Part 18 - ' Dont want to lose you .. again '

56 4 0
                                    

Taehyung p.o.v

Semasa Taehyung melihat wajah Byul , tiba-ii Taehyung teringatkan kata-kata Yoongi tempoh hari .

-

Yoongi : Bukan aku dah kata jangan dekat dengan Byul .

Taehyung : Tapi Yoongi hyung , Tae-

Yoongi : Aku tak kisah ! Kalau aku kata jangan dekat , jangan .

Taehyung : T-api -

Yoongi : Ke kau nak aku bawa Byul jauh dari sini .

Taehyung : ( pandang bawah ) T-tak , ja-jangan .

Yoongi : Dah cukup baik kau masih boleh tengok dia . Aku nak kau jangan tunjuk diri kau depan dia lagi .

-

Taehyung segera melepaskan pipi Byul dan meminta maaf atas perbuatannya . Taehyung ingat Byul akan memarahinya namun Byul memegang tangannya .

Taehyung tidak mempunyai keberanian untuk melihat muka Byul . Dia benar-ii tidak mahu kehilangan Byul .

Byul : Hei , saya tak marah lah .

Taehyung : ( perlahan-lahan melihat Byul )

Byul : Saya tahu mungkin awak ada masalah so saya tak marah . Awak okay ke nie ?

Taehyung : Tae .. takut ..

Byul : Awak takut apa ?

Taehyung hanya melihat Byul tanpa menjawab soalan Byul . Byul faham akan keadaan Taehyung . Byul mengambil bantal sofa itu lalu meletakkan di atas kakinya .

Byul : ( tepuk bantal ) Sini .

Taehyung : Huh ?

Byul : Tidur sini .

Taehyung hanya mengikut arahan Byul lalu membaringkan kepalanya di atas bantal . Byul membelai rambut Taehyung agar Taehyung berasa tenang .

Byul : Saya tak tahu apa yang awak takut tapi saya ada kat sini , so jangan risau .

Taehyung hanya menghadap hadapan kerana dia tidak berani melihat wajah Byul . Selepas beberapa minit Taehyung pun terlelap .

Byul p.o.v

Byul melihat ke arah jam di dinding yang menunjukkan jam 3.53 pagi . Dia melihat ke arah Taehyung yang sedang tidur ... sama seperti mimpinya sebelum ini . Tiba-tiba kepala Byul mulai sakit .

Posisi Byul dan Taehyung sama seperti posisi yang berada di dalam mimpinya . Byul berhenti membelai rambut Tae dan mencuba melihat wajah Tae .

Semakin Byul mencuba untuk melihat , semakin sakit kepala Byul . Jantung Byul berdegup sangat laju . Adakah dia lelaki yang Byul mimpi selama ini ?

-----------------------------------

[ 🌟 ] Vote
[ 💬 ] Comment

( C ) The Lost ' Star ' | KTHWhere stories live. Discover now