Bab 2

56 1 0
                                    

Pn. Masiah mengetuk pintu anaknya yang sedari tidak turun untuk sarapan sejak kejadian tempoh hari. Pintu diketuk berkali-kali namun masih tiada sahutan dari dalam tiba-tiba Arisya memulas tombol pintu keluar dengan mengenakan pakaian gaunnya yang agak singkat. Pn. Masiah menarik nafas tanda lega puterinya dalam keadaan yang baik. Belum sempat pn. Masiah bertanya, Arisya pantas memberitahu. " Cha pergi kerja dulu, tak ada mood nak makan dekat rumah. Tak payah tunggu ".Beritahunya dengan nada suara yang tegas seraya mencapai kot doktornya di dalam almari. Pn. Masiah menarik lembut tangan Arisya, dia faham akan kemarahan gadis itu, sikap Arisya yang tampak manja namun bila singa menyinga sukar baginya untuk memujuk gadis yang satu itu. " Ibu nak cakap pasal perkahwinan? lupakan sebab Cha takkan ikut rancangan yang kolot macam ni. Please beritahu majikan ibu ". Tegasnya lantang lalu melepaskan pegangan ibunya. " Arisya dengar cakap ibu.. ". Panggil Pn. Masiah dengan nada lembut berharap dapat menyejukkan hati gadis itu. Langkah Arisya terhenti jarang sekali ibunya memanggil penuh selalunya nama timangan. Arisya berpaling memandang ke arah ibunya yang amat dicintai, jiwanya keras untuk bersetuju rancangan seperti itu baginya jodoh bukan untuk dirancang sesama manusia biarlah lahir daripada sanubari yang ikhlas. " Ibu cuma mahu sebelum ibu menutupkan mata ada seseorang yang mendampingi anak ibu ". Ujar Pn. Masiah dengan nada yang sedikit sebak. Arisya tetap Arisya alasan seperti seakan lapuk baginya. " Cha tak nak hidup dengan lelaki yang Cha tak cinta langsung, so bu please jangan paksa Cha dengan ayat ibu macam tu keputusan Cha tetap sama ". Selepas berkata demikian Arisya meninggalkan Pn. Masiah di dalam biliknya. Tidak terniat hati kecilnya untuk melawan dan menderhaka, tetapi sebagai anak dia juga berhak mempunyai pilihan dan cita rasa yang sendiri terhadap lelaki. Air mata pn. Masiah, dia terduduk di atas katil. Aku cuma tidak mahu anakku keseorangan suatu hari nanti.

