Setelah menemani Fyra menjamu selera di seafood tomyam yang terletak tidak jauh dari hospital tempat mereka bekerja. Arisya penat seharian, dia meminta izin untuk pulang. " Eh chop kata nak belanja ni apasal tinggalkan aku dengan tak berbayar lagi? ". Ujar Fyra tidak segan, buat apa hendak malu sedangkan sisi baik buruk sahabat baiknya daripada zaman universiti lagi sudah diketahui. Arisya mendengus geram. " Aku nak balik dulu, penat weh ambil ni. Hati-hati bawa kereta kau tu perempuan jangan balik lewat malam ". Pesan Arisya sebelum pergi dia sempat menyisip air teh ais milik Fyra lalu memberi sejumlah wang untuk membayar makanan mereka. Sambut Fyra. " Kurang asam!maceh belanja saya ya, byebye kau pun hati-hati kebanyakkan pesakit kau addicted dekat kau, rasa lain ma.. ". Mulut Fyra dicekup oleh Arisya mujur tiada orang ramai nasib tempat yang mereka pilih agak terpencil. " Bosan aku dengar kau membebel, 9.30 malam chaw lu ". Seraya mengerling jam gucci di lengan putihnya lalu beredar meninggalkan gadis itu makan dengan penuh berselera. Arisya masuk ke dalam perut keretanya Axia yang berwarna biru gelap, langkah pertama setelah masuk ke dalam perut kereta adalah mengunci pintu kereta dan tingkap tahap keselamatannya. Keretanya meluncur keluar daripada perkarangan parking, dalam perjalanan telefon bimbitnya berlagu lalu diambil daripada kerusi pemandu sebelah. Ibu?. Pembesar suara disentuh, dia tidak mahu berbual semasa membawa kereta, baginya pembesar suara agak selamat berbanding diletakkan di telinga. " Cha dekat mana sekarang? sampai rumah dah ke? ". Tanya Pn. Masiah di hujung talian. " Belum sampai rumah, Cha otw balik sekarang ni. Kenapa bu? ". Sahut Arisya. " Boleh Cha jemput ibu dekat rumah majikan ibu?, driver majikan ibu ada hal emergency tu tak dapat hantar ". Beritahu Pn. Masiah nasib baik ada puterinya yang begitu prihatin akan dirinya. " Of course boleh, ibu send alamat Cha dalam otw sekarang ". Usai mengakhiri perbualan, Arisya membaca mesej daripada ibunya. " Anak Cik Siah jadi ambil ke? kalau tidak dapat bermalam sini dulu ". Tegur Pn. Alziah dari belakang di halaman rumah. " Eh tak apa Puan lagi pun Arisya sudah dalam perjalanan ke sini, saya dah bagi alamat kejap lagi sampai lah tu ". Beritahu Pn. Masiah tidak mahu menyusahkan majikannya itu. Pn. Alziah mengganguk faham. " Tidak sabar rasanya melihat anak cik Siah bagaimana rupa parasnya. Mesti cantik seperti cik Siah ". Gurau Pn. Alziah, Pn. Masiah hanya tersenyum mendengar pujian itu baginya kecantikkan milik puteri angkatnya itu adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. Stereng diputar menuju ke destinasi. Beberapa minit kereta Arisya berhenti di pagar rumah yang ada sekuriti persendirian itu. Mak ai siap ada sekuriti rumah, peh rumah bukan main lagi besar gedabak. Arisya keluar daripada perut kereta lalu menanyakan kepada sekuriti yang separuh tua itu, Arisya menunjukkan alamat. " Pakcik betul ke alamat ni? ". Tanya Arisya risau, jangan kata salah rumah sudah. Sekuriti itu mengamit betul-betul alamat tertera di skrin telefon gadis itu. " Aah betul ni, adik ni nak cari siapa? ". Tanyanya lagi. Arisya menarik nafas lega. " Saya anak kepada Pn. Masiah datang untuk menjemput ibu saya pulang. Ibu saya ada dekat dalam ke? ". Soalannya tidak