Seawal jam 7 pagi Tengku Farisya bangun apabila tidurnya terasa tidak lena kerana waktu di Malaysia berlainan dengan di England.
Dia menuju ke almarinya untuk mencari pakaiannya selepas mandi.
Tengku Farisya memakai t-shirt berwarna putih dipadankan dengan ripped jeans biru. Dia memang suka berpakaian santai.
Sesudah itu, dia keluar dari biliknya dan menuju ke tangga untuk turun ke bawah.
Kelihatan Khairul di ruang tamu sedang berbual dengan dua orang anak buahnya. Khairul yang menyedari kehadiran Farisya terus menegurnya.
"Selamat pagi, Tengku Farisya. Tengku nak keluar ke?" tanya Khairul. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mengawasi anak majikannya itu.
"Tak la." jawab Tengku Farisya acuh tak acuh.
Nampak riak tidak suka pada wajahnya apabila orang kanan ayahnya menyoalnya.
Khairul hanya diam sahaja setelah Tengku Farisya menjawab soalannya.
Tengku Farisya hanya abaikan Khairul dan berjalan menuju ke dapur. Kelihatan seorang wanita dalam umur lingkungan 50-an sedang memasak.
Bagaikan ada orang di belakangnya, Mak Jah memusingkan badannya melihat ke belakang.
Terkejut Mak Jah apabila melihat Tengku Farisya di belakangnya.
"Mia?" soal Mak Jah dalam nada tidak percaya.
Tengku Farisya hanya tersenyum lalu datang ke arah Mak Jah dan memeluknya.
"Iye ibu. Mia ni." ucap Tengku Farisya.
"Ya Allah. Sudah lama ibu tak dengar berita Mia. Mia apa khabar? Mia tahu tak ibu rindukan Mia? Kenapa Mia menghilangkan diri?" kata Mak Jah sambil mengelap air matanya.
Sungguh dia merindukan Tengku Farisya. Dia yang menjaga Tengku Farisya dari dia masih bayi lagi. Mak Jah mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya Tengku Farisya. Oleh itu, dia yang menyusu Tengku Farisya setelah ibunya meninggal selepas bersalin. Tengku Farisya sudah dianggap sebagai anaknya sendiri.
Mak Jah sememangnya orang yang paling rapat dengan dia yang juga merupakan ibu susuannya. Jika tiada Mak Jah, pasti dia akan kesunyian dan terasa diabaikan.
Ayahnya dari dulu lagi memang tidak pernah menghiraukan dia. Ayahnya sentiasa sibuk dengan kerja dan jarang berada di rumah membuatkan dia sentiasa bersendirian di rumah. Nasib ada Mak Jah dan juga Pak Lan.
Mak Jah dan Pak Lan merupakan pasangan suami isteri. Sudah lama mereka berkerja bersama keluarga Tengku Idris. Pak Lan merupakan pemandu Tengku Idris manakala Mak Jah pembantu rumah.
Mereka mempunyai tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuan Mak Jah yang namanya Sharmina atau Mimin itulah yang sebaya dengan Tengku Farisya.
Sharmina merupakan satu-satunya kawan sepermainannya dulu. Mereka juga ibarat kembar yang tidak dapat dipisahkan. Walaupun 10 tahun dia di England, dia dan Sharmina masih menghubungi antara satu sama lain. Cuma dirahsiakan perkara itu dari semua orang.
Anak sulung Mak Jah sudah berkahwin manakala yang kedua belum lagi. Dua-dua anak lelaki Mak Jah sudah berkerjaya manakala Sharmina pula masih belajar.
"Mia baik-baik je ibu. Bukan kehendak Mia untuk pergi jauh tetapi keadaan." kata Farisya sambil tersenyum sedikit kepada Mak Jah.
"Mia bila balik sini? Kenapa ibu tak tahu pun?" tanya Mak Jah sedih.
"Baru semalam ibu. Mia penat sangat semalam jadi terus naik ke bilik."
"Hmm, yelah. Mia sudah makan? Ibu dah sediakan sarapan. Jom makan. Lagipun ibu rindu sangat nak berborak dengan Mia."
