-Muka surat 9-

45 1 0
                                    

Majlis makan di ballroom hotel Langkawi, dihadiri keluarga para pekerja Holding's KZL termasuk juga golongan kenamaan yang dijemput hadir oleh Tan Sri Khalid untuk makan bersama pada tahun ini yang diadakan setiap tahun sementara keluarga Tan sri Khalid sudah sampai dahulu hanya Arasy dan Arisya yang masih belum kelihatan. Di dalam suite hotel Arasy yang sudah bersiap memakai kot pejabat berwarna hitam menampakkan lagi otot-otot sasanya, berdiri di hadapan cermin sambil membutangkan kemeja-T panjang lengan berwarna hitam. Arisya sudah bersiap, hanya calitan lipbalm dan eyeliner digunakan dan juga bedak asas yang tidak tebal, mukanya alergic gatal-gatal untuk memakai makeup, rambut di lepaskan menampakkan lagi kecantikkan gadis itu. Arasy terpaku dalam diam.

" Pandainya kau pilih gaun, aku pendek bagi gaun panjang ei "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Pandainya kau pilih gaun, aku pendek bagi gaun panjang ei ". Bentak Arisya. Arasy malas melayan diambil kunci kereta dan telefon bimbitnya. Arasy berpaling menjeling tajam. " Kau nak pakai gaun yang kau pilih tadi? nampak ketiak? nampak dada kaki kau tu? elok buka je terus kalau nak pakai. Kira bagus aku suruh designer designkan untuk kau daripada kau terus pakai pakaian yang tak cukup lembar kain ". Balas Arasy yang dari tadi diam mendengar bebelan gadis itu dalam hati dia terusik. " Sedarlah pendek gaun tu sesuai untuk kau, pakai lah heels, tak akan badan kecil kau pakai ketat-ketat ". Marah Arasy, Arisya hanya diam mengakui kebenaran, benar juga kata Arasy gaun ini sesuai untuk dia memandangkan kependekkan dan betapa kecilnya tubuh dia memang sesuai dipadankan dengan heels. Arasy terus keluar setelah berkata begitu. Celaka!. Beria suruh aku pakai heels aku mana reti, terseliuh ke apa aku tumbuk muka kau!.

Gugup melanda Arisya tidak pernah dia menghadiri acara makan malam yang sebesar ini. Mereka berdua beriringan sambil tangan Arasy kuat menggengam jari jemari gadis itu. Dapat dia rasakan peluh sejuk di tangan Arisya. Pasangan suami isteri ini mengambil tempat bersama keluarga. " Cantiknya menantu mama ". Puji Ayliana. " Eleh adik pun apa kurangnya ". Puji Arisya kembali, Pn. Alziah terpesona akan kecantikkan menantunya amat sempurna dari segi fizikal!. Tidak terlepas mata yang memandang menantunya Ariana yang menarik perhatian tetamu di situ. Arasy hanya menarik nafas sedari tetamu disitu memuji akan kecantikkan isterinya malah ada juga lelaki yang tersenyum gatal. Haih nasib pakaian yang tertutup jikalau Arisya mengenakan gaun yang dipilih dia sendiri mahu terbeliak mata lelaki disitu. Ketibaan eksekutif baru disambut dengan tepukan gemuruh, mata Arisya dapat menangkap kelibat lelaki yang disambut. Arisya terpana. Asyraf.

Selepas berucap, Asyraf memerangkap eksekutif yang baharu di syarikat Holding's KZL terus datang menyapa ahli keluarga empunya syarikat yang berada di hadapan sekali. Dia perasan akan sesuatu. " Kenalkan ini anak saya Arasy Ammarish pengarah syarikat dan ini menantu saya Arisya Ashara ". Hanya senyuman yang mampu dilemparkan oleh Arisya begitu juga dengan Asyraf, Arasy dapat menghidu sesuatu antara Arisya dan lelaki itu malahan lelaki ini?? bekas pesakit Arisya.Ya dia ingat. Arisya meminta diri untuk ke tandas begitu juga dengan Asyraf. Di luar tandas yang tidak ramai orang Asyraf menunggu Arisya. Arisya keluar daripada tandas perempuan dia terkejut. " Arisya kenapa buat Asyraf menaruh harapan sedangkan Arisya dah ada suami? ". Kata Asyraf terus terang tidak mampu dia memendam lagi lebih lagi melihat gadis cantik ini berada di sisi Arasy. Dia cemburu!. Arisya diam tidak tahu sama ada Asyraf sudah sembuh atau sebaliknya. " Yes Arisya! Asyraf dah sembuh bantuan Arisya dahulu so now please answer me? ". Ujar Asyraf dalam keadaan mendesak. " Asyraf itu dulu cuma sebahagian psikologi untuk merawat Asyraf tapi apa yang doktor cakap doktor tak maksudkan ". Jelas Arisya mujur sahaja tiada orang yang lalu lalang. Asyraf menafikan. " Arisya tipu! Asyraf rindukan Arisya ". Beritahu lelaki tinggi lampai itu mahu memeluk Arisya pantas sahaja Arisya menolak kuat tubuh Asyraf. Asyraf menggila, dipegang kuat tangan gadis itu lalu diletakkan di dadanya. " Ini debaran Asyraf setiap kali dengan Arisya! kenapa Arisya kahwin dengan dia?! ". Rintih Asyraf air mata lelaki itu sudah keluar, Arisya ketakutan di cuba melepaskan tangannya namum kekuatan ada pada lelaki itu melemahkan lagi tangannya untuk meronta, air matanya mengalir berharap ada seseorang yang membantu. Tiba-tiba satu tumbukan mengena muka Asyraf. Arasy yang sudah lama memerhati tidak tahan isterinya diperlakukan begitu, tumbukan bertubi-tubi 'dihadiahkan' kepada Asyraf, Arisya memegang pergelangan tangan lelaki itu. " Kau tahu tak dia ni bini aku bodoh! kau siapa nak berbuat kasar dekat dia?! kau nak mati dekat sini ke?!! ". Marah Arasy tidak dapat dikawal. " Sayang please stop it, mati dia nanti ". Pujuk Arisya sambil memengang tangan Arisya, Arasy berhenti daripada hasutan setan yang menguasai diri mendengar pujukan gadis itu yang begitu lembut tidak pernah didengar sepanjang bersama dengan Arisya. Arasy keluar melalui pintu belakang diikuti oleh Arisya risau akan keadaan lelaki itu yang sedang marah, Asyraf ditinggalkan mengerang kesakitan akibat tumbukan Arasy mujur tidak terlalu parah.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now