Tanpa disedari manik jernih jatuh mengalir dipipi Aishah Hani. Mungkin dia ketakutan dan sedih kerana berfikir tentang dirinya akan dibunuh dan organ dalam badannya itu. Tangisan dia mula menjadi agak kuat. Disebabkan dia menangis dengan agak kuat, dapat mengejutkan Haikal daripada terbuai mimpi disiang hari. Haikal mencelik sedikit matanya, tiada sapa perasan sebab matanya terlalu sepet.
Haikal berasa sangat serba salah dengan perbuatannya itu. Dia memerhatikan lagi gelagat perempuan itu, dia menilik muka Aishah Hani dengan penuh teliti sekali. Ermm, cantik! Tapi sayangnya tak bertudung. Ehh lupa semua manusia boleh berubah. Tak semestinya yang bertudung ini baik dan tak semestinya yang tak bertudung ni jahat. Bukan nak kata lah kan, realiti dunia lah katakan mulut perempuan yang bertudung ni lebih jahat. Yelah, gosip sana sini, nampak sikit orang tu makeup tak lawa sikit ada jee dia nak malukan orng tu. Maaf lah kalau ada yang terasa. Tolong hormat orang lain tak kisah lah kau kenal ke tak? Nampak dia gemuk? Nampak dia hitam? Dia pakai bedak nampak muka kelabu asap? Dia selekeh? Biarlah dekat dia dah yang tu dia suka. So, kau jangan nak tokok tambah gosip sana sini. Kau tutup aib orang, in sha allah aib kau pun orang tutup. Ingat! Sekali kau buka aib dia, tunggu lah tak lama ataupun sekejap je lagi orang lain akan buka aib kau balik. Setiap perbuatan yang kita buat pasti terbalas balik. Kebaikan or keburukan? Haa tgok lah amalan kau dekat dunia ni. Renungkan! K, back to the story termelalut dekat lain dah..
Haikal membayangkan ahli keluarga dia yang berada di tempat Aishah Hani itu. Tanpa melengahkan masa, Haikal bangun dan pergi berjalan ke arah Aishah Hani. Aishah Hani memandang Haikal dengan penuh meluat.
" Kau nak apa lagi haaa?, " Jerit Aishah Hani. Perghh , sekali dia menjerit boleh pekak telinga kot. Selamatlah si Haikal ini tidak menanggalkan lagi earphone nya dari telinganya. Kalau tak silap memang dia terlantar di hospital lah untuk menjalani pembedahan telinga.
Tanpa mengeluarkan suara, Haikal membuka ikatan tali di tangan dan kaki Aishah Hani. Aishah Hani terkedu melihat perbuatan Haikal. Dia berasa sangat pelik, kenapa tetiba mamat ni buka ikatan pulak?
" Kenapa awak buka ikatan tu , " Tanya Aishah Hani dengan nada ingin tahu. Dengan selambak badaknya Haikal menjawab , " Kenapa? Taksuka aku buka ke? Nak ikat balik? "
Aishah Hani menggelengkan kepala tanda taknak diikat semula. Sakit itu memang, bekas ikatan tali itu masih berbelas di pergelangan tangannya.
" Tapi kenapa tetiba jee, awak lepaskan saya. , " Tanya Aishah Hani dengan penuh kehairanan.
" Sebab aku kesian je tengok kau. Kau boleh belah dari sini sekarang! Pergi cepat sebelum diorang datang ," Balas Haikal.
" Tapii nanti awak kena macam? ," Tanya Aishah Hani dengan suara yang tersekat-sekat.
" Pergi jelah, nanti aku tanggung sendiri lah , " Amarahh Haikal
Aishah Hani mengangguk kepala , lalu dia berlari keluar dari rumah usang itu dengan pantas sekali.
***************************************
YOU ARE READING
[H] MENGHITUNG DOSA
RandomDisebabkan harta atau mempunyai pangkat yang lebih tinggi manusia mula bersikap angkuh dan lupa daratan. Manusia juga berasa ingin hidup bebas tanpa batasan agama selepas memperoleh sesuatu yang menguntungkan. Mula lah membuat maksiat, tidak menutup...