Bab 12

13.9K 237 5
                                    

"Kahwin?! Are you kidding me, pa? Kimi bukan budak kecil lagi papa. You can't do this to me." ucap Tengku Nizam tidak puas hati.

Dia sama sekali tidak setuju dengan cadangan papanya.

No. Bukan cadangan, tapi lebih kepada arahan sebenarnya.

"Sampai bila Kimi? Papa dah muak dengan orang yang asyik cakap anak papa ni pergi usung anak dara orang ke hulur ke hilir. Bukan sorang je tapi banyak. Mana papa nak letak muka papa, Kimi? Bila Kimi nak buang sikap kasanova Kimi tu? Jangan nak contengkan arang ke muka papa. Jangan tunggu sampai nasi sudah menjadi bubur baru Kimi nak sedar. Papa tak kira. Papa nak Kimi kahwin dengan pilihan papa juga. Dengan cara itu sahaja Kimi akan berubah." kata Tengku Fariz tegas.

"In your dream pa! Kimi takkan dan tak nak. Fullstop!"

Tengku Nizam ingin bangun dan berlalu ke biliknya tapi Tengku Fariz menahannya.

"Nizam Hakimi! Jangan nak biadap dengan papa. Papa belum habis cakap lagi. Kimi suka ke tak you have to. Kalau Kimi ingkar, Kimi takkan dapat satu sen pun dari harta papa. Semua kemewahan yang Kimi ada sekarang papa tarik. Papa tau Kimi tak boleh hidup dalam kesusahan. So, macam mana? Papa bagi masa pada Kimi sampai esok. Papa tak rugi apapun. Kimi yang rugi." ugut Tengku Fariz.

"Papa! Ini tak adil. Lagipun selama ni Kimi yang uruskan syarikat papa. Siapa lagi yang nak uruskan kalau bukan Kimi? You need me papa."

Hanya itu sahaja alasan yang dia ada. Tapi dia lupa akan satu hakikat.

"Jangan lupa yang papa ada seorang lagi anak, Naufal Haikal. Kal tak lama lagi akan balik. Papa boleh serahkan semuanya pada Kal."

Tengku Nizam tersentak. Dia tahu Tengku Fariz seorang yang menepati katanya. Tak mustahil dia akan jadi miskin dalam sekelip mata.

Dia tak nak. Dia tak pernah hidup susah. Lebih-lebih lagi kalau semua harta Tengku Fariz jatuh ke tangan adiknya.

Macam mana ni?

Damn!

Riak muka Tengku Nizam jelas memberitahu bahawa dia serabut memikirkan hal itu.

"Kimi fikirkan dulu apa yang papa katakan tadi. Ini untuk kebaikan Kimi juga. Esok papa nak dengar kata putus dari Kimi." ujar Tengku Fariz sambil menepuk bahu anaknya dan berlalu untuk naik ke biliknya.

Ditinggalkan Tengku Nizam yang masih termenung memikirkan kata-katanya.

Kahwin?

***

Bunyi bingit di sekelilingnya tidak dipeduli. Arak diteguk rakus. Perempuan-perempuan yang bergeselan di badannya dibiar. Tiada mood nak layan.

Fikirannya sarat dengan hal yang dikatakan oleh Tengku Fariz tadi. Sebab itulah dia keluar dan pergi ke club untuk melepaskan tekanan. Aliff, Iskandar, Farhan dan Syafiq ada sekali dengan Tengku Nizam.

Aliff yang perasaan akan keadaan Tengku Nizam yang diam sahaja itu segera ditegurnya.

"Kau pahal? Tiba-tiba diam je dari tadi. Girls ni semua pun kau tak layan."

"Takde."

"Ni dah kes berat ni. Macamlah aku baru kenal kau semalam. Kalau kau ada masalah, cerita je kat aku. Mana tau aku boleh tolong."

Tengku Nizam memandang ke arah Aliff sebelum mengeluh. Semua yang dikatakan oleh Tengku Fariz diceritakan kepada Aliff sehingga akhir.

Aliff ternganga sedikit. Tak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Kau biar betul? Habis tu, apa keputusan kau?"

"Ni yang aku serabut ni. Sama ada nak terima ke tak."

"Aku rasa kau patut terima jelah. Bukan kau rugi apapun. Kau juga yang untung."

"Masalahnya pilihan papa aku tu macam mana? Entah minah mana yang dia ambil jadi bini aku."

"Alaa, takkan papa kau nak ambik sebarang orang jadi menantu kot. Mesti highclass punya. Anak Dato' or anak Tan Sri. Lepas kahwin kau buatlah perjanjian ke apa ke, buat hal masing-masing."

Tengku Nizam diam memikirkan apa yang diperkatakan oleh Aliff tadi.

"Ye tak ye jugakan? Okay kalau macam tu esok aku bagitau yang aku setuju. Done."

"Macam tulah. Buat apa kau susahkan fikiran kau."

Tengku Nizam tersenyum senget. Hal tadi dilupakan terus.

Now, let's enjoy!

"Sayang!"

Kedengaran suara perempuan yang memanggilnya. Kepalanya menoleh ke arah suara itu.

"Hey, darl!" ucap Tengku Nizam.

Perempuan itu terus menarik Tengku Nizam ke dalam pelukannya. Pelukan dilepas tapi tangannya masih berpaut pada leher Tengku Nizam. Tangan Tengku Nizam juga masih dipinggang perempuan itu.

"How I miss you sayang! Kenapa you tak call I? You tak rindukan I ke?"

"Sorry, Natasya. I busy. But now kita jumpa juga kan? I miss you darling." kata Tengku Nizam dengan suara mengoda.

Natasya Sofea binti Dato' Harris, perempuan yang paling bertahan lama dengan dia. Almost five months.

"I miss everything about you, sayang. Your hug, your kiss and your touch."

Tangan Natasya naik mengelus perlahan dada Tengku Nizam.

"Me too, darling. Jom?" ujar Tengku Nizam dengan pandangan mengoda.

Tahu sangat maknanya.

"Nakal you ni."

"Nakal dengan you je." kata Tengku Nizam sambil kenyitkan matanya.

Siapa yang tak tergoda dengan si buaya darat ni?

Natasya hanya ketawa kecil. Tangan Tengku Nizam menarik tangan Natasya pergi ke tempat lain.

Manakala Aliff, Iskandar, Farhan dan Syafiq yang memandang ke arah mereka hanya tersenyum sinis. Dah tahu yang Tengku Nizam ada projek nak dibuat.

My Precious BabyWhere stories live. Discover now