Di taman mini hospital, Arisya membeli aiskrim untuk Asyraf, Asyraf gembira dan teruja!. Mereka berdua duduk di pondok. Tiba-tiba seorang pesakit lelaki menghampiri Arisya. " Awak saya sayang awak tau. Awak nak cincin tak? ". Tanya pesakit itu yang separuh normal. Arisya tergelak macam-macam ragam. Asyraf menolak kuat bahu lelaki itu membuatkan lelaki itu jatuh ke tanah. " Doktor Arisya aku punya! ". Amaran Asyraf, nafasnya turun naik menahan amarah. Arisya terkejut melihat sebilah pisau kecil dikeluarkan oleh lelaki itu, dalam pergelutan yang berlaku antara dua pesakitnya, Arisya menjerit meminta pertolongan apabila Asyraf mula bertindak agresif dalam pergelutan yang berlaku demi menyelamatkan Asyraf lelaki itu tertikam perut milik Arisya. Arisya menahan sakit, darah merah yang mengalir keluar membuat Asyraf risau dengan pantas Asyraf menumbuk muka pesakit itu, lelaki itu menyeringai kesakitan lalu beredar daripada situ, Asyraf mendapatkan Arisya yang sudah terbaring di atas tanah. " Asyraf panggil doktor cepat, kita dah tak tahan ". Suruh Arisya dalam keadaan yang menahan sakit. Asyraf pantas berlari mendapatkan doktor yang sedang bertugas.
Di pejabat panggilan telefon daripada Arisya mematikan penerangan Arasy yang sedang bermesyuarat. Telefon dijawab. " Ini suami Pn. Arisya ke? ". Tanya pemanggil dalam talian. " Ye saya, ada apa ya? ". Tanya Arasy namun di dalam hatinya sudah mula risau. " Begini Pn. Arisya sekarang sedang menerima rawatan di hospital, kecederaan yang.. ". Tidak sempat pemanggil menghabiskan ayat Arasy laju sahaja memotong. " Hospital mana? baik saya akan terus ke sana ". Arasy menamatkan perbualan lalu meminta maaf atas kerana mesyuarat yang tergendala. Langkah dipercepat, dia amat risau akan keadaan gadis itu walaupun tiada mendapat tempat hatinya atas tanggungjawab sebagai seorang suami dia harus berlaku seperti itu. " Ewah suami Pn. Arisya ni, belum habis cakap sudah tutup. Haiyoo ". Rungut penjaga kaunter disitu. Beberapa minit kemudian, Arasy tiba dengan kelam kabut, dia menanyakan ruang bilik yang menempatkan Arisya berada setelah diberitahu Arasy segera mendapatkan isterinya. Pintu bilik dibuka perlahan, lega hatinya melihat gadis yang berada di hadapannya itu. Dia menghampiri Arisya yang sedang lena tidur, diperhatikan setiap inci raut gadis itu, tidak tahu kenapa debar rasanya menatap gadis secantik ini yang tiada cacat celanya. Aip Arasy. Segera diusir perasaan yang begitu tiada yang boleh menggantikan kekasihnya. Arasy keluar daripada bilik lalu menanyakan keadaan Arisya yang sebenar. " Sebenarnya Pn. Arisya cuba menyelamatkan salah seorang pesakitnya yang hampir ditikam oleh pesakit lain yang pemikirannya tidak normal seperti kita, tambahan pesakit yang di bawah tanggungjawab Pn. Arisya seorang yang agresif, dia menyukai Pn. Arisya oleh atas sebab itu pesakit berkenaan cemburu apabila pesakit yang kurang waras mengatakan sayang kepada Pn. Arisya kerana itu demi menyelamatkan pesakit yang agresif tadi Pn. Arisya mengorbankan dirinya begitulah ceritanya ". Terang doktor Talib, Arasy mengangguk tanda faham. " Keadaan isteri saya sekarang macam mana? ". Tanya Arasy prihatin. Doktor Talib tersenyum melihat sifat suami yang begitu ambil berat akan isterinya. " She is okay cuma tadi terdapat luka yang dalam yang hampir terkena usus, but I'm glad ia tidak mengena ". Beritahu doktor Talib. " Untung encik Arasy mempunyai isteri seperti Pn. Arisya hampir semua pesakit di hospital ini sembuh kerana atas kesungguhan beliau malah menjadi rebutan antara pesakit lelaki yang di sini. I hope you're not jealous ". Seloroh lelaki yang separuh tua itu diiringi ketawa kecil. " Of course not doc. Btw thank you ". Ucap Arasy sambil berjabat tangan dengan doktor itu. Arasy masuk semula ke ruangan bilik Arisya. Dilihat gadis itu sudah bangun. " Arasy jom balik rumah, tolong mintakan supaya aku discharge ". Pinta Arisya, Arisya yang mulanya berdegil namun melihat kesungguhan gadis itu yang tidak suka terlantar di atas katil hospital membuatkan dia kalah.
Di dalam bilik rumah Arisya sedaya upaya mahu membuka singlet putihnya, dilakukan dengan penuh berhati-hati agar tidak terkena luka tikaman tiba-tiba Arasy yang sudah lama memerhatikan gadis itu cuba untuk membuka singletnya. " Eee kenapa masuk tak ketuk pintu dulu! ". Marah Arisya tangannya cepat mencapai bantal untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah kerana memakai singlet berwarna putih. Arasy cuba menguatkan imannya melihat tubuh gadis itu yang putih bersih. Arasy merampas bantal yang dalam pelukkan Arisya. Arisya berang dalam masa yang sama dia gugup, tangannya sejuk. Arasy melucutkan tali singlet itu dahulu ke bahu, Arisya yang bagaikan mahu pengsan menahan nafas. Lemas aku macam ni. " Ei taknak taknak aku boleh buat sendiri ". Kata Arisya tidak tahan dengan situasi seperti itu. Arasy menjeling tajam mendengar tolakkan pertolongan ikhlas darinya. Bukan mahu mengambil kesempatan Arasy terpaksa memegang sedikit perut isterinya itu menutup balutan agar tidak terkena kasar dengan tangannya. Muka Arisya merah menahan malu apabila yang tinggal hanya baju dalam. ' Kuatkan lah iman aku '. Bisik Arasy dalam hati, Arasy berlagak tenang dalam hatinya serta fikiran nafsu sudah mulai menguasai cepat-cepat Arisya menutup bahagian tubuhnya yang sudah terdedah dengan selimut. " Suka kau eh bab-bab buka baju kau dulu gaun pengantin sekarang singlet seterusnya apa? seluar dalam? tayang kaki, ketiak, pakai seksi tak malu pula tunjuk dekat luar sana ". Kata Arasy yang sebenarnya mengusik dia suka melihat pipi merah menahan malu. " Ya dahlah diam terima kasih ". Arisya geram mendengar kata-kata itu. " Simpan untuk suami gedik nak showoff dekat luar sana. Tak malu ke? ". Tambah Arasy lagi sebelum keluar daripada bilik Arisya. " Keluar cepat please ". Balas Arisya, dia malu sebenarnya kenapa Arasy bersikap biasa saja walaupun sudah rutin Arasy tidak memakai baju di rumah. Kenapa dia yang malu?!.