Namjoon menuju ke arah pintu lalu membukanya . Kelihatan Jin sedang mengangkat beberapa plastik yang berisi makanan dan bahan-bahan mentah untuk di masak .
Namjoon : Oh hyung , awal hari nie ? Hyung minta cuti ke ?
Jin : Yelah , kan Taehyung sakit sebab tu Hyung kerja setengah hari je hari nie . Nak harap kan kau tambah sakit lah Taehyung tu . Tolong angkat barang-barang nie , hyung penat la .
Namjoon : Dah la kutuk orang pastu minta tolong . ( ambil barang-barang dari Jin)
Jin : Hati-hati angkat , tak pasal-pasal koyak plastik tu pula .
Namjoon : Yela .
Namjoon menolong mengangkat barang-barang itu ke dapur lalu menolong Jin menyusunnya ke dalam peti sejuk dan almari .
Namjoon : Oh hyung , lupa nak cakap , kat atas ada Byul .
Jin : ( terhenti ) Byul ? Min Byul ? Dia lawat Taehyung ?
Namjoon : Ye .
Jin : Wow , habis tu macam mana ? Taehyung dah bangun ke ?
Namjoon : Tu la , aku pun macam tak percaya Byul depan mata aku tadi . Masa aku masuk kat bilik Taehyung tadi , dia masih lagi membuta .
Jin : So kau tinggalkan je Byul seorang kat sana ?
Namjoon : Habis tu , takkan aku nak suruh Byul teman aku kat bawah nie . Dengan rumah bersepah nie .
Jin : Tak lah , Byul tak bosan ke duduk sorang-sorang tunggu Taehyung bangun .
Namjoon : Tak mungkin , aku pasti Taehyung dah bangun sekarang nie .
Jin : Habis tu kita nak buat apa ?
Namjoon : Aku ada plan tapi hyung kena lah tolong sekali .
Jin : Plan ?
Taehyung p.o.v
Taehyung memimpikan Byul yang ingin meninggalkan dirinya namun Taehyung segera memegang tangan Byul agar Byul tidak meninggakan dirinya . Byul bercakap sesuatu kepada Taehyung namun kurang jelas lalu Byul melepaskan tangan Taehyung menyebabkan Taehyung terjaga dari tidurnya .
Taehyung memandang seseorang yang sangat dirindui di sebelahnya , sedang memandangnya juga . Taehyung hanya memandang wajah orang itu kerana dia menyangka bahawa itu imaginasinya .
Byul : Tae ?
Taehyung : Ye ?
Byul : Sakitlah .
Taehyung : Hahh ?
Byul : Awak pegang tangan saya kuat sangat .
Taehyung tersedar sedang memegang tangan Byul dengan kuat segera melepaskan tangannya.
Taehyung : Byul ?
Byul : Ye ?
Taehyung : awak nie Byul ? Min Byul ?
Byul : Ye , saya Byul lah nie encik Kim Tae Hyung .
Taehyung : Oh , sorry . Saya ingatkan..
Byul berdiri lalu meletakkan tangannya di dahi Taehyung membuatkan Taehyung agak terkejut dengan tindakan Byul . Hal ini membuatkan jantungnya berdegup laju .
Taehyung bertambah terkejut apabila Byul menekup kedua-dua pipi milik Taehyung .
Byul : Saya rasa awak masih sakit la , pipi awak panas .
Byul melepaskan pipi Taehyung dan duduk semula dikerusi itu . Baru sahaja dia ingin menanyakan soalan , kedengaran pintu bilik di ketuk .
Taehyung : masuk .
Apabila pintu dibuka , kelihatan Jin dan Namjoon membawa dulang yang berisi makanan . Jin menuju ke arah Byul dan meletakkan dulang itu dimeja kecil yang bersebelahan dengan Byul .
Jin : Kau dah okay ke ?
Taehyung : boleh la .
Jin : Hyung tau kai mesti laparkan , so Hyung ada masakkan special untuk kau .
Taehyung : nanti aku makan .
Jin : kau nie , Hyung risaukan kau tau , yang lain pun sama .. ( pandang Byul ) oh ye , Byul boleh tolong tak ?
Taehyung berasa pelik dengan kelakuan Hyungnya itu . Dia memandang Byul seketika yang agak blur disitu .
Taehyung : * comel *
-----------------------------------
#BTSisComing
[ 🌟 ] Vote
[ 💬 ] Comment
ANDA SEDANG MEMBACA
( C ) The Lost ' Star ' | KTH
Фанфикшн" Byul ! .. Nama awak Byul kan ? " " Yes , do you know me ? " - " bukan aku dah kata jangan dekat dengan Byul ?! " " tapi xxx hyung , Tae- .. " - " Aku tak boleh bagitau Byul sekarang . Aku tak nak hilang Byul ... " - " Can't you .. stay ? " ______...
