-Muka surat 4-

55 1 0
                                    

Usai menunaikan solat subuh, Arisya turun ke ruang tamu, rambutnya yang ikal mayang kerinting besar dihujung dibiarkan lepas begitu sahaja dengan pakaian tidur yang masih melekat di baju. Menarik dan ringkas ditambah pula dengan wajahnya yang pan Asian cukup mempesonakan pandangan lelaki. Arisya remote untuk menonton rancangan kegemarannya tidak lain tidak bukan iaitu Korean drama yang sudah menjadi minatnya sejak bangku sekolah lagi. Panggilan daripada Fyra mengejutkannya. " Betina ni tak habis-habis merimaskan ". Rungutnya dalam nada geram, yelah masakan hari cutinya dia diganggu. Sungguh dia tidak suka!. Arisya menjawab panggilanya sahabatnya yang bertuah itu, mungkin ada hal yang mustahak. " Weh kau cuti kan?! ". Tanya Fyra dengan nada yang mengejutkan. " Ya, kau nak apa ni? ". Tanya Arisya dengan malas, setakat mahu berbual baik lupakan dia cukup pantang waktu privasinya diganggu tanpa hal yang penting. " Oh.. apa-apa aku roger kau malam ni! ". Akhiri Fyra dengan tergesa-gesa. Arisya mendongkol geram. Setakat hendak menelefon semata-mata beritahu hal yang biasa didengarnya baik tak payah, mesej ajelah terus. Haih. Galeri telefon miliknya dibelek melihat satu persatu gambar yang diambil oleh ayahnya di foto lama dahulu sewaktu mereka bersama lalu ditangkap menggunakan kamera telefonnya agar agar dia tidak melupakan insan yang bernama orang tua. ' Pa..Cha rindukan ibu, sampai sekarang tiada khabar berita daripada ibu, puas Cha mencari maklumat, Cha rindu belaian ibu '. Rintih hati kecilnya yang mendahagakan belaian dan kasih sayang seorang ahli keluarga yang sudah lama meninggalkannya apatah lagi ibu kandungnya sendiri yang bernama Rahisza meninggalkan dia pada usia yang amat mentah dikala baru mempelajari berjalan di usia kecil, bertahun lamanya. Arisya menutup televisyen, air matanya gugur membasahi pipi lalu dia berniat untuk menyambung tidur semula di sofa ruang tamu, air mata yang mengalirkan dibiarkan sahaja bersama lenanya ketika ini dan perasaan yang sayu.

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, Pn. Masiah mengejutkan puteri kesayangannya itu yang lagi sedang nyenyak tidur. Pn. Masiah menggelengkan kepala melihat postur badan anak daranya itu tidur dengan keadaan yang agak ganas dan menyakitkan sendi-sendi tulang. " Cha bangun nak.. 9.30 lebih sekarang, kenapa tidur dekat sofa ni? ". Tanya Pn. Masiah lembut seraya menepuk kaki Arisya untuk membangunkan puterinya satu itu. Arisya bergerak sedikit. " Ibu..biarkan Cha tidur sampai petang, ibu pun rehat, malam nanti kita dating ". Katanya dalam keadaan mamai suara yang serak basah seraya memeluk erat bantal mini sofa. Eh budak ni. " Ibu siram dengan air kalau tidak bangun sekarang ". Ugut Pn. Masiah yang sedang berdiri dihadapan anaknya itu dengan pakaian seperti mahu keluar. Arisya pantas bangun mendengar ugutan daripada ibunya. " Bagus anak ibu, Cha siap-siap awal kita pergi rumah Pn. Alziah sekarang ". Beritahu Pn. Masiah dengan nada yang ceria. Arisya berpaling 360 darjah memandang ibunya. " Tak nak lah Cha, lagi pun nak buat apa pergi sana, ibu cutikan duduk rumah diam-diam. Tak nak tak nak ". Beritahu Arisya seperti budak-budak. Pn. Masiah menepuk bahu Arisya telatah gadis itu amat comel di mata siapa-siapa yang amat rapat dengannya. " Ada hal penting, anak tan sri yang bongsu baru balik daripada Maldives semalam, pn. sri jemput kita datang ke rumah lagi pun ibu lama tidak berjumpa dengan Arasy ". Beritahu Pn. Masiah penuh rasa teruja. Arisya sekadar selamba, kenal pun tidak masakan dia mahu teruja seperti ibunya juga. " Ibu kenal dia, ibu ajelah yang pergi ". Jawab Arisya bersahaja yang memang terkenal dengan sifat seperti itu. Pn. Masiah terus memaksa sehinggakan Arisya mengalah, Arisya menaiki tangga dengan kaki yang sengaja dihentak kuat menunjukkan tanda prostes. " Lain lah kalau kenal, boleh mengorat, ini kenal pun tidak, aku yang jadi cekodok dekat situ ". Bebelnya sendiri, pn. Masiah tersenyum, macam ragam anak angkatnya yang itu. " Pakai pakaian yang sopan ". Laung Pn. Masiah kecil awal jikalau tidak tidak sampai paras lutut pakaian yang dipakai Arisya, silap hari bulan dikategori bukan menantu pilihan maklum lah zaman sekarang judge book by a cover.

