Cahaya matahari pagi yang menerobos masuk dari celah langsir tingkap bilik Tengku Farisya mengganggu tidurnya yang lena.
Matanya digosok perlahan sebelum meraba sisinya mencari iPhonenya. Setelah menemui apa yang dicari, matanya dibuka sedikit melihat jam pada iPhonenya.
8.30 a.m.
Badannya masih terasa lenguh dan sakit terutama sekali di pergelangan kakinya. Mengingati hal semalam dengan serta-merta kepalanya menoleh ke tepinya. Sekujur tubuh yang tidak berbaju yang masih tidur diamati.
Baru dia teringat selepas mandi semalam, Tengku Farisya keluar dari bilik mandi dengan siap berpakaian tidur. Dia berjalan menuju ke arah katilnya tapi terhenti apabila melihat Tengku Nizam yang sudah terbuai ke alam mimpi.
Dia berkira-kira untuk tidur di mana. Takkan nak tidur kat lantai kot. Memang taklah. Sofa? Dengan badan yang sedia lenguh dan kaki yang sakit lagilah tak. Mendengar dengkuran kecil daripada Tengku Nizam jelas menyatakan lelaki itu penat dan sudah pasti tidur 'mati'.
Camne nak bangunkan?
Setelah 15 minit berfikir akhirnya Tengku Farisya membuat keputusan untuk tidur sekatil dengan Tengku Nizam. Tapi diletakkan bantal peluk di tengah-tengah antara dia dan Tengku Nizam sebagai langkah berjaga-jaga. Tak boleh percaya mamat buaya ni. Mahunya dingapnya Tengku Farisya tengah-tengah malam nanti.
Nasib baik dia masih ingat pagi ni. Kalau tak, memang dia akan tendang lelaki ini daripada katil. Ingat dia teringin ke tidur sekatil dengan mamat buaya ni. Ni pun sebab terpaksa babe.
Kedudukan bantal peluk ditengah itu masih stastik dan tidak berubah. Bagus-bagus. Kalau dia nak buat macam-macam, memang nak kena smackdown laa jawabnya.
Tidak disangka end up dia akan berkahwin dengan lelaki yang bergelar buaya ini. Apa yang akan berlaku dengan perkahwinan mereka ini di masa hadapan?
Sungguh dia tiada jawapan untuk soalan itu. Tapi dia takkan biarkan status itu mengganggu 'hidupnya'. Tidak mahu mengusutkan kepalanya, Tengku Farisya melupakan hal itu.
Dia bangun sambil meregangkan badannya sebelum mencapai tuala yang berdekatan bilik mandi. Langkah kakinya masuk ke bilik mandi dan membersihkan diri.
Tengku Nizam? Pandai-pandailah bangun sendiri.
***
"Morning." ucap Tengku Farisya setelah berada di ruangan makan. Dia hanya memakai t-shirt putih dan short pant hitam.
Rambutnya diikat sanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya. Kelihatan Tengku Idris seorang sahaja di meja makan.
"Morning too. Mana Kimi?" tanya Tengku Idris.
Wtf? Aku dok tercongak kat depan daddy boleh pulak cari mamat buaya tu. Siapa anak daddy ni?
"Why should you looking for him? Yang Mia kat depan ni daddy boleh pulak cari Kimi."
"Dah Mia kat depan daddy buat apa daddy nak cari lagi. Yang tak nampak tulah yang nak dicari."
Ada-ada sahaja jawapannya. Tengku Farisya hanya menjulingkan matanya ke atas dan terus menarik kerusi di sebelah Tengku Idris dan duduk.
"Soalan daddy belum Mia jawab lagi. Kimi mana?"
"Entah. Masih tidur lagi kot." jawab Tengku Farisya acuh tak acuh.
"Aik. Kan Mia tidur sebilik dengan Kimi. Takkan tak tau."
"Daddy. Boleh tak jangan rosakkan mood Mia pagi-pagi ni? Mia malas nak ambil tau pasal menantu pilihan daddy tu."
YOU ARE READING
My Precious Baby
RomanceTengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun...