. Saya akan cari pekerja seperti yang Tengku Farisya inginkan."
"Ni baru satu. Macam mana yang lain lagi? Pekerja Far Holdings ada lebih daripada 200 orang. Tak larat nak check seorang-seorang. Saya nak yang terbaik untuk Far Holdings. Sesiapa yang buat kerja sambil lewa dan cuma makan gaji buta akan dipecat terus." tegas Tengku Farisya.
"Jangan risau Tengku. Saya akan siasat dan periksa pekerja di sini. Setakat ini, tiada aduan mengenai perangai atau kesalahan pekerja yang macam-macam. Semua dalam keadaan baik dan terkawal. Cuma si Alia tadi tu je. Lagipun dia masih baru di sini dalam sebulan lebih."
"Saya tau Encik Rosman takkan kecewakan saya. I trust you. Cuma saya tak nak lagi dengar kalau kalau ada perkara begini berlaku lagi. Faham?" tutur Tengku Farisya tegas.
"Faham, Tengku. Kalau takde apa-apa, saya keluar dulu." pamit Encik Rosman.
"Baiklah."
Tengku Farisya menyandarkan badan di kerusi yang didudukinya. Bilik miliknya berada di tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 30.
Dalaman bilik itu dihias dengan cantik sekali. Mewah dan luas. Maklumlah, bilik CEO mestilah besar dan cantik plus mewah.
Tengku Farisya duduk termenung mengingat kembali kata-kata Tengku Idris malam tadi.
Sedikit sebanyak hatinya menjadi lembut pada Tengku Idris.
Tiada rasa marah tapi cuma ada rasa kesal dengan sikap Tengku Idris yang merahsiakan perkara itu.
Tengku Farisya berasa berdosa kerana telah biadap dengan ayahnya selama ini sedangkan ayahnya mati-matian ingin melindunginya.
Difikirannya, dia akan lakukan apa saja untuk membalas dendam kepada orang yang menyebabkan kematian ibunya sekaligus ingin membunuhnya.
Dan pasal Shah Empire tu.
Kahwin?
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...