Arisya dan ibunya bersiap untuk pergi, Arisya mengenakan pakaian seluar jeans yang berwarna putih suci dipadankan dengan baju yang sederhana panjang lengan menutup sebahagian lengannya, rambut dibiarkan lepas begitu sahaja, amat menarik. " Haih entah apa yang penting sangat sampai ajak Cha ". Getusnya semasa dalam perjalan sementara matanya fokus kepada pemanduan, Pn. Masiah membetulkan sedikit tudung yang labuh menutupi paras dada, sungguh sopan. " Penting ke tak penting ke tidak salah kalau kita mengeratkan lagi ukhuwah antara sesama manusia ". Nasihat Pn. Masiah mengenakan puterinya agar berhenti membebel. " Mula dah ". Jawab Arisya sepatah tiada modal untuk melawan nasihat ibunya baginya ada benar juga. Pn. Masiah menepuk peha Arisya dengan kuat. " Ibuuuu! sakit lah, suka sangat pukul Cha dekat peha ". Arisya menjeling tajam seraya menggosok perlahan pehanya, Pn. Masiah ketawa kecil sungguh seperti budak-budak walaupun usia sudah mencecah 26 tahun.

Mereka berdua disambut oleh Tan sri Khalid dan Pn. Sri Alziah di muka pintu, keterujaan terpancar di wajah ibunya dan majikan ibunya. Arisya mengukir senyuman yang manis dan ikhlas. Hati Pn. Alziah berasa tenang melihat senyuman itu, jelas terserlah lesung pipit di belah pipi gadis itu. Pn. Masiah mengambil tempat di sebelah Arisya sofa ruang tamu sebesar yang tidak dapat dijangkakan. " Mana Arasy? ". Tanya Pn. Masiah berasa teruja menunggu kedatangan anak bongsu daripada tiga adik beradik. " Biasalah anak bujang, baru siap-siap kejap lagi turun lah tu ". Beritahu Pn. Alziah. " Jemput minum dulu Cik Siah, Arisya minum dulu makan puding dengan kek yang makcik buat sendiri ". Pelawa Tan sri Khalid, Arisya tidak malu untuk mengambil dengan perutnya yang sedang berlagu tidak dapat dia mengawal diri. Pn. Alziah tertawa kecil melihat gadis itu mengambil puding dengan kuantiti yang banyak. " Arisya makan banyak tau, tak apa kalau habis lagi sayang tak kalau tidak habis. Macam mana sedap tak? ". Tanya Pn. Alziah penasaran apabila Arisya kerap mengambil puding susu. Arisya mengganguk sambil membuat isyarat bagus. Pn. Masiah menepuk lembut peha Arisya agar mengawal perangainya. " Sedap makcik, tak sia-sia makcik suruh saya habiskan ". Ujarnya dengan senyuman menutup malu. Tan sri Khalid dan isterinya ketawa kecil melihat kerenah gadis dihadapn mereka. Arasy Ammarish menuruni anak tangga dengan pakaian yang agak ringkas, berseluar jean pendek merah menampakkan kakinya yang panjang dan ada bulu-bulu serta baju t-shirt berwarna kelabu. Eee. Muka Arisya tiba-tiba blusher menaik menjadi merah jambu. So hot!. Arasy tersenyum kepada Pn. Masiah lalu menyalam tangan tua itu. " Cik Siah apa