Chapter 5 - ' Missing Him ? '

84 8 0
                                    

Apabila Byul dan Yoongi sampai ke rumah . Byul menuju ke arah biliknya untuk membersihkan badan . Byul menyediakan pakaian di atas katil lalu mengambil tuala dan menuju ke dalam bilik mandi .

Selepas beberapa minit , Byul keluar dari bilik mandi . Dia mengeringkan badan lalu memakai pakaian yang disediakan olehnya tadi . Dia memakai pakaian yang agak tebal kerana di luar kelihatan masih hujan .

Byul keluar dari biliknya dan menuju ke arah dapur . Dalam perjalanannya itu , dia terhidu bau masakan yang menyelerakan membuatkan Byul segera ke meja makanan . Dia hampir terliur apabila melihat makanan yang berada di atas meja .

Yoongi : Duduklah dulu .

Byul : ( duduk di kerusi ) Oppa buat apa ?

Yoongi : ( memberi Byul gelas ) Hot chocolate for you . ( duduk )

Byul : Woah , thanks oppa . ( menghirup sedikit air itu . )

Semasa Byul sedang menikmati makanannya , dia berhenti makan lalu melihat ke arah Yoongi  yang sedang menikmati makanannya .

Byul : Oppa .

Yoongi : ( melihat ke arah Byul )

Byul : Kenapa oppa lambat ambil Byul tadi ?

Yoongi : Oppa tertidur tadi lepas makan ubat . ( sambung makan )

Byul : Tau tak Byul takut tadi .

Yoongi : Tau , I'm sorry .

Byul : Byul ingatkan oppa tak da-

Yoongi : ( sumbat makanan dalam mulut Byul ) Oppa dah minta maaf .

Byul : ( kunyah makanan dan telan ) Hish , yelah .. oh ya , oppa kenal tak dengan lelaki tadi tu ?

Yoongi : Satu sekolah oppa juga , why ?

Byul : Dia kata dia tu kawan Byul.

Yoongi : Jangan nak cepat sangat percaya orang yang tak kenal .

Byul : Tapi-

Yoongi : ( sumbat sekali lagi ) Dah , makan cepat . Nanti sejuk pula makanan tu .

Byul : Hish ..

Selepas siap makan , Byul mengemaskan meja makan dan mencuci segala pinggan mangkuk yang digunakan . Beberapa minit kemudian , Byul kembali ke dalam biliknya .

Byul duduk di hujung katilnya sambil melihat ke arah luar . Hujan tidak lagi kuat seperti tadi .

Byul teringatkan kejadian tadi . Jantungnya tiba-tiba berdegub kencang . Byul menyentuh dadanya dan merasa pelik dengan dirinya . Dia berasa risau dengan lelaki tadi , dia juga seperti ingin bertemu semula dengan lelaki itu .

Byul : kenapa dengan aku nie ?

Byul menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus . Byul tidak pernah merasa sebegini . Byul seperti rindu dengan lelaki itu .

-----------------------------------

[ 🌟 ] Vote
[ 💬 ] Comment

( C ) The Lost ' Star ' | KTHWhere stories live. Discover now