Langkah kaki Tengku Farisya memasuki ruangan restaurant yang tampak mewah itu. Sampai juga kat Pavi ni.
Err, nombor meja berapa erk? Nombor 4 kot kalau tak silap aku.
Gumam Tengku Farisya di dalam hati. Ingat-ingat lupa nombor meja yang diberitahu oleh ehem bakal suami yang tak dikenalinya itu.
Masih teringat mesej yang diterimanya daripada nombor telefon yang tidak dikenali.
Bila dibaca, orang itu mengatakan dia ialah bakal suaminya. Mahunya tidak terkejut dan pelik bila bakal suami yang mesej.
Meja nombor 4 ditemui. Kakinya melangkah menuju ke meja itu. Seorang pelayan datang dan menegur Tengku Farisya.
"Cik yang tempah meja ni?"
"Not me but my future husband. Kitaorang ada temu janji. He's here?"
Nak termuntah tekak Tengku Farisya apabila menuturkan ayat itu. Terpaksa babe.
"Oh baiklah. Tengku belum sampai lagi. Tapi dia dah pesan kepada kami supaya menyuruh bakal isterinya duduk dulu dan mengambil order. Mungkin dia lewat sikit sebab dia ada meeting."
"Oh, okay. Emm, bagi I orange juice je. Makan tak nak."
"Baiklah, Cik?"
"Farisya."
"Baik, Cik Farisya."
Pelayan itu pun berlalu. Tengku Farisya bermain dengan iPhonenya.
Perutnya masih kenyang lagi. Sebelum keluar, dia sempat makan tengah hari di rumah.
Ingatkan datang sini terus dapat cari cincin dan pulang. Lupanya tidak hehh.
Malas nak berlama-lama dengan err encik suami. Ehh bakal, belum suami lagi.
Rambutnya yang dilepas bebas itu dikuak ke belakang. Dia hanya memakai dress paras paha berwarna maroon dan kasut putih jenama adidas. Dressnya tidak terlalu fit mengikut badan. Handbag maroon yang berjenama gucci menjadi pelengkap pemakaiannya hari itu.
Simple but nice!
Itulah gaya pemakaian Tengku Farisya. Sememang dia seorang yang sangat mengemari kasut daripada heels.
Well, senang nak lari or bagi sidekick kat orang. Itu yang pernah dikatanya kepada Sharmina apabila ditanya kenapa banyak kasutnya berbanding heels and so on.
Seorang pelayan datang membawa air yang telah dipesannya tadi. Pelayan itu menunduk sedikit sebelum berlalu pergi.
Tengku Farisya tidak menghiraukannya dan terus orange juicenya disedut minum.
Pfff, lega tekak.
Matanya melirik pada jam tangannya yang berjenama Audemars Piguet yang dihadiahkan oleh grandmanya sempena hari jadinya tahun lepas.
10 minit telah berlalu dan dia masih sabar menunggu. Nasib baik juga moodnya hari ini baik.
"Hey. Sorry for late. You must be Uncle Shah's daughter, right?"
Terdengar suara lelaki yang menegurnya. Dekat kot. Lelaki itu berdiri di tepi meja yang diduduki Tengku Farisya.
Bila masa pulak ada yang panggil daddy dengan panggilan 'Shah' ni?
Tengku Farisya kehairanan. Kepala diangkat untuk melihat gerangan yang menegurnya itu. Pasti itu bakal suaminya. Kata hati Tengku Farisya.
Dan...
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...