Percutian yang amat bermakna baginya namun jiwa kosong masih belum terisi lagi ketiadaan keluarga disisi membuatkan Arisya kurang gembira. Melihat gelak ketawa ahli keluarga sebelah Arasy dan gurauan antara sesama adik beradik membuatkan naluri dahaganya mendambakan kasih sayang seorang daripada keluarga yang sebenar. Makanan yang dihidangkan begitu lazat namun selera sudah tawar apabila dia tersedar bahawa semua itu hanyalah lakonan semata-mata antara dia dengan Arasy. " Jauh kakak termenung, tambah lah makanan lagi banyak ni kak, kasi perut tu buncit sikit ". Seloroh Ayliyana sengaja mengusik agar kakak iparnya tidak berasa malu sambil mengangkat udang besar lalu diletakkan ke pinggan Arisya. " Jangan risau akak akan habiskan semua sisa makanan yang tinggal ". Balas Arisya dengan tawanya. Ya!. Saja nak bagi orang makan dulu tak habis nanti, tong makanan ada banyak lagi belum terisi hehehe. Arasy sekadar pemerhati melihat keakraban Arisya dengan ahli keluarganya di dasar hati yang teramat ikhlas sungguh dia senang melihat perilaku isterinya itu yang jenis peramah orangnya.
" Kamu berdua belum merancang lagi ke nak pergi ke mana? papa dengan mama teringin nak rasa ada cucu meriahkan rumah kita ". Ucap Tan sri Khalid dengan tenang lalu mengelap mulutnya dengan tisu. Arisya tetap Arisya!. " Ala papa tak payah pergi honeymoon pun tetap juga ada baby, sama je bergantung dekat Arasy yang belum kuat lagi biasalah pa masih lemah lagi ". Seloroh Arisya ketawanya meletus ini kali pertama dia mengenakan lelaki itu, orang yang disitu turut terhibur seakan mengerti maksudnya selorohnya yang berunsur gatal. Arasy menjeling tajam hangat di muka yang merah menahan malu. " Kakak kuat lah ni? ". Sampuk Ayliana yang turut masuk air. " Of course lah kuat! cenggini haa! ". Kata Arisya seraya menunjukkan buah lengan menandakan kuat. Pn. Alziah menggeleng kepala terhibur dengan keletah menantunya itu. " Kamu ni Risya tengok tu Arasy sudah merah muka ". Kata Pn. Alziah yang masih lagi sisa ketawa. " Nakal ya menantu papa ni ". Usik Tan sri Khalid sambil tersenyum gembira hanya si terencat itu sahaja yang diam terpaku. Huh dengan awek bukan main lagi melayan gedik ular betina!. Arisya yang berasa menyampah!.
Di dalam kamar hotel Arasy yang sedang menonton televisyen atas katil, fokusnya terganggu apabila melihat Arisya yang sedang jenuh menatap laptop miliknya yang duduk bersimpuh atas sofa, sekali sekala mendail nombor telefon kelihatan sibuk. " Kau buat apa tu? ". Tanya Arasy dengan nada yang baik kali ini sambil menjeling kearah Arisya. Arisya menjawab ringkas. " Ada kerja sikit ". Jawab Arisya. Telefon Arisya yang berlagu apabila gadis itu mengangkat panggilan tersebut membuatkan Arasy lagi tertanya. Arasy mencuri dengar perbualan Arisya yang sedang berada di beranda hotel bilik mereka. " Busy sangat ke? larut malam pun uruskan hal kerja lagi? ". Tanya Arasy selamba setelah panggilan ditamatkan. Arisya berpaling ingin membaringkan tubuhnya di atas katil. " Ye hal penting dah shh diam ". Ujarnya dengan cepat agar Arasy tidak lagi memanjangkan bebelannya. " Lain kali jangan campur aduk urusan kerja dengan privasi ". Tegas Arasy tidak suka melihat Arisya yang sibuk kerana tiada masa untuk melayan kerenahnya yang sengaja mencari gaduh. " Shh diam nenek aku nak tidur ". Kata Arisya selamba langsung terus memejamkan mata malas mahu berlawan mulut dengan si terencat, peduli apa aku. " Tunggu kau! nak tahu aku kuat ke tak kan?! ". Kata Arasy sekadar mengusik, senyuman jahat menghiasi raut wajah yang kacak itu. Arisya pantas melarikan diri turun daripada katil. " Kau jangan macam-macam aku tendang kau nanti tak jadi apa pun kau nanti! ". Amaran Arisya sambil menutup dadanya dengan selimut. Rambut Arisya yang serabai membuatkan Arasy geli hati tersenyum. Comel!. " Kau tak tahu kan aku kuat ke tak, meh lah jom malam ni siapa yang menang? ". Cabar Arasy senyuman nakal masih lagi terukir. Adu gugur jantung iman aku macam ni. " Leklu nak cepat-cepat pergi mana? shh diam kita kan penat so marilah kita tidur ya shh diam jangan banyak bunyi ". Kelentong Arisya, tawa Arasy menghiasi kamar beradu mereka, wajah ketakutan itu membuatkan hati Arasy terusik malahan gaya percakapan gadis kecil ini seolah olah budak-budak. " Kau tak tahu kuat aku macam mana, tak jadi apa kau nanti ". Sambung Arasy sambil menggeleng kepala diiringi senyuman lalu baring di atas katil. " Jomlah tidur, takut tidur atas katil pandai-pandai kau lah tidur bawah ". Kata Arasy tidak berdolak dalih, Arisya pantas membaringkan badannya bersama Arasy di atas katil, bantal peluk menjadi perantaraan. " Jangan macam-macam! ". Amaran Arisya sekali lagi. Arasy malas mahu melayan. " Diamlah tidur ". Kata Arasy suaranya sudah tenggelam kerana mengantuk, lampu tidur ditutup. Semoga mahligai yang dibina dapat dipertahankan dan dipupuk dengan penuh rasa cinta bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.. mudahan.