Di dalam bilik pengantin mereka, Arisya yang sedang berdiri di hadapan cermin terkial-kial tangannya mahu membuka gaun pengantip zip di belakang badannya Arasy yang baru keluar daripada bilik air dengan tuala melihat gelagat Arisya yang terlompat-lompat mahu membuka zip gaun agar terbuka sedikit, Arasy menghampiri Arisya lalu memusingkan tubuh kecil itu 360 darjah membelakanginya. " Payah betul ". Kata Arasy tidak puas hati sambil menjeling tajam kearah Arisya apabila zip gaun sudah dibuka. " Rasa tak ikhlas janganlah pura pura ikhlas nak tolong ". Balas Arisya berani. Ingat kau sorang yang ada mulut pedas?huh. Arasy mengendahkan.
Usai daripada mandi keluar dari bilik air yang sudah dilengkapi pakaian tidur, Arisya mencapai telefon bimbitnya di atas rak televisyen bilik mereka, Arisya melabuhkan punggung di atas sofa. " Arisya.. ". Panggil Arasy lembut yang sedang baring di atas katil. Arisya cuak, jangan kau minta macam-macam dahlah. " Hm.. ". Jawabnya malas matanya ralit membalas ucapan tahniah daripada rakan sekerjanya, ada yang memuji, ada yang cemburu dengan apa yang dia dapat. Haih manusia. " Tutup fon kau dulu, I have something important to tell you ". Ujar Arasy lalu turun dari katil dan duduk di sofa berhadapan dengan Arisya. " Kejap ". Kata Arisya. Arasy terus merampas telefon bimbit Arisya pantang dia bila bercakap tidak dipandang baginya apa yang dia cakap seakan tidak penting. " Ye nak cakap apa? penting sangat ke babitkan hidup dengan mati eh?. Okay cepat bagitahu ". Tanya Arisya dengan riak muka yang menyampah pura-pura fokus. " Biar aku jujur dengan kau lah senang, aku berkahwin dengan kau bukan atas dasar cinta tapi ada sebab tertentu ". Kata Arasy membuka bicara dulu, Arisya mengangguk faham. Memang taklah kahwin sebab cinta kenal pun sehari je. " Sebab kenapa? mama tak suka calon yang aku pilih, kita orang memang plan lama nak kahwin lepas habis study tiba-tiba mama cakap tak suka jenis perempuan macam tu. Aku setuju sebab aku boleh agak yang kau ni jenis berkompromi boleh ajak berbincang. Boleh kan aku nak madukan kau? after 5months? if mama tak bagi kita cerai aku terpaksa guna cara berkahwin dua and of course she is no.1 but don't worry aku tak abaikan keperluan kau. Macam mana setuju tak? ". Tanya Arasy, Arisya berfikir sejenak. " Sayangnya rupa dah ada, dompet tebal kenapa otak cetek sangat ni? belajar sampai ke langit fikiran jenis macam ni. Honestly aku tak suka dimadukan even kau kata berlaku adil ke senang cerita aku lebih rela mengalah even million reason keluar daripada mulut family you supaya kita tak berpisah but don't worry I akan ikut plan you for sure not bermadu but another way ". Arasy tersenyum lebar mendengar kata Arisya. " Okay deal, jalani hidup kau seperti biasa bukan sebagai isteri cuma jaga batas, jaga nama aku and nama family and aku pun macam tu juga ". Setelah berkata demikian Arasy bangun entah kenapa hati Arisya tenang melihat penampilan dan gaya lelaki itu walaupun berseluar pendek paras lutut dikenakan baju t-shirt berwarna hitam. Gugur jantung aku lama-lama macam ni. Arisya mahu melangkah ke bilik stor tempat dia tidur yang pembantu rumah baharu kemas mengikut kesukaan Arisya, stor yang terdapat dalam bilik Arasy, senang baginya tidak dihidu oleh keluarga Arasy. " You phone I? ". Tanya Arisya berpatah balik menuju ke katil Arasy seraya berdiri. Arasy menyuakan telefon bimbit Arisya. " Esok you cuti kan? ". Tanya Arasy dengan malas. " Ye ". Jawab Arisya sepatah sambil menyambut huluran telefon daripada Arasy. " Thanks sebab faham situasi aku ". Ucap Arasy ikhlas walaupun anak matanya tidak memandang Arisya. " My pleasure ". Jawab Arisya bersahaja. Dia keliru dengan apa yang dia rasa namun dibiarkan sahaja. Arisya masuk ke biliknya dilihat disusun dengan rapi, dia membuka bagasi pakaian untuk dikeluarkan phot frame bersama arwah Pn. Masiah, ditatap dengan penuh rindu air matanya mengalir. " Ibu.. ". Panggilnya dengan suara yang kecil, dia amat merindui wanita yang sudah membesarkannya sehingga menjadi perempuan yang berguna, dicium foto ibunya agar kerinduan bisa terubat. Dia lemah namun dia juga harus berlagak kuat agar kelemahan tidak mudah menghasutnya.
