Prolog

78 2 0
                                    

Arisya ashara bt Razeen. Air matanya berlinang jatuh meratap pemergian ayahnya di pusara sepi keseorangan bersama tangisan yang sendu sesekali diseka. " Papa kenapa tinggalkan Cha?!papa bangun! ". Laungannya tidak mampu mengembalikan ayahnya yang sedang tenang di atas sana, Arisya menolak kasar tangan yang menghalangnya untuk mendekati pusara arwah Razeen. " Cha balik nak.. jangan macam ni sayang.. ". Pujuk makcik Masiah kawan karib kepada ayahnya. " Makcik! papa kenapa dengan papa Cha!! papa bangun! Cha dapat keputusan cemerlang! bangunlah pa! Cha dapat straight A! ". Badan kecil itu terus meronta minta dilepaskan, lantas makcik Masiah mendakap erat gadis berumur 18 tahun itu ke pelukkannya. " Makcik.. papa sihat sebelum Cha pergi sekolah tadi kenapa papa tinggalkan Cha?! Cha tak nak hidup seorang! papa bangun! ". Air mata milik gadis kecil molek itu terus mengalir, sendunya mendayukan hati, makcik Masiah turut mengalirkan air mata seraya menenangkan gadis itu. " Takdir Allah tiada siapa jangka, ikhlaskan kepermegian papa kamu supaya dia terus tenang di atas sana ". Nasihat makcik Masiah agar dapat melegakan jiwa remaja gadis itu. " Macam mana Cha nak ikhlaskan kalau Cha seorang di dunia ni, kenapa papa tak ajak Cha?! ". Makcik Masiah hanya diam mendengar bait kata anak jirannya itu agar keperitan dialami bisa membuat Arisya lega. Makcik Masiah meleraikan pelukan dengan lembut, dilap sisa air mata Arisya penuh kasih sayang lalu dilemparkan senyuman semanis mungkin untuk meredakan hati kecil itu. " Jom kita balik, Arisya tak makan lagi daripada tadi nanti badan lemah, baju sekolah pun tidak tukar lagi ". Ajak orang tua itu dengan nada yang lembut, Arisya menolak dengan senyuman. " Cha ingat nak balik rumah dulu, mak cik balik lah dulu. Jangan risau Cha dah okay ". Yakinnya dengan senyuman dibuat-buat demi menutup kegusaran hati tua itu, mahu tidak mahu makcik Masiah meninggalkan gadis itu sendirian setelah dipaksa oleh Arisya. Arisya mengusap nama yang terpahat di batu nisan itu, air matanya laju mengalir. " Papa.. Cha janji dengan papa, Cha tak akan sia-siakan kepercayaan papa, Cha akan banggakan papa dengan kejayaan Cha suatu hari nanti, insyaAllah papa doakan Cha ".Ucapnya dalam sendu seraya mencium batu nisan ayahnya. Arisya bangun untuk beredar, jiwanya penat, kakinya lemah, air matanya kering, bahunya kini berat menanggung beban hidup di dunia fana ini sendirian. Ibu? sudah mati baginya namun kewujudan masih ada lagi di muka bumi ini. Segulung kertas yang biasa akan menjadi segulung kejayaan. Itu tekadnya!.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now