BAB 15

122 20 6
                                    

Aishah Hani berlari keluar dari hutan yang tebal itu dengan sekuat hatinya. Letih? Tak penting, satu jee dia nak iaitu selamat daripada penjual organ itu. Setelah 10 minit berlari, akhirnya dia menemui juga jalan keluar dari hutan itu. Jalan raya dihadapan matanya sekarang, dia memandang jalan tersebut satu kereta pun tak lalu dsini. Dia mengeluh. Dia mengambil keputusan untuk berjalan jauh dari kawasan itu, bahaya mungkin dia akan diculik semula.

Setelah 15 minit berjalan, agak jauh dari kawasan tadi. Aishah Hani ingin melintas ke seberang jalan sebelah sana. Dia melintas dengan melulu, tanpa memerhati kiri dan kanan. Semasa dia melintas jalan, dia tidak perasan ada sebuah kereta memandu dengan kelajuan yang tinggi. Pemandu kereta itu terkejut kerana ada orang melintas. Dia membunyi hon keretanya, " Pin Pin Pin Pin Pin"

Tetapi Aishah Hani terkaku dan tidak berganjak. Satu hentaman yang kuat berlaku. Aishah Hani terpelanting agak jauh kerana hentaman yang kuat dari kereta itu. Aishah Hani tak dapat menyedari dirinya. Banyak darah mengalir daripada kepala dan anggota badannya. Hanya Aishah Hani saja yang tercedera, orang dalam kereta itu masih dalam keadaan yang baik.

Seorang lelaki berkot keluar dari kereta sebelah belakang, dia cepat-cepat berlari ke arah Aishah Hani. Dia terkejut, lalu memanggil pemandunya. " Daud cepat call ambulans kata ada satu kemalangan disini , " Jerkah lelaki itu dengan perasaan yang penuh risau.

Seperti yang disuruh oleh lelaki tadi Pak Daud hanya mengikuti perintah. Punat butang telefon ditekan " Hello, encik saya ingin melaporkan ada satu kemalangan di atas puncak, " Ucap Pak Daud. " Ok baiklah , kami akan datang dengan segera , " Balas pemanggil yang berada di talian tadi. Panggilan dimatikan..

Lelaki tadi tak tentu arahh.. Dia berjalan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri.. " Macam mana ni daud? " - Ucap lelaki itu dengan rasa penuh serba salah. " Takpalah tuan, kita tunggu sampai ambulans datang, " - Balas Pak Daud.

" Ni No Ni No Ni No , "

Kedengaran bunyi siren ambulans dari jauh. Beberapa orang lelaki turun dari ambulans dan bonet belakang dibuka. Mereka menghusung Aishah Hani, Aishah Hani dimasukkan ke dalam ambulans. " Salah seorang perlu ikut kami naik van!, " Ucap pekerja lelaki itu. " Okbaiklah saya akan ikut kamu kesana.. Daud , kamu bawak kereta ke hospital yaa, " Balas lelaki berkot itu. " Baiklah tuan," Pak Daud.

Lelaki berkot itu cepat-cepat menaiki van ambulans. Bonet belakang di tutup. Van ambulans itu pergi dari kawasan tersebut untuk ke hospital dengan kadar segera.

*******************************************

[H] MENGHITUNG DOSAWhere stories live. Discover now