Aishah Hani diletakkan di wad icu kerana dia mengalami kecederaan yang amat parah dan masih tidak menyedarkan diri lagi, sudah hampir seminggu dia terlantar di hospital. Doktor kata, dia mengalami luka yang amat dalam di kepalanya dan mulut terkoyak sedikit. Semasa dia berada di hospital, dia dijaga oleh Datin Seraa dan suaminya Dato Aedam.
Orang yang tidak sengaja melanggar Aishah Hani ialah Pak Daud iaitu pemandu peribadi kepada Dato Aedam. Dato Aedam amat risau sekali dengan keadaan Aishah Hani yang masih tidak menyedarkan diri. Datin Seraa bermalam disitu untuk menemani Aishah Hani, mana tahu dia sedar dari koma. Datin Seraa sanggup membayar beribu-ribu ringgit untuk kos rawatan Aishah Hani.
Datin Seraa duduk dibirai katil, dia ternampak jari Aishah Hani digerakkan sikit demi sikit. " Doktor Doktor , " Jerit Datin Seraa.
Nurse dan doktor yang berada berdekatan disitu bergegas ke arah katil Aishah Hani. " Ye, ada apa ye datin? " Tanya Doktor Izhar. Muka Datin Seraa agak terkejut juga kalau tengok. " Tadi saya nampak jari dia bergerak! " Balas Datin Seraa dengan kerisauan. " Okbaiklah kami akan segera periksa, datin sila tunggu diluar " Arah seorang nurse yang cantik itu. Lalu dia menarik langsir untuk memeriksa keadaan Aishah Hani.
Datin Seraa mendial nombor suaminya, " TutTutTutTut". Lalu talian disambungkan. " Ye ada apa maa? " Tanya Dato Aedam. " Diaa dahh see daarr.. " Ucap Datin Seraa agak tergagap. " Siapa? " Tanya lagi Dato Aedam. " Budak tu lahh paa " Balas Datin Seraa. " Haaa, mama tnggu papa dtng skrang juga " Ucap Dato Aedam. Lalu talian dimatikan.
*******************************************
YOU ARE READING
[H] MENGHITUNG DOSA
RandomDisebabkan harta atau mempunyai pangkat yang lebih tinggi manusia mula bersikap angkuh dan lupa daratan. Manusia juga berasa ingin hidup bebas tanpa batasan agama selepas memperoleh sesuatu yang menguntungkan. Mula lah membuat maksiat, tidak menutup...