BAB 17

77 17 8
                                    

Doktor mengutus keputusan bahawa Aishah Hani boleh dibawa pulang ke rumah kerana kesihatannya yang makin baik. Aishah dibawa tinggal dalam satu bumbung bersama keluarga orang yang berada. Aishah Hani sungguh kagum dengan perhiasan yang ada. Sangat cantik dan unik. Dato Aedam hanya tersenyum melihat Aishah Hani.

" Hani, mulai sekarang ini lah rumah kamu dan anggap lah kami berdua ni seperti orang tuamu " Ucap Datin Seraa dengan sopan santun. Datin Seraa bukan hanya cantik di paras rupa tetapi cantik juga dari segi akhlaknya, tu yang buat Dato Aedam tertarik hati. Dia juga tidak selalu menunjuk kekayaan yang dia ada pada orang ramai. Dia selalu juga membuat kerja amal bila ada masa lapang.

Aishah Hani membuat muka yang agak tidak percaya dengan apa yang diungkap oleh Datin Seraa sebentar tadi. " Ye, Hani boleh panggil kami berdua Mama Papa? " Tanya Dato Aedam untuk ingin kepastian dari Aishah Hani. Aishah Hani hanya tersenyum dan mengeyakan saja. Memang benda itu yang dia nak selama ni, jadi anak orang kaya. Sekarang, impian dia sudah tercapai.

Aishah Hani melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk itu. Dia memerhati keadaan sekeliling rumah ini. Hanya satu benda saja yang menarik perhatian matanya. Satu bingkai foto , gambar ahli keluarga yang lengkap. Ehh jap ? Sapa lelaki tu, Aishah Hani berasa keharianan. Anak diorang ke? Eh lantak pi lah, Ada aku kesah? Tapi hensem gila wehh, muka jambu macam Jin BTS cenggitu.

" Eh Hani tengok apa tu? " Tanya Datin Seraa yang sedang mendekati Aishah Hani. Aishah Hani hanya membuat isyarat mata menunjuk ke arah bingkai foto itu. " Ohh itu anak mama " Balas Datin Seraa. Aishah Hani hanya meng Ooo kan saja. " Tapi aku rasa macam pernah tengok muka dia ni. Tapi dimana yaa? " Bebel Aishah Hani dalam hatinya sambil mengingatkan semula memori yang tersimpan dalam kepalanya itu. Tapi malang sekali, dia tak dapat mengingat apa-apa mungkin disebabkan kemalangan yang baru dialaminya itu.

***********************************

[H] MENGHITUNG DOSAWhere stories live. Discover now