Chapter 1 - ' The Letter '

183 13 0
                                    

Byul : hmm ?

Byul membuka loker sekolahnya lalu terjumpa sepucuk surat berwarna coklat . Hasratnya ingin mengambil buku terhenti setelah ternampak surat itu .

Dengan pantas dia melihat kiri dan kanannya , manala tahu orang yang meletakkan surat itu ada di sekitar sana namun tiada . Hanya Byul seorang berdiri di sana .

Byul dengan segera mengambil surat itu lalu membacanya.

Byul : " Meet me after school at the rooftop , dont be late . Hana "

Byul berasa pelik sejak bila Hana , kawan baiknya menghantar pesanan menggunakan surat . Tidak langsung menelefonnya atau bercakap terus dengannya .

Byul malas untuk memikirkan persoalan itu sekarang kerana dia sudah terlambat ke kelasnya yang akan bermula tidak lama lagi . Dia meletakkan surat itu kembali ke dalam loker sekolah dan mengambil buku-buku yang diperlukan olehnya. Dengan segera Byul masuk ke dalam kelasnya .

??? P.o.v

??? : " Meet me after school at the rooftop , dont be late . Jimin "

Orang tersebut juga telah menerima surat yang sama seperti Byul namun daripada orang berbeza . Orang itu memasukkan kembali surat itu ke dalam loker sekolah lalu masuk ke dalam kelasnya.

-selepas tamat waktu pembelajaran-

Byul meletakkan buku-bukunya serta alat tulis ke dalam beg sekolah . Dia menuju ke loker sekolah untuk meletak beberapa buku . Byul terlihat surat itu lagi lalu mengambilnya . Byul berfikir sambil menutup lokernya .

Byul : ( melihat surat itu ) patut ke aku pergi ? .. Pergi jelah .

Byul membuat keputusan untuk pergi ke bumbung sekolah kerana mungkin ianya hal yang penting .

-Di hadapan pintu bumbung sekolah-

Byul membuka pintu lalu melihat ...

-----------------------------------

[ 🌟 ] Vote
[ 💬 ] Comment

( C ) The Lost ' Star ' | KTHWhere stories live. Discover now