BAB 10

134 22 10
                                    

Rumah NekJah

Tengahari itu juga Azzam dikebumikan. Cuaca sangat mendung dan tidak panas. Awan bergerak dengan tenang sekali. Angin bertiup-tiup , terasa aman sekali.

Ramai orang menziarahi arwah Azzam. Saudara mara Azzam dari jauh pun turut balik ke kampung untuk menziarahi Azzam. Kakak sulung kepada Azzam yang berada di sabah pun turut datang menziarahinya.

Azzra Shalwani ialah kakak sulung Azzam Shazrin. Dia tidak menyangka sekali tentang kematian adik kesayangannya. Sepanjang hari pengebumian adiknya itu , dia sering bersendirian. Mungkin dia ingin tenangkan fikirannya tanpa sebarang gangguan.

NekJah masih tidak mampu menerima kenyataan lagi bahawa cucunya Azzam Shazrin telah meninggalkan dunia ini buat selamanya. NekJah berasa kosong hidupnya tanpa Azzam.

Mak Minah cuba menenangkan hati NekJah.

" Jahh , sudahlah tu. Sampai bila hang nak macam ni? Kalau hng terus mcam ni , Azzam rasa tak tentram tau dak masa dia dekat sana! " - Mak Minah

" Hang tauu apa Minah ! Perit tau hati aku , dia lah satu-satunya cucu yang selalu teman aku disini. Nak harapkan yang lain memang taklah " - NekJah

" Haishh, Jah oh Jah! Yang aku ni? Lagi perit hati tau. Dah lah anak aku yang perempuan tu lari dari rumah! Entah kemana dia pergi. Aku dah cari dekat semua pelusuk kampung ni. Takjumpa dia langsung! Aku takut lah jadi apa-apa dekat dia. " - Mak Minah

" Haa , hang kata anak hang lari dari rumah kan? Baru semalam dia datang rumah aku. Azzam yang bawa dia datang ke sini! " - NekJah

" Haaa , macam mana dia boleh mai sini? " - Mak Minah

" Panjang ceritanya " - NekJah

NekJah menarik nafas dan mula bercerita tentang kejadian semalam dari permulaan sehingga ke akhir. Mak Minah terkejut sekali dengan perlakuan jahat yang dilakukan oleh anaknya itu. Malu? Yaa, malu sekali. Taktau nak letak mana dah muka. Mak Minah sangat sedih dan meminta maaf tentang kelakuan jahat anaknya.

" Yaa allah , apa nak jadi dengan hang ni Shaa? Bila hang nak berubah? " - Mak Minah

Mak Minah sangat kesal.

" Aku minta maaf sesangat Jahh! Nanti aku cuba cari duit untuk pulangkan semula duit tu. " - Mak Minah

" Takpa lah , aku halalkan untuk Shaa. Lagipun duit tu untuk Azzam sambung belajar ke Universiti. Tapi Azzam dah takde kan. " - NekJah

" Terima kasih Jahh! Hang lah kawan aku sampai bila-bila. " - Mak Minah

Mak Minah memeluk NekJah dengan erat sekali, NekJah membalas semula pelukan Mak Minah.

******************************************

[H] MENGHITUNG DOSAWhere stories live. Discover now