Pada pagi itu, Datin Seraa sibuk memasak untuk hidangan sarapan pagi mereka sekeluarga. Mak Temah berjalan ke ruang meja makan dengan membawa sedulang yang di atasnya diletakkan teko dan cawan. Dia menuangkan air kopi ke dalam cawan dengan berhemah. Dato Aedam hanya memerhati gerak geri Mak Temah.
Setelah selesai menuang air , " Ade apa yang saya boleh bantu Dato " tanya Mak Temah lalu dia mengepitkan dulang di bahagian sisi kanannya. " Tolong gerakkan si puteri saya kejap " pinta Dato Aedam lalu dia melipatkan surat khabar dan diletakkan atas meja makan. " Baiklah Dato " dia mengangguk , lalu pergi berjalan menuju ke bilik Aishah Hani.
Knock! Knock! Knock!
" Cik Hani , Cik Hani " suara Mak Temah kedengaran disebalik dalam bilik Aishah Hani. Dia terdengar namanya dipanggil-panggil , tetapi dia hanya buat tak endah je sambil menekup telinganya menggunakan bantal. Kedengaran lagi ketukan pintu yang makin bertalu-talu, Aishah Hani sudah naik angin hanya tunggu untuk bertukar menjadi Hulk saje.
" Kau nak apa haa pompuan, boleh tak jangan nak memekak dekat bilik aku. Aku nak tido lah sial " berhambur-hambur ayat kasar yang keluar dari mulutnya. Terasa hati? Sapa tak terasa weh, ni kan lagi orang tua yang lemah. Mesti menusuk gila dalam hati. Aishah Hani memang sangat biadap! Takde rasa hormat sikit dekat orang yang lebih tua darinya.
" Dato panggil turun, untuk sarapan bersama-sama " suara Mak Temah direndahkan. Agak sayu hati bila melihat Mak Temah. " Yela yela 5 Minit lagi aku turun " tengki Aishah Hani. Dia bangun dari katilnya ,lalu pergi ke bilik airnya untuk mencuci muka dan mengosok giginya. Setelah siap , Aishah Hani pun turun ke ruang makan.
**********************************
YOU ARE READING
[H] MENGHITUNG DOSA
RandomDisebabkan harta atau mempunyai pangkat yang lebih tinggi manusia mula bersikap angkuh dan lupa daratan. Manusia juga berasa ingin hidup bebas tanpa batasan agama selepas memperoleh sesuatu yang menguntungkan. Mula lah membuat maksiat, tidak menutup...