Seawal pukul 7 pagi sarapan sudah siap dihidangkan dibantu oleh pembantu rumah yang bernama Suriati. Selesai menghidangkan sarapan Arisya mengajak Suriati berbual dengannya di halaman rumah, pada mulanya Suriati agak keberatan namun melihat sifat gadis itu seakan biasa-biasa sahaja dia bersetuju menemani Pn. Arisya menghirup udara segar di pagi hari. Suriati mengambil tempat berhadapan dengan Arisya. " CikTi Risya nak minta maaf apa yang Risya masak tu tak seberapa ". Beritahu Arisya rendah diri, dia tidak begitu pandai bab-bab memasak hanya nasi goreng telur yang dia tahu. Suriati ketawa kecil. " Nyonya ini jangan mikiran begitu, justeru saya senang dengan perilaku nyonya Risya, nanti kita bisa belajar sama ". Ujar Suriati dengan ramah. " Nyonya ini memang bangun awal ya? nyonya libur hari ini? ". Tanya Suriati lagi, Arisya ketawa kecil, member boleh ajak borak dalam rumah ni. " Aah Cikti saya liburan hari ini. Masa bujang dulu bangun 10.00 tengah hari kalau time cuti bila dah berumah tangga kena bangun awal nanti suami lari asyik bangun lambat ". Seloroh Arisya, Suriati selesa dengan sifat gadis yang di hadapannya ini, rupa paras yang mengambarkan peribadi yang baik. " Iya nyonya, suami nyonya itu hensem sekali harus diikat dengan tali yang kuat ". Balas Suriati diringi ketawa kecil. Arisya hanya mampu melemparkan senyuman yang tawar, perkahwinan yang cuma atas perjanjian, cincin yang sekadar menghiasi jemari, lakonan yang bisa menutup kekaburan penonton itu hakikatnya. Sedari ada mata yang memerhati, Arasy membuat reaksi muka yang menyampah. " Borak apa entah ". Bisik Arasy sendirian yang sedang berdiri di beranda bilik.
Di meja makan, Pn. Alziah tersenyum sendiri melihat keserasian anak lelaki dan menantu itu. " Sudah lah tu, Arisya sudah menjadi menantu you pun ". Kata Tan sri Khalid yang mematikan senyuman isterinya yang sedang bersantap di sebelahnya. " You ni kacau betul! ". Marah Pn. Alziah, Arasy sekadar menggeleng kepala melihat teletah suami isteri itu yang hari-hari penuh dengan gurauan. Sungguh bahagia. Arisya mencedokkan lauk ke pinggan Arasy dengan ikhlas bukan lakonan. " Cikti jom lah join sekali makan sini. Jangan malu-malu ". Pelawa Arisya, melihat kedegilan pembantu rumah yang separuh umur itu Arisya bangun lalu menarik lembut pergelangan Suriati, Arasy terpana dengan sifat gadis itu. " Mama tak apa kan? ". Tanya Arisya meminta izin. Pn. Alziah tersenyum manis tanda mengizinkan, bersyukur mempunyai menantu yang sebaik Arisya. " Jom Suriati sarapan sekali ". Ajak Tan sri Khalid. " Ee malu lah tu ". Sakat Arisya lalu mencedokkan nasi dengan lauk ayam masak merah ke pinggan Suriati. " Ni Arasy dengan Risya tak ada plan ke nak honeymoon? ". Tanya Pn. Alziah pantas sahaja Arisya menjawab. " Nak nak! kita orang ingat nak pergi Korea sebab kat sana banyak tempat romantik ". Ujar Arisya tersenggih, Arasy menjeling tajam. " Baguslah tu! bila nak perginya?! mama dengan papa tak sabar timang cucu lagi cepat lagi bagus mama dengan papa bukan muda lagi ". Sambung Pn. Alziah teruja. " Tengok dulu macam mana ma, nak research dulu tempat dengan bajet yang bersesuaian ". Jawab Arasy tenang lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Acahnya kau.