Usai memeriksa pesakit, Arisya kembali ke bilik pejabatnya, dia amat kepenatan kerana terpaksa mengambil alih tugas Fyra yang MC pada hari ini. Jam gucci di tangan dikerling sudah menginjak pukul 10.34 malam. Entah kenapa nalurinya tidak sedap sejak pagi tadi, dadanya terasa sesak, telefon dicapai. Aik nombor siapa yang missed call berpuluh kali ni dengan pantas Arisya mendail nombor tersebut mungkin ada hal yang penting. Panggilan dijawab. " Ini aunty Alziah, Risya datang hospital sekarang nak.. ada hal penting. Aunty send alamat sekarang ". Beritahu Pn Alziah suara yang agak serak. Arisya gusar, hatinya tidak tenteram dia terus bergegas keluar daripada hospital meninggalkan mejanya yang penuh berselerak dengan tugasan. Kereta dipecut laju, yang di dalam fikiran hanya ibunya meski pun dia tahu bahaya memandu dengan laju pada waktu malam namun dia masih tidak peduli. 15 minit Arisya tiba di hospital, langkahnya dipercepat tiba di tingkat atas, kelihatan Pn. Alziah dan suaminya serta bersama anak lelakinya itu sedang duduk di luar bilik mayat. Wajah sugul Pn. Alziah membuatkan lagi Arisya tertanya-tanya. Pn. Alziah menghampiri gadis kecil itu lalu dipeluk dalam dakapannya. " Aunty kenapa ni? ada apa-apa ke yang terjadi? ". Tanya Arisya penuh kehairanan. Pn. Alziah tidak berhenti mengalirkan air matanya, Arasy menghampiri ibunya lalu diusap mesra bahu wanita tua itu. " Aunty beritahu Cha, kenapa ni? ". Tanya Arisya penuh lembut seraya melonggarkan pelukan namun gundah dihati hanya tuhan yang tahu apabila ibunya tidak kelihatan. Melihat isterinya tidak mampu berkata apa-apa, Tan sri Khalid berganjak sedikit yang dari tadi hanya duduk bersandar di kerusi menunggu. " Ibu Risya meninggal dunia pada petang tadi ". Beritahu Tan sri Khalid dengan lemah tidak mahu berselindung apabila melihat gadis itu penuh tanda tanya riak wajahnya. Arisya terpana seketika, air mata automatik mengalir, jiwanya terasa senak. Arisya dengan pantas melangkah mahu merempuh bilik mayat langkah dihalang oleh lelaki badan tegap itu. " Kau gila ke apa nak masuk ke dalam ni?! ". Marah Arasy sedikit meninggi suara, Pn. Sri Alziah hanya terduduk lemah di kerusi tidak ada kudrat mahu menghalang tindakan gadis itu sungguh dia berasa amat kehilangan sementara Tan sri Khalid menenangkan isterinya. Arisya dengan pantas menolak tangan sasa itu. " Kau tepi lah! selagi aku tak nampak depan mata aku, aku tak percaya tu ibu aku dah meninggal! ". Tegas Arisya dalam titisan air matanya yang berguguran. Arasy mencengkam kasar kedua bahu gadis itu, ditatap penuh sayu air mata yang menitis penuh dengan duka itu. Jiwa lelakinya tersentuh. " Hormat mayat yang ada di dalam bilik ni juga, kita balik dulu doktor beritahu esok kita boleh tuntut sekali kau pun boleh tatap untuk kali terakhir. But now please be rational ". Beritahu Arasy dengan lembut agar dapat menenangkan jiwa kacau gadis yang berpakaian seksi di hadapannya. Mencabar keimanan betul!. Arasy disuruh untuk menghantar gadis itu pulang ke rumah, tidak sanggup Pn. Alziah melihat anak majikannya seperti itu kelihatan hilang arah. Sementara di dalam kereta Arisya duduk di sebelah pemandu, Arasy seakan terhibur melihat safety yang disediakan oleh Arisya di dalam kereta gadis itu, bawah tempat duduk ada kayu besbol, spray lada dengan siren polis. Arasy terhibur dalam diam. Dilihat gadis sebelahnya hanya memandang ke luar tingkap. " You okay tak ni? ".Tanya Arasy sesekali mengerling kearah Arisya yang sedang berpeluk tubuh. " Okay ". Jawab Arisya dengan suara mendatar lalu mengambil selendang yang sentiasa didalam laci untuk menutupi kakinya yang terdedah, tidak selesa baginya berdua dengan lelaki itu. Zaman sekarang jawab okay sebenarnya tak okay, jujur lagi senang. Arasy malas mahu mengambil tahu lagi, dibiarkan sahaja gadis itu melayan sedihnya. " Tunjuk area rumah dekat mana? ". Tanya Arasy apabila mereka mahu memasuki simpang rumah gadis itu. " Tak nak balik rumah dulu ". Ujar Arisya nadanya yang sudah serak, jam sudah menginjak pukul 11.15 malam dibiarkan saja. Arasy pelik. " Dah tu? nak pergi mana lagi? rumah kau sikit lagi nak sampai ". Kata Arasy sedikit geram melihat kerenah Arisya. " Ye, masuk simpang kiri ". Beritahu Arisya mengalah, Arasy tersenyum dalam diam, stereng kereta dibelok menuju ke simpang rumah gadis itu. Akhirnya mereka sampai, Arasy hanya memarkir kereta gadis itu di luar rumahnya sementara menunggu pemandu peribadinya menjemput, Arisya masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil air bunga tin yang masih ada banyak baki di dalam peti ais lalu disuakan kepada Arasy yang sedang berdiri bersandar menunggu di keretanya di luar pagar rumahnya. " Terima kasih ". Ucap Arisya sebagai tanda kerana menghantarnya pulang. Arasy mengangguk tanda faham. " I masuk dalam dulu, even duduk luar sini pun mata jiran yang memandang still juga mencari salah by the way thank you ". Kata Arisya dengan nada yang masih lagi lemah. " Esok jenazah datang mama kata dia datang tolong apa yang patut ". Beritahu Arasy matanya sedari tidak lepas memandang wajah gadis itu walaupun Arisya dalam keadaan yang menundukkan muka. " Thank you ". Hanya itu yang terbit di bibir nipis itu, Arisya masuk kedalam rumahnya dengan air mata yang jatuh berguguran tidak tahu berapa banyak air mata dia akan gugur mulai saat ini. Ya dia keseorangan tanpa gurauan dari ibunya, tanpa belaian dan tanpa nasihat seorang ibu angkat yang biasa namun di jiwanya bagaikan ibu kandung yang sudah mendidik dan membesarkan dia. Nasibnya akan berulang seperti dahulu.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now