khabar? sihat tak? ingat tak ni siapa? ". Tanya Arasy ramah, Arisya jadi patung sementara di situ. " Baik sihat, mestilah cik Siah ingat, besar hensem dia sekarang ya, tinggi setanding mat saleh sekarang ". Seloroh Pn. Masiah. Arisya sekadar melemparkan senyuman, Arasy membalas ikhlas. Malu saya dia begitu handsome di mata saya hoho. " Mari kita makan, sejuk kang lauk tak sedap ". Ajak Pn. Alziah, Arasy melabuhkan punggung disebelah Arisya. Sepanjang bersarapan hanya Arisya yang berdiam seribu bahasa tidak mahu menyampuk dengan suasana yang meriah itu. Tan sri Khalid berhenti menyuap, perutnya sudah kenyang, sesekali Arasy mengerling ke arah Arisya yang sedari malu mahu mengambil lauk dibiarkan sahaja mungkin Arisya lebih malu jika dia mengambil lauk untuk gadis kecil molek disisinya itu. " Papa, mama dengan cik Siah sudah berbincang untuk menyatukan kamu berdua, maksud papa perkahwinan ". Beritahu Tan sri Khalid dengan reaksi yang tenang. Arisya terkejut dalam masa yang sama terasa sakit hati berbincang tanpa pengetahuannya. " Arasy ikut aje, memang dari kecil sampai besar ikut telunjuk mama dengan papa . Pandai-pandai uruskan Arasy malas masuk campur ". Jawab Arasy berani lalu pergi meninggalkan makanannya. Arisya terkesima. Semudah itu? serahkan kehidupan kau bulat-bulat?. Arisya turut bangun mengikuti langkah Arasy. Pn. Masiah serta Pn. Alziah mengeluh seperti dapat mengagak pelan mereka untuk berbesan musnah. Arisya menghalang laluan Arasy ke garaj kereta. " Awak mana boleh serahkan hidup awak macam tu aje, awak ada gf so kena pertahankan gf awak bukannya setuju ".Ujar Arisya memandang tepat ke anak mata lelaki bertubuh tinggi lampai itu, Arasy dapat merasakan sinar harapan untuk dia menarik balik kata-kata tadi. " Just married and then divorce, simple as that, kau tak nak, kau fight sendiri ". Beritahu Arasy lantang, malas mahu membahaskan perkara itu, Arasy mengeluarkan kunci kereta daripada poket seluarnya. " Please jangan jadi lelaki yang bodoh! ". Suara lantang itu mematikan langkah Arasy. " Thanks for remind me ". Jawab Arasy dengan tenang namun didalam hatinya berkecamuk dia terpaksa memilih untuk meninggalkan perempuan yang sudah lama bertakhta di hatinya demi keluarga yang tercinta kerana gadis pilihannya tidak dapat menepati ciri yang ibu bapanya mahu. Yes tipikal keluarga zaman moden kini. Kereta Arasy meluncur laju. Pn. Masiah dan Tan sri Khalid sekadar pemerhati diikuti Pn. Masiah. Salahkah tindakannya itu?. Arisya terus masuk kedalam perut, sakit hati yang amat, air matanya tidak berhenti mengalir, kereta Axia miliknya keluar daripada rumah gah indah itu.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now