berjawab apabila seorang lelaki tua menegur pakcik itu tadi. Mungkin majikan dari gaya nampak ada gaya. " Kamu cari siapa? ". Tanya Tansri Khalid, Pn. Masiah muncul di muka pintu pagar yang masih berkunci lagi. " Mat buka pagar itu anak saya ". Beritahu Pn.Masiah. Arisya melemparkan senyuman kepada majikan ibunya. " Tan sri, puan ini anak saya, Arisya Ashara ". Arisya melemparkan senyuman lalu menyalam tangan tua milik Pn. Sri Alziah, Pn. Alziah tersenyum manis. " Takkan nak borak dekat sini, meh lah masuk dalam dulu ". Pelawa Pn. Alziah, " Mari masuk jangan malu-malu ". Ajak Tansri Khalid, nampak garang tapi not bad. " Puan, Tansri kami tidak lama ". Beritahu Pn. Masiah keberatan. " Eh tak boleh begitu mari masuk, saya nak pergi siapkan air dulu, abang jemput mereka masuk ".Tansri Khalid menggeleng kepala berkali kali melihat keperibadian isterinya yang terlalu peramah. " Mari masuk nak, merajuk makcik kamu nanti ".Guraunya. Mahu tidak mahu Arisya dan ibunya masuk ke dalam rumah indah itu lalu melabuhkan punggung di sofa empuk yang di ruang tamu. Arisya tidak selesa, pakaian yang agak tidak begitu sopan, gaun yang sampai paras lutut sahaja. Dia mengeluarkan kot doktor yang berwarna putih miliknya untuk menutupi bahagian kaki yang terlalu terdedah. Pn. Alziah tidak lari matanya memandang sepasang gadis yang memiliki wajah persis pan Asia namun tetap ada muka melayunya, senang hatinya melihat Arisya yang begitu menjaga pandangan orang lain. Tansri Khalid mempelawa tetamunya minum. " Arisya kerja dekat mana? ". Tanya Pn. Alziah lembut, Arisya meletakkan gelas dengan cermat di atas meja. " Saya kerja biasa saja puan ". Jawab Arisya merendah diri. Pn. Alziah senyum. " Tu baju tu kot doktor, bukan kerja biasa tu menyelamatkan nyawa orang ". Ramah Pn. Alziah senyuman tidak lekang dibibirnya. " Arisya ambil bahagian apa? ". Tanya Tandri Khalid pula. " Psikologi kognotif pakcik, itu pun terlalu banyak cabaran dihadapi setiap hari, kadang jenuh juga ragam manusia ". Beritahu Arisya yang sudah mula selesa dengan keramahan suami isteri itu. " Untung cik Siah dapat anak yang berjaya seperti Arisya yang sudah cukup lengkap pakejnya ". Puji Pn. Alziah melambung. " Puan apa kurangnya, ramai anak berjaya pula tu ". Sampuk Pn. Masiah. " Haih kamu ni Siah kita puji dia puji balik, bukan mahu beritahu saya ada anak dara secantik ini boleh nanti kita berbesan ". Arisya terbatuk kecil mendengar kata Pn. Alziah. Arisya dan Pn. Masiah meminta diri untuk pulang, lega hatinya ibunya mempunyai majikan sebaik mereka. Arisya dan ibunya hilang dari pandangan setelah kereta mula bergerak menuju pulang. " Abang.. she is very beautiful full of pakej. What you think? ". Tanya isterinya seraya berjalan beriringan memeluk lengan suaminya. Tan sri Khalid berfikir sejenak. " Not bad ". Komen Tansri Khalid bersahaja membuatkan isterinya merajuk. " Atleast bagi lah komen panjang lebar, bukan singkat tu untuk anak bujang kita juga ". Tansri Khalid menggeleng kepala. " Tidak habis lagi pasal tu, jangan pandai-pandai ".
Nada suara suaminya seperti marah lalu mendahului langkah isterinya, Pn. Alziah diam. Aku cuma nak yang terbaik untuk anak aku, aku tidak pandang harta dan rupa yang aku mahu menantu yang boleh membimbing anak ku suatu hari nanti ke jalan jannah.