"Yelah ibu. Jom makan sekali dengan Mia. Mia rindu nak makan dengan ibu."
"Mia pergi ke meja makan dulu. Nanti ibu menyusul."
"Yelah." Tengku Farisya berjalan menuju ke meja makan.
***
Sebuah kereta Ferrari berwarna merah berhenti di hadapan sebuah syarikat yang gah, Riz Holdings. Pemandu Ferrari itu keluar sambil membetulkan sutnya. Kaki melangkah ke arah pintu utama syarikat.
Mata-mata wanita yang melimpasinya asyik memandang ke arahnya beberapa kali walaupun wajahnya tampak serius.
Memang tidak dapat disangkal dengan rupa yang tampan bagaikan prince charming. Tingginya yang ala-ala model. Kulit putih melepak, hidung yang mancung, alis mata yang tebal, bibir yang terbelah sexy dan merah itu menandakan pemuda itu tidak merokok. Dan yang paling mengoda, anak matanya yang berwarna hazel itu mampu mencairkan mana-mana wanita yang memandangnya.
"Selamat pagi, Tengku Nizam" ucap salah seorang pekerja Riz Holdings kepada Tengku Nizam Hakimi.
Tengku Nizam hanya mengangguk dan meneruskan langkahnya ke lif.
Sesampai di biliknya, dia menekan interkom untuk memanggil PAnya untuk masuk ke bilik.
Seorang wanita yang memakai skirt paras lutut dan baju blouse kuning cair itu memasuki bilik Tengku Nizam.
"Ada apa yang saya boleh bantu, Tengku?" tanya Sarah.
"Saya ada apa-apa appointment ke hari ni?" tanya Tengku Nizam sambil lincah tangannya menekan papan kekunci laptop di depan matanya.
"Emm ada, Tengku. Pukul 10 nanti Tengku ada meeting dengan Tan Sri Mustafa. Pukul 2 petang pula Tengku ada meeting dengan Kal Holdings untuk membincangkan tentang projek yang hari tu." kata Sarah sambil memandang buka catatannya.
Ke mana-mana sahaja dia pergi buku itu pasti dibawa bersama kerana di dalam buku itulah dia mencatat semua perkara yang penting buat Tengku Nizam.
Tengku Nizam hanya mengangguk kepalanya beberapa kali.
"Ada apa-apa lagi?"
"Tidak ada, Tengku."
"Okay, you may go now."
"Hmm, Tengku?"
Teragak-agak Sarah mahu meneruskan katanya.
"Ada apa lagi, Sarah?" tanya Tengku Nizam tegas. Sememangnya dia banyak kerja hari ni dan tiada masa nak bermain teka-teki.
"Emm, girlfriends Tengku asyik-asyik call untuk berjumpa dengan Tengku. Saya tak tahu nak cakap apa dengan mereka. Ada mereka yang menghantar bunga dan hadiah kepada Tengku. Tengku nak buat apa dengan semua tu nanti?"
Dengan berhati-hati Sarah menyoal majikannya. Bukan apa, takut salah cakap lain jadinya.
Tengku Nizam mengeluh keras. Dia tiada masa untuk melayan semua teman wanitanya sampaikan dia rimas dengan mereka semua. Tetapi tak dapat nak salahkan mereka saja. Salah dia juga yang pergi menabur janji-janji manis.
Tengku Nizam memang amat dikenali dengan perangai buayanya. Perempuan keliling pinggang. Dengan pakejnya yang lengkap itu, petik jari sahaja semua perempuan beratur menginginkan dia.
"Cakap kepada mereka saya busy. Dan hadiah tu semua awak buang atau kalau awak nak ambil pun boleh. Saya tak kesah apa yang awak nak buat dengan hadiah tu semua. Kalau tidak ada apa-apa lagi, sila keluar. Saya ada banyak kerja ni." arah Tengku Nizam dengan tegas.
"Baiklah, Tengku."
Setelah Sarah keluar, Tengku Nizam meneruskan kerjanya yang tergendala.
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...